NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tingkatan 3 Tatabahasa (Isnin)
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.
lalu lintas
jalan raya
suhu panas
ruang udara
Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.
beratur
berlunjur
bersimpuh
bertingguh
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.
sejak
kerana
dengan
apabila
Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.
terpegun
terpukau
tergamam
tercengang
Mamat ingin berhijrah ke bandar tetapi tidak kesampaian kerana ibunya berhasrat supaya dia berkahwinkan dengan gadis pilihannya. Tiada kesalahan.
berhijrah
berhasrat
berkahwinkan
tiada kesalahan
Apakah tema yang bersesuaian dengan Sajak Senja Di Palang Besi ?
Kemiskinan banduan
Kepayahan hidup banduan
Kesengsaraan hidup banduan
Kehidupan sedih seorang banduan
Pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen Legasi Tapai Ubi ialah _______________________
Kita mestilah menanamkan sikap ingin membantu ibu bapa yang telah berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan kita.
Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah membantu kita memperoleh kejayaan.
Kita mestilah berusaha untuk menjadi pakar penyelidik di samping memperkenalkan produk tempatan.
Kita mestilah bijak mengatur strategi perniagaan untuk melariskan barang yang dijual.
Yang berikut ialah watak dan perwatakan yang ditonjolkan oleh Aku dalam cerpen Legasi Tapai Ubi, kecuali
Seorang anak yang taat kepada perintah kedua-dua ibu bapanya.
Seorang yang teliti dalam melaksanakan tugas dan penyelidikannya.
Seorang yang mengenang budi akan jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapanya.
Seorang yang bertanggungjawab terhadap tugas dan sering menerima pujian daripada pelbagai pihak.
Bagaimanakah perasaan banduan yang diluahkan di dalam rangkap ke-2 Sajak Senja Di Palang Besi?
kisah hidupnya yang dahulu bahagia namun kini terpinggir, sengsara dan terbuang di penjara.
kisah dirinya yang semakin dipinggirkan kerana atas perbuatannya
yang melakukan kesalahan yang berat.
kisah dirinya yang telah dipenjarakan kerana dianiayai oleh perbuatan rakan dan saudaranya sendiri.
kisah dirinya yang mengalami kesengsaraan sedangkan hukuman
tersebut bukan kesalahan yang dilakukan.
Kakinya terasa ______kerana berjalan terlalu jauh.
lumpuh
lenguh
lembik
letih
Habis pakaiannya akibat digigit oleh anjing yang garang itu.
compang-camping
comot-momot
koyak-rabak
serbah-serbih
Kerana sering kali dirinya sebagai anak orang berada, dia kini dipulaukan oleh beberapa orang rakan sekelasnya.
membesar
memperbesarkan
memperbesar
membesar-besarkan
Datuk Nicol Ann David telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak dari bangku sekolah lagi.
sejak di bangku sekolah lagi
sejak bangku sekolah lagi
sejak daripada bangku sekolah lagi
sejak dari bangku sekolah lagi
Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang g df dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa
cacing hendak menjadi naga
kaduk naik junjung
kera mendapat bunga
anak kucing menjadi harimau
Apakah dimaksudkan dengan peribahasa 'Alah bisa tegal biasa'?
sudah menjadi lama
sudah menjadi bosan
sudah menjadi kebiasaan
sudah menjadi kekuatan
siapakah yang mencadangkan 'projek tapai ubi'?
profesor haidar
profesor hiadar
profesor haiddar
profesor haidarr
Apakah tema cerpen Legasi Tapai Ubi
kepentingan tapai ubi menghalang kanser
kesungguhan anak seorang peniaga tapai ubi membuktikan tapai penawar penyakit kanser
pengorbanan ibu bapa menyekolahkan anak-anak
menghargai pengorbanan dan membalas jasa ibu bapa
Apabila Zakiah sampai, ibu terus ________________air untuk membuat minuman.
menanak
menjerang
mengukus
merebus
Jika tin itu tidak ditutup dengan kemas, biskut di dalamnya akan ______________
tengik
lembik
empuk
lemau
Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :
Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.
Tiap-tiap warganegara-warganegara
Tiap-tiap warganegara
Setiap orang warganegara
Tiap warganegara
Penduduk di negara ini sama ada di bandar atau desa perlu bersatu padu
sama ada bandar atau desa
sama ada di bandar atau di desa
sama ada penduduk-penduduk bandar atau desa
sama ada di bandar atau desa
Apabila berjanji, kita hendaklah tunai janji itu.
hendaklah tunaikan janji itu
mestilah tunai janji itu
hendaklah menunaikan janji itu
hendaklah tunai janji itu
Apakah maksud peribahasa "baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang"?
orang miskin yang mendapat pertolongan
berbuat baik semasa hidup untuk diri sendiri
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
Apakah maksud peribahasa "kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau"?
orang yang berketurunan baik, ke mana-mana dia pergi akan baik juga jadinya
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
orang miskin yang mendapat pertolongan
Apakah maksud peribahasa "umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua"?
orang miskin yang mendapat pertolongan
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
Apakah maksud "genggam bara api biar sampai menjadi arang"?
sikap malas berusaha mendatangkan kesusahan
orang yang malas tidak akan maju
kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah
melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil
....... awal di tanah rancangan FELDA pada dekad 1970-an dahulu menghadapi pelbagai cabaran untuk menukarkan kawasan hutan menjadi tanah pertanian.
Penghuni
Petani
Penduduk
Peneroka
Pak Hamid memberikan ______________ tembikai kepada ayah.
sebuah
sebiji
segulung
selaras
Aiman memakai ____________ jam tangan buatan Itali.
sebentuk
seutas
sebuah
segulung
Pak Ali ____ jala di bawah sepohon pokok yang rendang.
menenum
menyulam
menyirat
memilih
Jam itu tergantung ___________ dinding.
dari
pada
kepada
di
Aini _________ ayahnya sepasang kasut.
menghadiahkan
menghadiahi
dihadiahkan
dihadiahi
Kerajaan akan _____ projek tebatan banjir di kawasan itu bagi mengurangkan masalah banjir kilat.
mamajukan
melaksanakan
menaikkan
menitikberatkan
Acara sambutan Hari Kebangsaan bermula sebaik sahaja ____ Yang di-Pertuan Agung di Dataran Putrajaya.
ketibaan
kedatangan
keberangkatan
kehadiran
Kejadian ____ tanah di kawasan tanah tinggi itu akibat hujan yang turun tidak berhenti-henti.
gelongsoran
kejatuhan
keruntuhan
gerakan
Kelihatan beberapa orang pelanggan bank sedang ____ di hadapan pintu bank sementara menunggu pintu bank dibuka.
lintang-pukang
mundar-mandir
lalu-lalang
baru-biru
I - Kakak memulas baju itu lalu dijemur di ampain.
II- Perut Ghani memulas setelah makan nasi ayam itu.
III-Normala memulas tangkai buah manggis itu sehingga patah.
IV-Pembahas yang petah berdebat itu bijak memulas hujah pihak pembakang.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Kerja-kerja menghias ruang tamu telah disiapkan oleh kami sebentar tadi.
telah kami siapkan
telah disiap oleh kami
telah kami menyiapkan
telah disiapkan oleh kami
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama.
Pemandu lori yang lalai dikenal pasti sebagai punca utama terjadinya kemalangan itu.
Punca yang dikenal pasti ialah pemandu lori yang lalai dengan melakukan kemalangan maut itu.
Faktor yang dikenal pasti menjadi punca terjadinya kemalangan maut yang melibatkan lori ialah kelalaian pemandunya.
Kemalangan maut yang terjadi merupakan antara punca pemandu lori didapati lalai.
Kelalaian pemandu lori dikenal pasti sebagai penyebab utama kemalangan.
Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam gambar di atas ialah
bagai pinang dibelah dua.
bagai bulan dipagar bintang.
bagai sirih pulang ke gagang.
bagai pinang pulang ke tampuk.
Datuk Malik dan datin Laili menjaga dan menyayangi Suri ____ kerana dia merupakan anak tunggal kepada pasangan tersebut.
bapa borek anak rintik.
bagai menatang minyak yang penuh.
bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
