wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ FONOLOGI SEM 1 STPM

Total questions: 74

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Bidang fonologi adalah kajian bahasa berkaitan perkara di berikut, kecuali

a)

fonetik

b)

alat pertuturan

c)

fonemik

d)

kelantangan suara

2.

Apakah bunyi bahasa?

a)

Bunyi-bunyi yang bermakna yang terdapat dalam pertuturan sesuatu bahasa

b)

Apa-apa sahaja bunyi yang dilafazkan oleh mulut

c)

Bunyi suara haiwan-haiwan

d)

Bunyi yang tidak difahami oleh pendengar

3.

Yang manakah terdiri daripada pasangan minimal?

a)

pagi, sapi

b)

sabun, sukun

c)

kaya, paya

d)

sabut, biskut

4.

Yang manakah perkataan yang terdiri daripada lima suku kata?

a)

semput

b)

berketerampilan

c)

gabungan

d)

keberkesanan

5.

Perkataan yang berakhir dengan konsonan letupan dua bibir tak bersuara

a)

lambat

b)

mantap

c)

panas

d)

kentut

6.

Perkataan yang mengandungi bunyi vokal belakang separuh sempit

a)

lompat

b)

likat

c)

lubang

d)

bulat

7.

Konsonan sengauan pada suku kata akhir

a)

pukul

b)

malas

c)

nganga

d)

bengkak

8.

Perkataan yang manakah mengandungi diftong?

a)

sekoi

b)

daun

c)

faedah

d)

baik

9.

Vokal depan sempit + sengauan gusi + vokal depan luas + letupan dua bibir tak bersuara

a)

inap

b)

usap

c)

asyik

d)

emak

10.

Dua atau lebih konsonan yang hadir secara berturutan dalam sesuatu suku kata. Yang perkataan yang berkaitan dengan pernyataan ini?

a)

Straw, restu

b)

rendah, bank

c)

kursus, nyaman

d)

ekspres, kolostrum

11.

Yang manakah kumpulan konsonan yang kesemuanya pita suara bergetar semasa menghasilkannya?

a)

[p], [t], [g]

b)

[b], [k], [m]

c)

[d], [k], [l]

d)

[g], [l], [n]

12.

Berikut merupakan vokal hadapan KECUALI

a)

[a]

b)

[o]

c)

[e]

d)

[I]

13.

Berikut merupakan vokal bersuara

a)

[ i]

b)

[a]

c)

[o]

d)

Semua di atas

14.

Apakah vokal yang terdapat dalam perkataan BAHAYA?

a)

vokal hadapan sempit

b)

vokal hadapan separuh sempit

c)

vokal hadapan luas

d)

vokal hadapan separuh luas

15.

Yang manakah perkataan yang menunjukkan penggunaan vokal hadapan separuh sempit?

a)

Senyum

b)

Pacar

c)

Sengkek

d)

Lilin

16.

Ketika menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit, bibir berada dalam keadaan

a)

biasa

b)

hampar

c)

bundar

d)

neutral

17.

Yang manakah pola suku kata yang betul bagi perkataan "ibunda"

a)

V + KKV + KV

b)

V + KVK +VK

c)

V + VVK + VK

d)

V + KVK + KV

18.

Bunyi vokal hadapan luas terdapat pada perkataan

a)

urut

b)

belek

c)

kawan

d)

potong

19.

Bunyi vokal dan bunyi diftong mempunyai perbezaan dari aspek

a)

bunyi bersuara

b)

udara keluar melalui rongga mulut

c)

geluncuran lidah

d)

tiada halangan terhadap udara

20.

Ayat yang manakah perkataannya mempunyai vokal rangkap

a)

Matanya silau jika berada di tempat terang.

b)

Kemasik terletak di daerah Kemaman.

c)

Gulai lemak Mak Temah sangat lazat.

d)

Mereka mahu bercuti di Pulau Pinang.

21.

Frasa yang manakah mempunyai diftong?

a)

Banyak saingan

b)

Tuan besar

c)

Hasil laut dalam

d)

Berkonvoi dengan kereta

22.

Konsonan letupan bibir bersuara + vokal belakang separuh sempit + konsonan sisian bersuara + vokal hadapan luas


Perkataan yang manakah mengandungi susunan bunyi di atas?

a)

Pola

b)

Bola

c)

Pula

d)

Bela

23.

Yang manakah vokal apabila disebut keadaan bibir tidak berubah?

a)

vokal hadapan sempit

b)

vokal depan separuh sempit

c)

vokal belakang sempit

d)

vokal tengah

24.

Vokal manakah yang dipengaruhi oleh sebutan dialek?

a)

vokal depan separuh luas

b)

vokal belakang separuh sempit

c)

vokal depan separuh sempit

d)

vokal tengah

25.

Sesuatu jenis vokal itu dikategorikan sebagai vokal luas atau sempit berdasarkan


I- keadaan dua bibir

II- bahagian lidah

III- bukaan rahang

IV- pergerakan lidah

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I dan III

d)

Semua di atas

26.

Berikut merupakan bahagian lidah yang terlibat dalam keratan rentas lidah KECUALI

a)

Depan lidah

b)

hujung lidah

c)

belakang lidah

d)

tengah lidah

27.

Bahagian lidah yang manakah paling aktif?

a)

depan lidah

b)

tengah lidah

c)

hujung lidah

d)

belakang lidah

28.

Yang manakah benar tentang penghasilan vokal bahasa Melayu?


i- pita suara bergetar

ii- semua vokal ialah asli

iii- vokal pinjaman melebihi vokal asli

iv- vokal bersuara dan tidak bersuara turut ada

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i dan iv

d)

semua di atas

29.

X - Diftong

Y - Vokal rangkap


Yang manakah padanan yang betul bagi perkataan yang mengandungi X dan Y?

a)

X - Belai / Y - Raut

b)

X - Pulau / Y - Salai

c)

X - Relai / Y - Saudagar

d)

X - Kaut / Y - Sepoi

30.

Yang manakah frasa yang mengandungi diftong?

a)

Raut wajah ibu

b)

Daun pokok bunga

c)

Amat diminati ramai

d)

Menyertai peraduan itu

31.

Vokal depan luas + letupan gusi tak bersuara + vokal depan luas + letupan dua bibir tak bersuara


Percantuman bunyi-bunyi di atas menghasilkan perkataan

a)

adat

b)

epal

c)

atap

d)

esak

32.
  • Hujung lidah ditemukan ke gigi-gusi untuk membuat sekatan
  • Udara yang tersekat pada bahagian pertemuan itu dilepaskan dengan serta-merta
  • Pita suara tidak bergetar


Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas?

a)

tarah, putus, sekat

b)

dasar, talam, kotak

c)

tabur, indah, tekad

d)

badak, duta, mantap

33.

Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi bunyi separuh vokal?

a)

cadang, yakin, larang

b)

wajah, kawah, bayang

c)

bawang, parang, payung

d)

pawang, kampung, kenyang

34.

Yang manakah perkataan perkataan yang mengandungi konsonan sengau gusi?


I. sunyi

II. timun

III. lontar

IV. tangga

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Yang manakah perkataan yang kesemua konsonannya terdiri daripada konsonan tak bersuara?

a)

bujur

b)

gelas

c)

petak

d)

madah

36.

Yang manakah jenis konsonan yang kesemuanya bersuara?

a)

geseran

b)

letusan

c)

letupan

d)

sengauan

37.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi vokal depan separuh sempit?


I. gelek - telek

II. herot - remeh

III. berang - telur

IV. belat - keladi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi konsonan pinjaman geseran bibir-gigi tak bersuara?


I. [formal]

II. [wakaf]

III. [universiti]

IV. [vitamin]

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Yang manakah keterangan yang benar tentang vokal bahasa Melayu?

i. Semasa menghasilkannya, pita suara bergetar

ii. semua vokal bahasa Melayu merupakan vokal asli.

iii. Terdapat dua huruf yang melambangkan satu vokal.

iv. Semasa penghasilannya, lelangit lembut diturunkan.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

40.

i - Depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak setinggi seperti menghasilkan vokal /i/

ii Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan.


Vokal yang dihasilkan dengan cara di atas terdapat dalam kedua-dua perkataan dalam pasangan

a)

endah - pendek

b)

kerat - herot

c)

teler - pekat

d)

sendat - cendol

41.

Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mengandungi vokal yang penyebutannya mengalami sengauan

a)

nano - sejat

b)

ketua - maha

c)

katil - mawar

d)

gunung - kemaruk

42.

Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mengandungi vokal belakang?

i. kerat - toreh

ii. terus - jagoh

iii. boleh - sapu

iv. tukul - sempit

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

43.

Sesuatu jenis vokal itu dikategorikan sebagai vokal luas atau sempit berdasarkan

i keadaan dua bibir

ii. bahagian lidah yang terlibat

iii.buka antara rahang bawah dan atas

iv. tinggi atau rendahnya lidah dinaikkan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

44.

menggeletek


Dalam perkataan di atas, vokal depan separuh sempit terdapat dalam suku kata

i. pertama

ii. kedua

iii. ketiga

iv. keempat

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

45.

Yang manakah perkataan yang kesemua vokalnya mengalami perubahan penyengauan?

a)

memanfaatkan

b)

menyaingimu

c)

mengerumuni

d)

menemankannya

46.

Yang manakah perkataan yang mengandungi vokal yang sebutannya mengalami penyisipan

geluncuran [ j ] ?

a)

kemandulan

b)

lengkuas

c)

mengeliat

d)

penerokaan

47.

Jenis vokal bahasa melayu ditentukan oleh

i. getaran pita suara

ii bukaan rongga mulut

iii. bahagian lidah yang terlibat

iv. sekatan terhadap laluan udara

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

48.

vokal depan luas + letupan gusi tak bersuara + vokal depan luas + letupan dua bibir tak bersuara


Percantuman bunyi-bunyi di atas menghasilkan perkataan

a)

adat

b)

epal

c)

atap

d)

esak

49.

udara yang keluar dari paru-paru dihalang laluannya alat artikulasi tertentu dirapatkan pada titik artikulasi udara dilepaskan dengan serta-merta


Konsonan yang terhasil melalui cara penghasilan di atas ialah

a)

geseran

b)

letupan

c)

letusan

d)

sisian

50.
  • udara dari paru-paru disekat pada artikulasi gusi-lelangit keras
  • udara kemudian dilepaskan secara perlahan-lahan
  • keadaan pita suara terbuka


Bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas terdapat dalam perkataan

i. hambat

ii. cetus

iii. olahan

iv. klac

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

51.

Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan pinjaman bahasa Arab?

i. khasiat

ii. muafakat

iii. maksiat

iv. insaniah

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

52.

Bunyi yang terdapat pada suku kata ketiga dan suku kata keempat pada perkataan perubatan ialah konsonan

a)

letupan dua bibir bersuara, letupan gusi tak bersuara

b)

letupan dua bibir tak bersuara, letupan gusi bersuara

c)

vokal belakang sempit, letupan dua bibir bersuara

d)

getaran gusi, letupan gusi tak bersuara

53.

Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan pinjaman?

i. bakat

ii. formal

iii. prihatin

iv. masyarakat

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

54.

Pada perkataan manakah dalam sebutannya terdapat bunyi hentian atau letupan glotis?

i. manfaat

ii. politik

iii. gerabak

iv. kerabat

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

55.

Yang manakah alat artikulasi yang dipanggil artikulator?


I Lidah

II Gigi atas

III Lelangit keras

IV Lelangit lembut

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

56.

Yang manakah alat artikulasi yang terlibat dengan penghasilan bunyi [m], [b], [p] dan [w]?

a)

Bibir

b)

Lidah

c)

Gigi-gusi

d)

Lelangit keras

57.

Bunyi vokal hadapan luas terdapat pada perkataan

a)

urut

b)

belek

c)

kawan

d)

potong

58.

Ketika belakang lidah dinaikkan paling tinggi di dalam rongga mulut tanpa menyentuh lelangit lembut, yang terhasil ialah bunyi vokal

a)

belakang sempit

b)

hadapan separuh luas

c)

hadapan separuh sempit

d)

belakang separuh sempit

59.

Bunyi vokal dan bunyi diftong mempunyai perbezaan dari aspek

a)

bunyi bersuara

b)

geluncuran lidah

c)

tiada halangan terhadap udara

d)

udara keluar melalui rongga mulut

60.

Yang manakah yang menghasilkan bunyi vokal dalam dialek Melayu?


I Vokal belakang sempit

II Vokal hadapan separuh luas

III Vokal belakang separuh luas

IV Vokal hadapan separuh sempit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

61.

Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan yang semuanya merupakan bunyi bersuara?

a)

Kelapa

b)

Bendang

c)

Jambatan

d)

Lengkuas

62.

Perkataan yang manakah yang semua vokalnya terdiri daripada bunyi vokal sempit?

a)

Tulen

b)

Siram

c)

Berang

d)

Rimbun

63.

Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi letupan glotis?


I Sekat

II Tumbuk

III Tembakau

IV Makluman

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

64.

Yang manakah ciri yang melibatkan semua bunyi konsonan dalam bahasa Melayu?

a)

Bunyi bersuara

b)

Bunyi tak bersuara

c)

Pita suara bergetar

d)

Udara mengalami gangguan

65.

Yang manakah semuanya BUKAN bunyi bersuara?

a)

[k], [h]

b)

[v], [p]

c)

[w], [y]

d)

[m], [t]

66.

Ketika menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit, bibir dalam keadaan

a)

biasa

b)

neutral

c)

bundar

d)

hampar

67.

Ketika tengah lidah menyentuh lelangit keras, bunyi yang berikut akan terhasil, KECUALI

a)

[j]

b)

[c]

c)

[ny]

d)

[ng]

68.

Bunyi konsonan sengau terhasil apabila

a)

udara keluar melalui rongga hidung

b)

udara keluar melalui rongga mulut

c)

udara dilepaskan dengan tiba-tiba

d)

udara menggetarkan pita suara

69.

Perkataan yang manakah TIDAK mematuhi pola keselarasan vokal bahasa Melayu?


I Kerepek

II Keluang

III Komputer

IV Kontraktor

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

70.

Perkataan yang manakah mengandungi suku kata yang berpola KKKVK + KVK?

a)

Transit

b)

Strategi

c)

Struktur

d)

Prihatin

71.

Apakah tanda baca yang berkaitan dengan kata ganda?

a)

Tanda petik

b)

Tanda koma

c)

Tanda pisah

d)

Tanda sempang

72.

Yang manakah perkataan yang menggunakan ejaan yang betul?

a)

Aturcara

b)

Tengahari

c)

Bandaraya

d)

Warganegara

73.

Yang manakah betul dari segi pengejaan?

a)

Abad ke 21

b)

Abad ke-21

c)

Tahun 90an

d)

Tahun 90 an

74.

Yang manakah kata pinjaman yang ejaannya dalam bahasa Melayu sama dengan ejaan dalam bahasa sumbernya?


I Protein

II Nucleus

III Premium

IV Blogger

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV