wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL TI TERENGGANU 1

Total questions: 20

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Berikut manakah contoh istidraj?

a)

Maryam dianugerahi hidangan dari langit

b)

Sombong dan kufur setelah dikurniakan kekayaan

c)

Terselamat dalam kemalangan yang dahsyat

d)

Kebal atau tidak lut senjata

2.

Ilmu yang berkaitan dengan kepentingan kehidupan di dunia yang membawa faedah kepada manusia dan alam

a)

Fardu Kifayah

b)

Fardu Ain

c)

Fardu Akhlak

d)

Fardu Syariah

3.

Berikut contoh amalan dalam Islam yang boleh disesuaikan mengikut keadaan (pilih 3 sahaja)

a)

Memakai pakaian berfesyen

b)

Meninggalkan solat ketika berperang

c)

Meninggalkan puasa ketika musafir

d)

Memakan makanan haram ketika darurat

4.

Doktor Yusuf melakukan solat jamak ketika melakukan operasi pembedahan pesakitnya. Pernyataan ini menerangkan

a)

Thabat

b)

Murunah

c)

Rabbaniyyah

d)

Syumuliyyah

5.

Islam menggariskan keseimbangan hidup antara kehidupan dunia dan akhirat serta hak dengan tanggungjawab manusia. Kenyataan ini berkaitan

a)

Thabat

b)

Murunah

c)

Waqi'iyyah

d)

Syumuliyyah

6.

Berikut ialah prinsip-prinsip negara Islam KECUALI

a)

Syura

b)

Keadilan

c)

Kebebasan

d)

Jaminan sosial

7.

Firman Allah SWT: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri (hukumannya) potonglah tangan mereka... . Peranan hadis kepada ayat tersebut ialah

a)

menguatkan hukum-hukum yang terdapat dalam nas

b)

menghuraikan nas-nas yang mujmal atau ringkas

c)

mentakhsiskan maksud nas yang umum

d)

membatasi hukum nas yang mutlak

8.

Antara sifat perawi hadis dhaif ialah (pilih 3 sahaja)

a)

fasik

b)

zalim

c)

thiqah

d)

pelupa

9.

Ibadat mengikut kemampuan, semua kerja dikira ibadat jika mengikut syarak dan fardu ain serta fardu kifayah satu kewajipan. Bukti Islam bersifat Alamiyyah dari segi

a)

akidah

b)

sosial

c)

ibadat

d)

perundangan

10.

Pergaulan dan hubungan sesama manusia dalam menjalani kehidupan masing-masing. Pernyataan ini merujuk

a)

sistem sosial Islam

b)

sistem ekonomi Islam

c)

sistem muamalah Islam

d)

Sistem pemerintahan Islam

11.

Berikut adalah perkara yang merosakkan harta KECUALI

a)

membazir

b)

menerima rasuah

c)

membekukan wang

d)

berbelanja ke arah maksiat

12.

Antara berikut manakah tanggungjawab anak terhadap ibu bapa?

a)

Menyediakan keperluan asas

b)

Memberi kekayaan kepada ibu bapa

c)

Melaksanakan tanggungjawab dalam pelajaran

d)

Memastikan mendapat pendidikan yang sempurna

13.

Pilih pernyataan yang SALAH tentang kepentingan taubat

a)

melahirkan keinsafan diri

b)

memperoleh ketenangan jiwa

c)

menjamin kecerdasan minda

d)

mengukuhkan keperibadian individu

14.

Berikut perkara yang merosakkan ibadat kepada Allah SWT (pilih 3 sahaja)

a)

Riak

b)

Ujub

c)

Sum'ah

d)

Fatanah

15.

Memiliki daya kreativiti, inovatif dan produktif dalam melaksanakan pekerjaan. Kenyataan ini merujuk

a)

kesaksamaan sosial

b)

perpaduan ummah

c)

kekuatan ekonomi

d)

jati diri ummah

16.

Berikut adalah cara memelihara keturunan KECUALI

a)

pengharaman perbuatan homoseks dan liwat

b)

larangan melakukan perbuatan khurafat

c)

galakan berkahwin dan berkeluarga

d)

hukuman hudud kepada penzina

17.

Ciri-ciri penyelesaian masalah yang dituntut dalam Islam ialah (pilih 3 sahaja)

a)

menepati kehendak syarak

b)

dilakukan secara berterusan

c)

penyelesaian secara menyeluruh

d)

mendahului kepentingan individu

18.

Berikut ialah keunggulan perundangan Islam KECUALI

a)

ciptaan Allah SWT

b)

hukuman yang adil

c)

lengkap dan sesuai

d)

berubah mengikut situasi

19.

Puan Wawa menjual rumahnya dengan mengambil keuntungan 15 peratus daripada harga asal rumah tersebut. Kenyataan ini berkaitan

a)

ar-Rahn

b)

al-Musyarakah

c)

al-Mudharabah

d)

al-Murabahah

20.

Manakah jenis muamalah berikut yang menunjukkan bentuk pertolongan kepada orang yang memerlukan barangan

a)

al-Rahn

b)

al-Wadiah

c)

al-Murabahah

d)

al-Bai' bithaman ajil