WorksheetsBahasa Melayu Tahun 5
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
kisi-kisi
orang-orang
tupai-tupai
layang-layang
Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
riuh-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang
Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.
comot-momot
koyak-rabak
serba-serbih
compang-camping
Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.
hidup-hidup
bulat-bulat
betul-betul
terang-benderang
Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.
bebola
jejari
dedaun
kekabu
Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.
teresak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergelak-gelak
Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.
berkelip-kelip
berpinar-pinar
berderet-deret
berliku-liku
Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.
dedaun
kekabu
bebola
bebiri
Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.
dedaun
kekabu
bebola
bebiri
Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.
haru-biru
keluh-kesah
kusut-masai
tunggang-langgang
Sereena membalut hadiah itu ___________.
kemas-kemas
ketat-ketat
kuat-kuat
erat-erat
Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.
lemah-longlai
lemah-gemala
hiruk-pikuk
cirit-birit
Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.
tercungap-cungap
terbahak-bahak
teresak-esak
tersipu-sipu
Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.
kekuda
sesiku
kekisi
lelabu
Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.
bersaing-saing
berbaris-baris
berluncur-luncur
berderet-deret
Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.
dedahan
pepohon
dedaun
reranting
Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu
jentik-jentik
pijat-pijat
anai-anai
kura-kura
Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.
ulang-alik
lalu-lalang
mundar-mandir
mandi-manda
Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.
kebiru-biruan
kemalu-maluan
keanak-anakan
kemerah-merahan
Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.
lambat-laun
sorok-sorok
senyap-senyap
sayup-sayup
Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.
kusut-masai
serba-serbih
comot-momot
compang-camping
Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.
bertukar-tukar
berhujah-hujah
berbalas-balas
berganti-ganti
Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
riuh-rendah
lintang-pukang
kumat-kamit
lalu-lalang
Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan.
huru-hara
remeh-temeh
kelam-kabut
kacau-bilau
Pendapat pemuda itu telah ditolak __________ oleh majikannya.
mentah-mentah
senang-senang
semua-semua
betul-betul
