wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL UNIT 15 TINGKATAN 1D

Total questions: 20

Worksheet time: 3585secs

Name
Class
Date
1.

Tatacara ditakrifkan sebagai ....

a)

peraturan yang mana kita amalkan bila perlu saja.

b)

peraturan dan cara hidup yang benar serta beretika.

c)

peraturan yang baik dan telah ditetapkan serta harus dipatuhi.

d)

peraturan tingkah laku atau sopan santun sama ada dalam kehidupan seharian.

2.

Apakah maksud peraturan sekolah?

a)

tingkah laku dan sahsiah murid

b)

peraturan yang ditetapkan oleh murid itu sendiri

c)

undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman , keharmonian dan melicinkan perjalanan aktiviti dalam sekolah.

d)

mengasingkan diri daripada masyarakat

3.

Tujuan peraturan adalah....

a)

perlu dipatuhi oleh semua murid

b)

mengawal bising di kelas

c)

mengawal tingkah laku dan melicinkan perjalanan hidup warga sekolah

d)

mengawal kawasan sekolah dengan baik dan bersih

4.

Berikut merupakan kepentingan mematuhi peraturan sekolah....

a)

Ketinggalan pelajaran

b)

membentuk perwatakan positif dalam diri murid

c)

Melahirkan murid yang berhemah tinggi

d)

Membentuk murid yang berfikiran rasional

5.

Contoh peraturan sekolah .....

a)

Murid -murid haruslah mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

b)

Murid-murid haruslah mengikut kehendak mereka sendiri tanpa mendengar arahan guru

c)

Murid-murid saling menghormati antara satu sama lain

d)

Murid-murid hendaklah menjaga nama baik dan imej sekolah

6.

Apakah kesan jika tiada peraturan sekolah?

a)

kita gembira dan menikmati segala kemudahan yang ada di sekolah

b)

Membentuk perwatakan yang tidak berhemah

c)

Menyebabkan kemalangan atau kecederaan

d)

menjejaskan imej sekolah

7.

Antara akibat daripada melanggar peraturan sekolah adalah

a)

Dihukum seperti rotan dan didenda.

b)

Digantung atau dibuang sekolah.

c)

Diberikan anugerah pencapaian pelajar baik dan bersahsiah.

d)

Diminta berjumpa dengan kaunselor untuk sesi kaunseling.

8.

Sebagai remaja yang berfikiran matang, sudah tentu dapat membuat pilihan sama ada menjadi murid yang mematuhi peraturan sekolah atau sebaliknya. Kesan positif menjadi pelajar yang berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah adalah

a)

Menghormati guru.

b)

Menunjukkan kita berkuasa dan dapat mengawal semua orang di sekeliling.

c)

Menghargai masa.

d)

Mempunyai hala tuju.

9.

Yang manakah salah laku yang sering berlaku di sekolah?

a)

Tidak membawa rokok ke sekolah.

b)

Tidak membuat bising di dalam kelas semasa guru sedang mengajar.

c)

Menjaga kebersihan kawasan sekolah.

d)

Menconteng dinding bilik darjah, tandas dan di mana-mana tempat dalam kawasan sekolah.

10.

Nyatakan nilai yang diamalkan di dalam unit patuhi peraturan sekolah ini.

a)

Rasional

b)

Bertanggungjawab

c)

Patriotik

d)

Hemah Tinggi

11.

Berikut merupakan tingkah laku yang tidak bermoral yang dilakukan oleh pelajar. Yang manakah tingkah laku yang sepatutnya diamalkan dalam kalangan pelajar?

a)
b)
c)
d)
12.

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.

a)

Hormat

b)

Toleransi

c)

Hemah Tinggi

d)

Kasih Sayang

13.

Pilih dialog yang sesuai

a)

Kita perlu jujur untuk berjaya Mary, kerja kursus kakak awak kita jadikan rujukan sebagai panduan. Jumpa awak petang nanti ya, Mary.

b)

Baiklah Mary, jumpa petang nanti

c)

Suka hati awaklah. Saya buat sendiri.

d)

Jangan begitu Mary, Tuhan nampak apa yang kita lakukan.

14.

Ketika nyanyian lagu Negaraku, peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut...kecuali

a)

Berdiri tegak

b)

Tidak bercakap

c)

menyanyi seiring dengan rakan-rakan yang lain

d)

melihat telefon bimbit

15.

Perasaan anda apabila mematuhi peraturan sekolah .....

a)

Bangga dan tenang

b)

mendapat pahala

c)

mudah mendapat kawan

d)

Popular

16.

Salah satu contoh kesan positif mematuhi peraturan sekolah ialah...

a)

nama baik keluarga terjaga

b)

mendapat kawan yang popular

c)

rakan-rakan takut dengan anda

d)

guru-guru tidak menghiraukan anda

17.

Sebagai seorang murid yang mematuhi peraturan sekolah, saya tidak akan

a)

menghadiri sekolah setiap hari persekolahan

b)

memakai lencana sekolah dan tanda nama

c)

menghormati guru dan sedia menghulurkan bantuan

d)

berdiam diri apabila ternampak rakan yang membawa telefon bimbit ke sekolah

18.

Beberapa langkah yang boleh diambil agar tidak melanggar peraturan sekolah adalah seperti berikut: ...... kecuali

a)

sentiasa berkawan dengan kawan yang popular

b)

menjadikan Buku Peraturan sekolah sebagai panduan.

c)

Sedia mendengar nasihat dan teguran

d)

merujuk guru sekiranya tidak pasti tindakan yang dilakukan boleh atau tidak dilakukan

19.

Rakan anda ponteng kelas. Apakah yang patut anda lakukan ?

a)

mendiamkan diri

b)

melaporkan kepada guru kelas

c)

mengikut rakan ponteng kelas

20.

Berikut merupakan ciri insan bermoral dari aspek perlakuan KECUALI

a)

Bersikap adil

b)

Berperikemanusiaan

c)

Berfikiran rasional

d)

Bertindak mengikut undang-undang