wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Tok Penghulu berasa curiga apabila melihat ________ pemuda itu di balai raya.

a)

tindak-tanduk

b)

ramah-tamah

c)

simpang-siur

d)

huru-hara

2.

Azlan makan dengan berselera sekali walaupun dengan ________ goreng.

a)

kekura

b)

kekayu

c)

kekisi

d)

peparu

3.

Di dalam hutan simpan itu masih terdapat ________ yang bernilai.

a)

bukit-bukau

b)

semak-samun

c)

kayu-kayan

d)

dedaun

4.

Remaja itu menari ________ mengikut irama muzik yang dimainkan.

a)

riuh-rendah

b)

terkinja-kinja

c)

terhuyung-hayang

d)

perlahan-perlahan

5.

Di Restoran Roslin terdapat ________ yang dimasak mengikut cara masakan masyarakat Melayu di Kelantan.

a)

buah-buahan

b)

sayur-sayuran

c)

lelemak

d)

kayu-kayan

6.

________ yang siap disusun mengikut jadual dimasukkan ke dalam beg sekolah.

a)

barang-barang

b)

buah-buahan

c)

buku-buku

d)

akhbar-akhbar

7.

Para peserta nyanyian itu ________ dan murah dengan senyuman.

a)

cantik-cantik

b)

berseri-seri

c)

hebat-hebat

d)

manis-manis

8.

_________ perkhemahan itu dibahagikan kepada lima pasukan.

a)

Peserta-peserta

b)

Pelanggan-pelanggan

c)

Tetamu

d)

Ahli-ahli

9.

Kami ________ dari Pasir Gudang ke Johor Bahru setiap hari.

a)

berkumat-kamit

b)

menepis-nepis

c)

berdolak-dalik

d)

berulang-alik

10.

Suasana di Stadium Bukit Jalil menjadi ________ dengan sorakan penonton apabila pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol.

a)

kacau-bilau

b)

kelam-kabut

c)

huru-hara

d)

hiruk-pikuk

11.

Suasana di perkampungan orang asli itu dikelilingi ________ yang tinggi.

a)

gunung-ganang

b)

pindah-randah

12.

Kakak berasa ________ apabila melihat lintah di kakinya.

a)

riuh-rendah

b)

geli-geleman

13.

Ikan yang dijual oleh Pak Kassim ________ belaka berbanding penjual lain.

a)

ipar-duai

b)

segar-bugar

14.

Budak itu ________ di taman permainan pada waktu petang.

a)

jalan-jalan

b)

diam-diam

15.

Apabila angin bertiup kencang, habis buah-buah mempelam itu jatuh ________ .

a)

berdebak-debuk

b)

berpusu-pusu