Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH PKPB T1 (30.11)

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut menerangkan pengertian sejarah oleh seorang tokoh sejarah


"peradaban dunia"

"perubahan sifat masyarakat"


Siapakah tokoh yang dikaitkan dengan pengertian tersebut?

a)

Herodotus

b)

Ibn Khaldun

c)

Khoo Kay Kim

d)

Muhd Yusof Ibrahim

2.

Mengapakah sejarawan membahagikan penulisan mereka kepada tema yang tertentu?

a)

ruang dalam sejarah yang luas

b)

isu-isu sensitif dapat dielakkan

c)

menjadikan penulisan lebih menarik

d)

memudahkan penyelidikan dilakukan

3.

Pilih pernyataan yang benar tentang sumber sekunder?

a)

bahan yang telah diterbitkan

b)

bahan yang belum tersebar

c)

bahan yang belum dicetak

d)

bahan yang telah diolah

4.

Antara yang berikut, yang manakah bahan tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah eskavasi?

a)

binaan daripada kayu

b)

tulisan pada dinding

c)

bahan logam

d)

fosil

5.

Pada pendapat anda, mengapakah mata pelajaran Sejarah perlu diberikan penekanan dalam pendidikan sekolah menengah?

a)

merakam kejayaan negara

b)

memupuk perasaan cinta akan negara

c)

mengkaji proses pembentukan bangsa

d)

mengingati peristiwa bersejarah negara

6.

Berapakah usia bumi yang dijangka oleh ahli sains?

a)

melebihi 2.6 bilion tahun

b)

melebihi 3.6 bilion tahun

c)

melebihi 4.6 bilion tahun

d)

melebihi 5.6 bilion tahun

7.

Binatang di atas ditemukan pada zaman apa?

a)

miosen

b)

pliosen

c)

holosen

d)

pleistosen

8.

Apakah kesan peningkatan suhu dunia?

a)

pembentukan air laut

b)

pembentukan benua baharu

c)

pembentukan kawasan tanah tinggi

d)

perubahan rupa bentuk fizikal bumi

9.

Dari benua manakah manusia bergerak keluar dan beransur-ansur mendiami benua Eropah dan benua Asia?

a)

artik

b)

afrika

c)

amerika

d)

antartika

10.

Manusia yang tinggal di sekitar kawasan Pentas Sunda berkongsi tamadun yang sama seperti

a)

asal usul keturunan

b)

aktiviti ekonomi

c)

struktur sosial

d)

kepercayaan

11.

Peralatan tersebut diperbuat daripada

a)

besi

b)

batu

c)

kayu

d)

tanah liat

12.

Apakah persamaan antara Zaman Paleolitik ddengan Zaman Neolitik?

a)

kewujudan sistem sosial yang baik

b)

kegiatan mengumpul makanan

c)

menghasilkan lukisan gua

d)

penggunaan alat batu

13.

Aktiviti pertanian giat dijalankan bermula pada Zaman Neolitik sebagai sumber makanan penting kepada manusia.


Apakah jenis tanaman yang diusahakan oleh masyarakat zaman tersebut?

a)

padi

b)

barli

c)

jagung

d)

lada hitam

14.

Dimanakah artifak tersebut ditemui?

a)

Gua Niah

b)

Bukit Jawa

c)

Bukit Bunuh

d)

Gua Harimau

15.

Apakah Zaman Prasejarah yang dilalui oleh Malaysia?

a)

Logam

b)

Neolitik

c)

Purba

d)

Peralihan

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah "civitas"?

a)

kota

b)

bandar

c)

kampung

d)

luar bandar

17.

"Tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju"


Maksud tersebut berasal daripada perkataan apa?

a)

hadharah

b)

civilisation

c)

madana

d)

mudun

18.

Binaan di atas menunjukkan hasil seni bina masyarakat apa?

a)

India

b)

Mesir

c)

China

d)

Babylon

19.

Apakah asas pembentukan konsep tamadun dalam Islam?

a)

Al-Din

b)

Umrah

c)

Hadharah

d)

Muqaddimah

20.

Antara berikut yang manakah tidak benar tentang agama dan kepercayaan tamadun awal dunia?

a)

institusi keagamaan menguruskan upacara keagamaan

b)

penduduk Mesir mempercayai kehidupan selepas mati

c)

masyarakat tamadun awal dunia percaya banyak tuhan

d)

tempat ibadat yang besar dibina bagi menjalankan upacara korban

21.

Antara yang berikut manakah merupakan tamadun yang terawal dunia?

a)

Indus

b)

Huang He

c)

Mesir Purba

d)

Mesopitamia

22.

Apakah fungsi negara kota Ur?

a)

sebagai pusat hiburan

b)

sebagai pusat penyelidikan

c)

sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan

d)

sebagai pusat pendidikan

23.

Antara yang berikut, manakah pusat kerajaan Dinasti Shang?

a)

Anyang

b)

Louyang

c)

Yangzhou

d)

Zhengzou

24.

Apakah fungsi binaan zigurat?

a)

kubu pertahanan

b)

pusat pendidikan

c)

rumah ibadat

d)

negara kota

25.

Mengikut kepercayaan masyarakat China, bagaimanakah seorang raja mendapat kuasa dalam pemerintahan?

a)

dipilih oleh rakyat

b)

pemrintahan monarki

c)

diiktiraf oleh golongan agama

d)

mendapat mandat dari syurga

26.

Setiap polis mempunyai kawasan lapang yang digunakan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam.

Kawasan ini dikenali sebagai

a)

agora

b)

akueduk

c)

acropolis

d)

amfiteater

27.

Siapakah yang berkuasa dalam pemerintahan berdasarkan sistem aristokrasi?

a)

golongan yang berkuasa

b)

golongan bijak pandai

c)

golongan bangsawan

d)

golongan yang zalim

28.

Siapakah tergolong dalam kelompok Plebian dalam Tamadun Rom?

a)

raja

b)

artisan

c)

peniaga

d)

bangsawan

29.

Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri pembinaan bangunan dalam Tamadun Rom?

a)

penggunaan siling

b)

penggunaan marmar

c)

tiang hadapan gaya Rom

d)

kubah bentuk melengkung

30.

Apakah fungsi Pantheon?

a)

membuat persembahan seni

b)

tempat menyembah dewa dewi

c)

kubu pertahanan Tamadun Rom

d)

tempat penyimpanan air untuk disalurkan ke rumah kediaman

31.

Pilih faktor perluasan kuasa dalam Tamadun India?

a)

kewangan

b)

sumber manusia

c)

diplomasi politik

d)

kekuatan pemerintahan

32.

"Dinasti Nanda, Dinasti Maurya, Dinasti Gupta"


Apakah nama lokasi tersebut?

a)

Mathura

b)

Pataliputra

c)

Vidisha Mathura

d)

Pundravardhana

33.

Mengapakah Lembah Sungai Huwang He sesuai dijadikan pusat kerajaan?

a)

kawasan subur

b)

kawasan perdagangan

c)

keperluan bahan makanan

d)

terlindung daripada musuh

34.

Apakah matlamat sistem pendidikan Tamadun China?

a)

memilih pemerintah kerajaan

b)

memupuk nilai moral dan etika

c)

lulus peperiksaan perkhidmatan awam

d)

membezakan rakyat dengan golongan hamba

35.

Mengapakah seseorang itu perlu rajin berusaha untuk lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam dalam Tamadun China?

a)

supaya dilantik menjadi panglima tentera

b)

supaya berada pada hierarki teratas dalam masyarakat

c)

supaya mendapat kedudukan dan pangkat tinggi dalam pentadbiran

d)

supaya berpeluang menceburi dalam perdagangan antarabangsa

36.

Apakah maksud kafilah?

a)

menjual ternakan secara nomad

b)

menjalankan perniagaan di bazar

c)

mengamalkan sistem tukar barang

d)

merentasi padang pasir membawa barang dagangan

37.

Maklumat berikut ialah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang memerintahkan baginda supaya menyebarkan Islam.


"Surah al-Mudassir ayat 1 hingga 7"


Bagaimanakah baginda melaksanakan perintah tersebut?

a)

mengarahkan para sahabat berpindah ke Madinah

b)

menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu

c)

mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah

d)

menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy

38.

Apakah unsur yang sangat penting dalam jihad?

a)

bekerjasama melakukan sesuatu

b)

berdedikasi melaksanakan sesuatu

c)

kesungguhan melaksanakan sesuatu

d)

bertanggungjawab melaksanakan sesuatu

39.

Apakah bidang sumbangan al-Biruni?

a)

geografi

b)

matematik

c)

astronomi dan falak

d)

ilmu sains dan kimia

40.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri seni bina Islam?

a)

terdapat ruang pemisah atas dan bawah

b)

berunsurkan luahan perasaan, hening dan aman

c)

reka bentuk ruang yang sesuai dengan iklim setempat

d)

binaan yang besar dan lebar untuk memuatkan ramai orang.