wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan T4 (Bab 3)

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Pilih huraian yang tepat mengenai takrifan visi

a)

selaras dengan keadaan pasaran

b)

fokus perancangan jangka masa pendek

c)

dirancang selepas merancang misi

d)

perancangan dibuat sebelum penciptaan misi

2.

Mengapakah objektif perniagaan perlu selaras dengan visi dan misi?

a)

Objektif dibentuk sebelum visi dan misi

b)

Pencapaian visi dan misi bergantung pada pencapaian objektif

c)

Objektif merupakan pendokong kepada pencapaian visi dan misi

d)

Objektif digunakan untuk memberi penjelasan lanjut mengenai visi dan misi perniagaan

3.

Antara yang berikut yang manakah merupakan elemen dalam perancangan strategik?

I- Pembentukan misi

II- Pembentukan objektif

III- Pembentukkan taktik

IV- Pembentukan strategi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Perusahaan Muna mensasarkan untuk mengeluarkan 250 paket keropok ubi dalam tempoh masa seminggu sebagai memenuhi permintaan pelanggan.


Pilih ciri SMART yang diberi tumpuan utama dalam penetapan permintaan pelanggan tersebut

a)

Boleh diukur

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh capai

5.

Pernyataan manakah yang benar tentang organisasi bermotifkan untung (OBU)?

a)

terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian, koperasi dan yayasan

b)

didaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)

c)

Mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengguna

d)

Bermatlamat untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada kos yang minimum

6.

"Syarikat Farhan Maju Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjual Sos Paan. Syarikat ini didaftarkan dibawah Pendaftar Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)"


Apakah objektif bagi organisasi perniagaan tersebut?

a)

Menghasilkan produk yang berkualiti baik

b)

Mengawal kos pengeluaran dengan berkesan

c)

Menetapkan harga produk yang kompetitif

d)

Memaksimumkan keuntungan syarikat

7.

Tumpuan pertubuhan sukarela di atas adalah

a)

melaksanakan tanggungjawab sosial

b)

membantu kerajaan melaksanakan projek tertentu

c)

menyediakan perkhidmatan kepada ahli dan masyarakat

d)

menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan

8.

. Kedai Runcit Bishrun Jaya

. Kedai Kek Zafrin Maju

. Syarikat Amni Anisah Sdn Bhd


Apakah persamaan bagi ketiga-tiga perniagaan di atas?

a)

menjaga kebajikan ahli

b)

memaksimumkan keuntungan

c)

mewujudkan masyarakat yang adil

d)

menyediakan perkhidmatan kepada anggota

9.

Antara pihak berikut, siapakah yang menetapkan visi perniagaan?

a)

Pekerja

b)

Penyelia

c)

Penyelaras

d)

Pengurus

10.

Kegunaan titik pulang modal ialah

a)

meramal penerimaan wang

b)

meramal harga tokokan produk

c)

meramal kuantiti pulang modal

d)

merancang masa penyiapan projek

11.

"Ammar telah membuka cawangan ketiga di Kubang Pasu, Kedah"


Maklumat di atas berkaitan dengan...

a)

jualan

b)

daya saing

c)

sumber manusia

d)

pertumbuhan perniagaan

12.

Faktor yang digunakan untuk menilai kemampuan sesebuah perniagaan bertahan dalam pasaran adalah

I- Politik

II- ekonomi

III- kewangan

IV- sumber manusia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan modal.


" Dana yang dilaburkan oleh pemegang saham dalam sesebuah organisasi"


Maklumat di atas berkaitan dengan...

a)

modal ekuiti

b)

modal hutang

c)

modal pinjaman

d)

modal kewangan

14.

- Mengetuai unit yang terdapat di dalam jabatan

- Menyelaras aktiviti pekerja bawahan


Ciri-ciri di atas merujuk kepada...

a)

penyelia

b)

presiden

c)

pengurus besar

d)

pengurus syarikat

15.

Mengapakah penyediaan perkhidmatan disediakan oleh perniagaan?

a)

menguasai syer pasaran

b)

menarik minat pengguna untuk membeli barang

c)

menambah nilai produk dan perkhidmatan yang dijual

d)

meningkatkan harga barang dan perkhidmatan yang dijual

16.

Kesan kegagalan perniagaan mencapai matlamat dan objektif adalah

a)

berdaya saing

b)

jualan merosot

c)

meluaskan pasaran

d)

membuka cawangan baharu

17.

Kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai faktor dalaman dan luaran yang dihadapi oleh sesebuah organisasi ialah...

a)

carta gantt

b)

belanjawan

c)

analisis SWOT

d)

titik pulang modal (TPM)

18.

"Butik Batrisyia ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 30% dalam masa setahun"


Apakah ciri-ciri SMART yang terdapat di dalam objektif Butik Batrisyia?

a)

Ringkas

b)

Munasabah

c)

Boleh diukur

d)

Boleh dicapai

19.

Maklumat di bawah berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 30 000 unit produk Y.


- Kos Tetap (RM360,000)

- Bahan langsung (RM150,000)

- Buruh langsung (RM120,000)


Apakah titik pulang modal (Unit) bagi pengeluaran produk Y sekiranya harga jualan produk itu adalah RM15 seunit?

a)

36,000 unit

b)

42,000 unit

c)

56,000 unit

d)

60,000 unit

20.

Apakah maksud pertumbuhan perniagaan?

a)

Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi

b)

mengurangkan kos perbelanjaan untuk mencapai matlamat organisasi

c)

meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan

d)

menambahkan hasil dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat organisasi

21.

Bagaimanakah perniagaan dapat meningkatkan keuntungan syarikat?

a)

Menjual barang pada harga di bawah kos

b)

Mengurangkan kos dalam pengeluaran

c)

Meningkatkan perbelanjaan dalam pembelian imput

d)

Menambah bilangan pekerja dalam pengeluaran

22.

Pernyataan yang manakah benar tentang syer pasaran?

a)

Jumlah penduduk di sesebuah kawasan

b)

Jumlah barang yang dijual oleh perniagaan di sesebiah pasaran

c)

Peratus barang yang dikeluarkan di sebuah perniagaan

d)

Peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang sesebuah perniagaan.

23.

Apakah kebaikan menguasai syer pasaran yang terbesar?

a)

Aktiviti promosi dapat dikurangkan

b)

Meningkatkan kualiti barang yang dikeluarkan

c)

Memperoleh pendapatan yang tinggi daripada jualan

d)

Meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan

24.

Berikut adalah kitaran ekonomi:


Pertumbuhan

Kemerosotan

x

Melambung


x merujuk kepada?

a)

penurunan

b)

pengenalan

c)

kematangan

d)

kemelesetan

25.

Butiran yang manakan yang diklasifikasikan sebagai kos tetap?

a)

Insurans kilang

b)

Belanja alatan kecil

c)

Upah pekerja produktif

d)

Kos belian bahan mentah

26.

Antara yang berikut, yang manakah boleh mempengarusi perubahan visi misi dan objektif perniagaan?

I- Pemasaran

II- Pengagihan

III- Kewangan

IV- Sumber manusia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi perubahan visi misi dan objektif perniagaan?

a)

Demografik

b)

Kewangan

c)

Sosiobudaya

d)

Teknologi maklumat dan komunkasi ICT

28.

Pilih pernyataan yang benar untuk membezakan kos tetap dengan kos berubah


I- Kos tetap dipengaruhi jumlah output dalam pengeluaran sementara kos berubah tidak

II- Kos berubah akan naik sekiranya bilangan pengeluaran naik tetapi kos tetap tidak berubah

III- Pelaburan untuk kos tetap adalah tinggi berbanding dengan kos berubah

IV- Pelaburan untuk kos berubah adalah lebih tinggi daripada kos tetap

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Sufi mengusahakan kilang kecil mengeluarkan keropok ikan di Jitra, Kedah. Beliau menetapkan sasaran untuk membuka dua buah cawangan menjual keropok ikan di negeri Kedah dalam masa 5 tahun.


Apakah kreteria yang diberi perhatian utama oleh beliau?

I- Spesifik

II- Jangka masa

III- Munasabah

IV- Boleh ditafsirkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Mohd Irfan seorang peniaga yang berjaya telah memberikan maklumat berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 20,000 unit radio.


> Kos Tetap (RM300,000)

> Bahan langsung (RM200,000)

> Buruh langsung (RM1000,000)


Kira titik pulang modal (unit) bagi pengeluaran radio sekiranya harga jualan produk tersebut ialah RM20.00 seunit?

a)

20,000

b)

40,000

c)

60,000

d)

80,000

31.

Ciri-ciri objektif perniagaan adalah SMART.


Apakah "S"?

(a)  

32.

Ciri-ciri objektif perniagaan adalah SMART.


Apakah "M"?

(a)  

33.

Ciri-ciri objektif perniagaan adalah SMART.


Apakah "A"?

(a)  

34.

Ciri-ciri objektif perniagaan adalah SMART.


Apakah "R"?

(a)  

35.

Ciri-ciri objektif perniagaan adalah SMART.


Apakah "T"?

(a)  

36.

Analisis SWOT digunakan untuk menilai faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan.


Apakah "S"?

(a)  

37.

Analisis SWOT digunakan untuk menilai faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan.


Apakah "W"?

(a)  

38.

Analisis SWOT digunakan untuk menilai faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan.


Apakah "O"?

(a)  

39.

Analisis SWOT digunakan untuk menilai faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan.


Apakah "T"?

(a)  

40.

Formula mendapat untung ialah:


Untung = Jumlah hasil - X


Apakah X?

(a)