Font size
WorksheetsBAHAGIAN SATU
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Nyatakan gaya bahasa bagi perkataan yang digariskan berserta maksud yang betul.
ada ubi ada batas,
ada budi ada balas.
responsi. pengulangan kata yang sama dalam satu baris
repitisi. pengulangan kata yang sama di tengah baris.
responsi. pengulangan perkataan yang sama di tengah baris.
kalau tiada emas di pinggang,
sanak saudara menjadi renggang.
pilih bentuk puisi di atas berserta contoh.
mempunyai satu rangkap
mempunyai dua baris dalam satu rangkap
patah perkataan antara empat hingga lima dalam satu baris
rima akhir ialah aa
Ketika pesawat Singapore Airlines itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi, aku mengucap syukur berkali-kali.
apakah teknik plot yang digunakan dalam ayat di atas.
imbas kembali
monolog dalaman
monolog luaran
pemerian
ibu, pada glaukoma ke ahmar
teruji lagi reda dan sabar
betapa baki kesempatan ini
biar kusisip bunga bakti
Berdasarkan sajak di atas, nyatakan perasaan penyajak.
prihatin
sayu
insaf
sabar
Maka naga budak itu pun berkatalah kepada budak itu. “Hai saudaraku tinggallah saudara hamba di sini dahulu kerana hamba hendak mendapatkan datuk hamba datang ini!”
nyatakan satu ciri sastera hikayat.
naga
watak manusia dan binatang
penggunaan bahasa klasik
tokoh kebanggaan bangsa
Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.
Lain ulu lain parang,
Lain dahulu lain sekarang.
nyatakan ciri pantun di atas.
mempunyai dua rangkap
mempunyai baris pembayang dan baris maksud
rima akhir aaaa
mempunyai empat patah perkataan dalam satu baris
“Hai, mamak Bendahara, akan sekarang kita hendak mengutus ke Benua Siam, minta beli gajah pada raja barang empat ekor yang jantan, dua ekor betina! Siapa baik kita suruhkan?”
senaraikan unsur sejarah yang terdapat dalam petikan di atas.
gelaran bersejarah
tokoh bersejarah
latar tempat bersejarah
kenderaan bersejarah
MAT PIAH: Tak ada rezeki nampaknya aku hari ni. Sehari suntuk kayuh sampai cekang urat betis, tak dapat sekeping pun. Nasib…nasib. (MAT PIAH mengeluh sendirian).
apakah ciri drama yang ditulis dalam tanda kurungan dalam petikan di atas.
adegan
babak
aksi
tindakan
Banyak orang berangan-angan tinggi,
Ingin mencapai itu dan ini,
Tetapi tak mahu bersusah diri,
Berikan satu kiritikan sosial yang ingin disampaikan oleh penyajak.
kritikan terhadap golongan yang malas berusaha
kritikan terhadap masyarakat yang bercita-cita tinggi tetapi tidak mahu berusaha
masyarakat yang tidak mahu berusaha
manusia yang tidak mahu berusaha sedangkan mempunyai keinginan yang tinggi
Sekarang tidak ada, saya ulangi, tidak ada kolonial Eropah di Ogonshoto. Kitalah yang sedang memerintah. Kitalah yang akan menentukan masa depan Ogonshoto.
Berdasarkan petikan di atas, apakah ciri kepemimpinan yang perlu ada untuk membentuk sebuah negara yang mapan.
Kebijaksanaan merancang masa depan
Ketegasan dalam membuat keputusan
yakin dalam setiap tindakan
berani mengambil risiko
Mereka tidak membuang segala-segala ke laut kerana laut itu segala-galanya bagi mereka. Mereka tidak tamak mengumpul harta yang berlambak-lambak kerana bahagia mereka bukan pada benda-benda itu.
Nyatakan dua citra masyarakat yang terdapat dalam
masyarakat yang cinta akan alam sekitar
gambaran masyarakat yang cinta akan alam sekitar
masyarakat yang tidak materialistik
gambaran masyarakat yang tidak materialistik
Aku masih ingat lagi kerana dewasa itu aku sudah bersekolah dalam darjah enam. Pak Mid tinggal bersama-sama isteri dan dua orang anaknya yang belum bersekolah di rumah peninggalan ayahnya.
nyatakan satu sudut pandangan berserta contoh.
sudut pandangan orang pertama. contohnya, Pak Mid tinggal bersama-sama isteri dan dua orang anaknya.
sudut pandangan orang ketiga serba tahu. contohnya aku masih ingat lagi
sudut pandangan orang pertama. contohnya aku masih ingat lagi kerana dewasa itu aku sudah bersekolah dalam darjah enam.
sudut pandangan orang ketiga terbatas. contohnya Pak Mid tinggalbersama-sama isteri dan dua orang anaknya yang belum bersekolah di rumah peninggalan ayahnya.
“Daulat Tuanku Syah Alam, patik mohonkan ampun dan kurnia; jikalau lain daripada Laksamana adalah lambat pergi datang.”
berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas.
Persoalan tentang ketaatan rakyat terhadap raja
Persoalan tentang kesetiaan terhadap raja
Persoalan tentang sikap memohon maaf terhadap orang lain.
Persoalan tentang keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
Yang manakah antara berikut merupakan nama watak yang tepat dalam karya yang dinyatakan.
Dol - cerpen Namun Itulah Hakikatnya
Pak Yasok - cerpen Air Mata Dalang
Said - cerpen Perspektif
Sahat - cerpen Bukit Emas
Ada telinga cuma hiasan muka
dia pekak diasak bunyi jentolak
tidak terdengar kicau murai
nyatakan nada yang digunakan oleh penyajak.
melankolik
sinis
patriotik
protes
Apabila tiba di tempat itu, oleh Betara Kala diambilnya kembang ganda pura dan kembang wijaya mala lalu disapunya ke badan Raden Menteri dan Ken Tambohan serta berkata, "Hiduplah engkau dari mati."
nyatakan unsur Hindu yang digunakan dalam petikan di atas.
unsur kesaktian
unsur dewa dewi
mati hidup semula
penjelmaan
Berdasarkan ayat di bawah, pilih unsur yang menunjukkan gaya bahasa hiperbola
tinggi rumput dari padi
seribu tahun kembali jua
kalau mati mana kuburnya
hari esok menugal jelai
Pilih contoh yang tidak mengandungi gaya bahasa simile
Seperti intan sinar baiduri
Gelombang besar karangnya tajam
Bagai permata amat berharga
Dunia bagai lautan dalam
Kelibat senyum matanya masih jua ramah mengandungi unsur gaya bahasa
simile
personifikasi
hiperbola
metafora
Nilai murni yang boleh digambarkan bagi gambar di atas ialah (a) (huruf kecil sahaja)
