Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kita mensyukuri anugerah yang dikurniakan Tuhan dengan cara yang berikut, kecuali...

a)

menjaga harta benda dan wang

b)

menjaga hubungan baik sesama anggota keluarga

c)

menjaga kesihatan diri

d)

menjaga kebersihan diri

2.

Camelia sering _____________________ adiknya kerana adiknya seorang insan yang kurang upaya.

a)

menengking

b)

membantu

c)

memarahi

d)

mengganggu

3.

Seorang pelajar yang baik akan _________________________________.

a)

mengejek orang tua

b)

memaki hamun sesuka hati

c)

menghormati guru-guru

d)

mengabaikan nasihat ibu bapa

4.

Nilai kendiri yang positif haruslah dipupuk dan diamalkan ___________________________.

a)

kadang kala

b)

bermusim

c)

setiap masa

d)

mengikut minat

5.

Kita hendaklah bersedia _________________________________ secara ikhlas dan terbuka jika terdapat salah seorang rakan kita yang melakukan kesilapan secara tidak sengaja.

a)

memarahi

b)

bergaduh

c)

memulaukan

d)

memaafkan

6.

Pilih pernyataan berkaitan yang benar mengenai gambar di atas. (Pilih 2 jawapan)

a)

Hospital Sultan Ismail kekurangan bekalan darah untuk penggunaan pada masa kecemasan.

b)

Adi mengambil gambar mangsa yang tercedera.

c)

Kempen menderma darah bertujuan untuk memastikan bekalan darah di hospital mencukupi.

d)

Penderma darah akan menerima hadiah wang tunai daripada penganjur.

7.

Pilih pernyataan berkaitan yang benar mengenai gambar di atas. (Pilih 2 jawapan)

a)

Longkang di hadapan rumah penghulu sahaja yang dibersihkan semasa gotong-royong semalam.

b)

Anggota komuniti Kampung Maju melakukan kerja gotong-royong di kampung mereka setiap bulan.

c)

Aktiviti gotong-royong memberikan banyak manfaat kepada semua masyarakat setempat.

d)

Pak Salim hanya memberikan arahan sahaja sepanjang aktiviti gotong-royong dijalankan.

8.

Pilih pernyataan berkaitan yang benar mengenai gambar di atas. (Pilih 2 jawapan)

a)

Persatuan Ibu Taman Sentosa telah menyediakan pelbagai makanan untuk jualan amal.

b)

Wang yang diperoleh daripada hasil jualan digunakan untuk kegunaan Persatuan Ibu Taman Sentosa sahaja.

c)

Keuntungan hasil jualan amal akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.

d)

Harga barangan yang dijual semasa jualan amal adalah lebih mahal.

9.

Pilih pernyataan berkaitan yang benar mengenai gambar di atas. (Pilih 2 jawapan)

a)

Sumbangan seperti bahan makanan akan dijual semula.

b)

YB Rosli menyerahkan sumbangan berbentuk makanan kepada golongan yang memerlukan.

c)

Kebanyakan bahan makanan yang disumbangkan sudah hampir luput tarikhnya.

d)

Pemberian sumbangan tersebut untuk meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir.

10.

Pilih pernyataan berkaitan yang benar mengenai gambar di atas. (Pilih 2 jawapan)

a)

Kelas 6 Biru membuat tabung derma untuk membantu rakan sekelas, Aina yang ditimpa musibah kebakaran rumah.

b)

Aina menolak penerimaan wang derma kerana tidak mahu dianggap mengharapkan simpati orang lain.

c)

Guru dan rakan sekolah menghulurkan sumbangan derma dengan penuh ikhlas.

d)

Wang derma tersebut akan dibahagikan separuh untuk majlis akhir tahun Kelas 6 Biru dan selebihnya untuk membantu Aina.

11.

Khaleeda sanggup mengambil wang dari tabungan adiknya semata-mata untuk menghulurkan derma kepada rakan sekelasnya yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyertai lawatan sekolah.

a)

SETUJU

b)

TIDAK SETUJU

12.

Mei Ling ialah pengerusi Persatuan St. John Ambulance di sekolahnya. Dia memaksa ahli keluarganya untuk menyertai program derma darah yang dianjurkan oleh persatuan tersebut pada minggu hadapan.

a)

SETUJU

b)

TIDAK SETUJU.

13.

Ganesh meminta ibunya menunjuk cara membuat kek cawan kerana dia ingin membuat kek cawan untuk jualan amal sempena Hari Autisme Sedunia yang akan dianjurkan di sekolahnya.

a)

SETUJU

b)

TIDAK SETUJU

14.

Lila memberikan cadangan untuk menghadiahkan cenderahati yang agak mahal kepada seorang bekas perajurit negara bersempena Hari Pahlawan.

a)

SETUJU

b)

TIDAK SETUJU

15.

Raina menulis surat kepada wakil rakyat di kawasan tersebut bagi memohon sumbangan untuk membaik pulih perpustakaan komuniti yang rosak akibat ribut.

a)

SETUJU

b)

TIDAK SETUJU