NEW
Font size
Worksheetskata ganda tingkatan 2
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Petani memasang..............di tengah sawah untuk menakutkan burung
kisi-kisi
orang-orang
tupai-tupai
layang-layang
Pawagam menjadi.................setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
ruih-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang
Baju Jaswan Singh...........kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.
comot-momot
koyak-rabak
compang-camping
serba-serbih
Ideanya telah ditolak...........oleh majikannya
bulat-bulat
hidup-hidup
betul-betul
terang-benderang
Pak Chee suka makan sup.............ikan
jejari
dedaun
kekabu
bebola
Mereka ketawa..............apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P.Ramlee
tersesak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergelak-gelak
Kemalangan sering berlaku di jalan yang.............itu
berkelip-kelip
berpinar-pinar
berderet-deret
berliku-liku
Bantal yang berisi............amat lembut sekali
dedaun
kekabu
pepohon
bebiri
Ayah menyapu...........kering yang gugur dari pohon manggis itu
dedaun
kekabu
pepohon
bebola
Sereena membalut hadiah itu..............
kemas-kemas
ketat-ketat
kuat-kuat
erat-erat
Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami............akibat keracunan makanan
lemah-longlai
lemah-gemalai
hiruk-pikuk
cirit-birit
Sheela menangis................apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.
tercungap-cungap
terbahak-bahak
teresak-esak
tersipu-sipu
Setiap hari kami terpaksa...............di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.
ulang-alik
bolak-balik
lalu-lalang
mundar-mandir
Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan................Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.
lelabu
kekuda
sesiku
kekisi
