wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganti Nama Diri

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Borang ini mesti _________ serahkan kepada guru kelas.

a)

anda

b)

dia

c)

daku

2.

Anak Pak Kassim ditangkap oleh polis kerana ___________ disyaki mengedar dadah.

a)

engkau

b)

dia

c)

beliau

3.

Pelbagai acara telah diatur sempena keberangkatan ___________ ke majlis itu.

a)

beliau

b)

beta

c)

baginda

4.

" ____________ ialah Sultan Melaka yang terakhir." kata Cikgu Azizul.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Dia

d)

Tuan hamba

5.

Encik Hanif Asyraf ialah datuk kepada Hazwan. ___________ berusia 75 tahun.

a)

Kita

b)

Kalian

c)

Kamu

d)

Dia

6.

" ________________ mahu rakyat hidup aman dan damai," titah Sultan Melaka kepada bendahara.

a)

Dia

b)

Saya

c)

Beta

d)

Kamu

7.

" ________________ dan Ariffuddin akan bertanding dalam pertandingan badminton," kata Hafizi kepada ibunya.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Hamba

d)

Kami

8.

Murid-murid tahun 5 Bijak sangat rajin belajar bersama-sama. _______________ selalu mendapat keputusan cemerlang.

a)

Dia

b)

Kamu

c)

Kami

d)

Mereka

9.

Sejak malam tadi, ___________ tidak dapat melelapkan mata kerana teringat peristiwa yang menakutkan itu.

a)

Dia

b)

Mereka

c)

Beliau

10.

Murid-murid perempuan 6 Bestari kelihatan gembira. ____________ berjaya menjuarai pertandingan bola jaring itu.

a)

Kami

b)

Mereka

c)

Kalian

11.

"Cikgu mahu _____________ menghadiri latihan bola baling pada petang nanti," kata Cikgu Anisah kepada Daliena.

a)

kamu

b)

dia

c)

kalian

12.

Hafizuddin akan bertolak ke Kota Bharu esok. ____________ ditemani oleh adiknya, Haziquddin.

a)

beliau

b)

mereka

c)

dia

d)

kalian

13.

Dalam lawatan _____________ ke Acheh, Sultan Melaka tertarik dengan kecantikan dan keayuan Puteri Kencana Dewi.

a)

beliau

b)

baginda

c)

tuanku

d)

tuan hamba

14.

"Segala titah perintah tuanku akan ___________ laksanakan," kata Tun Perak kepada Sultan Muzaffar Shah.

a)

patik

b)

saya

c)

tuanku

d)

tuan hamba

15.

Jamil didapati bersalah kerana mencuri barang kemas di Kedai Emas Kota Tinggi. _____________ akan dihadapkan ke mahkamah pada bulan hadapan.

a)

Saya

b)

Kita

c)

Dia

d)

Beliau