NEW
Font size
Worksheets3.1 WANG DAN BANK
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
1 Wang merupakan komoditi yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat…
ukuran nilai
simpanan nilai
bayaran tertunda
perantaraan pertukaran
2 Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan gambar di atas?
Alat ukuran nilai
Alat penyimpan nilai
Alat bayaran tertunda
Alat perantaraan pertukaran
3 Situasi manakah menerangkan fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda.
Cik Anis membayar RM660 setiap bulan keretanya selama sembilan tahun.
Encik Wahid memperuntukkan wang sebanyak RM700 untuk akaun tabungan di Tabung Haji.
Puan Siti membeli rantai emas pada harga diskaun 30%, sempena Sambutan Hari Ibu di Kedai Emas Mewah.
Cikgu Ayu mengunjungi lebih daripada tiga kedai peralatan komputer untuk membandingkan harga mesin pencetak.
4 Contoh manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat simpanan nilai?
Pemilikan polisi insurans nyawa dari syarikat insurans Bersepadu Berhad
Penetapan harga perabot jati yang diterima dari Indonesia
Proses menjelaskan baki pinjaman dalam tempoh setahun
Pembelian komputer riba baru berharga mahal
5 Mengapakah cek diterima sebagai alat perantaraan pertukaran dalam ekonomi?
Merupakan wang sah dalam urus niaga bernilai besar
Penggunaan adalah lebih selamat dan makin meluas
Mempunyai nilai sandaran tertentu
Perlu diterima oleh peniaga
6 Antara berikut, yang manakah berkaitan peranan bank pusat sebagai jurubank kepada bank kerajaan.
I Mengeluarkan mata wang
II Sumber pinjaman terakhir
III Memberi nasihat pelaburan
IV Menguruskan pertukaran asing
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
7 Bagaimanakah bank pusat dapat memainkan peranan untuk menstabilkan nilai Ringgit Malaysia?
I Mengeluarkan wang negara iaitu wang kertas dan duit syiling
II Memastikan Ringgit Malaysia mempunyai nilai sandaran minimum
III Memberi pinjaman kepada kerajaan yang menghadapi masalah kekurangan hasil.
IV Membeli Ringgit Malaysia dengan pertukaran asing jika nilai Ringgit Malaysia menurun
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
8 Antara berikut yang manakah kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank perdagangan kepada pelanggan-pelanggan?
Draf bank
Kad kredit
Pindahan kredit
Perintah sedia ada
9 Situasi di bawah berkaitan dengan sejenis kemudahan simpanan di bank perdagangan.
Kaedah ini membolehkan saya menikmati kadar faedah yang lebih tinggi jika saya membuat simpanan dalam jangka panjang.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kemudahan simpanan di atas?
I dikenakan caj perkhidmatan
II wang tidak boleh dikeluarkan sesuka hati
III boleh menggunakan cek
IV simpanan adalah selamat
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
10 Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan.
Syarikat Encik Fayyad mempunyai 15 orang pekerja yang dibayar gaji melalui pelbagai bank perdagangan.
Perkhidmatan bank perdagangan manakah yang digunakan oleh Encik Fayyad?
perintah sedia ada
debit langsung
pindahan kredit
penggunaan cek
