NEW
Font size
WorksheetsJatuh Bebas
Total questions: 15
Worksheet time: 17mins
Rajah menunjukkan sekeping syiling,sebiji guli dan sehelai daun kering dilepaskan pada masa yang sama dalam sebuah silinder vakum.Pemerhatian yang manakah adalah benar?
Ketiga-tiga objek terapung dalam silinder
Ketiga-tiga objek sampai ke dasar dalam masa yang sama
Guli sampai ke dasar lebih awal daripada syiling
Syiling dan guli sampai ke dasar lebih awal daripada daun kering
Rajah menunjukkan sekeping batu bata jatuh dari meja.Apakah kuantiti fizik batu bata itu yang malar semasa ia jatuh?
Tenaga keupayaan
Tenaga kinetik
Pecutan
Halaju
Rajah menunjukkan dua sfera logam, P dan Q.Antara pernyataan berikut, yang manakah benar apabila P dan Q sedang jatuh bebas?
Halaju P dan halaju Q adalah sama
Pecutan P dan pecutan Q adalah sama
Momentum P dan momentum Q adalah sama
Daya graviti yang bertindak ke atas P dan Q adalah sama
Seketul bata jatuh dari ketinggian 10 m. Hitung masa yang diambil untuk bata itu sampai ke tanah.
0.5 s
0.7 s
1.0 s
1.4 s
Rajah menunjukkan sebiji mangga jatuh dari sebatang pokok.Graf pecutan-masa manakah yang mewakili gerakan buah mangga itu?
Rajah menunjukkan dua objek dijatuhkan secara serentak dari satu ketinggian. Kuantiti yang manakah sama bagi kedua-dua objek itu?
Berat
halaju
Halaju akhir
Kadar perubahan halaju
Sebiji bola keluli jatuh dari sebuah bangunan tinggi dan mengambil masa 4.0 s untuk terkena tanah.
Hitung tinggi bangunan itu.
40 m
80 m
120 m
160 m
Rajah menunjukkan sebiji bola ditendang oleh seoarang pemain dari atas sebuah bangunan tinggi dengan halaju mengufuk 40 ms-1. Jarak mengufuk yang dicapai oleh bola itu ialah 120 m.Berapakah tinggi bangunan itu?
120 m
90 m
45 m
30 m
Rajah menunjukkan sehelai kertas direnyuk dan sebiji bola logam dijatuhkan berhampiran permukaan bumi pada satu ketinggian yang sama.Graf halaju-masa berikut yang manakah dapat menerangkan gerakan kertas dan bola logam tersebut?
Graf halaju-masa bagi suatu jasad yang jatuh bebas adalah
Rajah menunjukkan sebuah sebiji kelapa gugur dari pokok.Graf pecutan-masa yang manakah mewakili gerakan buah kelapa tersebut?
Rajah menunjukkan sebuitir peluru meriam ditembak tegak ke atas dengan halaju 50 m s-1. Berapakah halaju peluru meriam itu selepas 4.0 s?
0 m s-1
5 m s-1
10 m s-1
20 m s-1
Rajah menunjukkan sebiji batu dilontar tegak ke atas dengan halaju 30 ms-1 .Berapakah ketinggian maksimum yang boleh dicapai oleh batu itu?
15 m
30 m
45 m
60 m
Seketul bata jatuh dari ketinggian 10 m. Hitung masa yang diambil untuk bata itu sampai ke tanah.
0.5 s
0.7 s
1.0 s
1.4 s
Berat Karim di Bumi ialah 800 N. Apakah yang akan berlaku kepada beratnya di bulan?
Bertambah
Berkurang
Tidak berubah
Menjadi sifar
