NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Keluarga Encik Zainal hanya mampu ______ setelah semua barangan mereka hangus terbakar setelah kediaman mereka dijilat api pada pagi tadi.
ringan tulang
ayam tambatan
berputih mata
mata keranjang
"Kamu jangan __________ dalam perbalahan itu," kata Pak Suhud kepada Mak Lijah.
cepat tangan (bermaksud suka mencuri)
ringan tangan (bermaksud suka membantu orang lain)
campur tangan (bermaksud mengambil tahu hal orang lain)
panjang tangan (bermaksud suka mencuri)
Mustakim Billah Shah seorang yang __________ walaupun beliau seorang yang kaya raya.
ringan kepala (bermaksud orang yang mudah memahami sesuatu perkara)
ringan mulut (bermaksud peramah)
rendah diri (bermaksud tidak sombong)
ringan tangan (bermaksud orang yang suka membantu orang lain)
Di dalam Tahun Empat Afnan, hanya Siti Nur Shamimi seorang __________. Apabila ada perlawanan antara kelas, dia hanya sebagai penonton sahaja.
kaki ayam (bermaksud tidak memakai kasut)
kaki bangku (bermaksud tidak tahu bermain bola)
kaki temberang (bermaksud orang yang suka bercakap bohong)
kecil hati (bermaksud berasa tersinggung)
Setelah kedua-dua orang ibu bapanya meninggal dunia, kini Mohd Fatah Aminudin Shakir hidup ______________.
ringan tulang (Orang yang rajin)
sebatang kara (Tidak beribu bapa dan saudara mara)
nyawa-nyawa ikan (Hampir-hampir mati)
berat tulang (Orang yang malas)
Biarlah rahsia antara kita ini tidak diketahui oleh Tukiman kerana dia seorang _______________.
berat mulut (bermaksud pendiam)
mulut tajam (bermaksud suka mengeluarkan kata yang pedas-pedas)
mulut murai (bermaksud orang yang suka bercakap banyak)
mulut tempayan (bermaksud orang yang tidak dapat menyimpan rahsia)
Ali membeli hadiah sebagai ______________ buat gurunya yang akan berpindah ke sekolah lain.
cenderamata
tanda mata
buah tangan
durian runtuh
Encik Abu ______________ memikirkan masalah hutang-hutangnya yang terlalu banyak.
pening lalat
nyawa-nyawa ikan
mati akal
separuh nyawa
Muthu sering ditegur oleh gurunya kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Tulisan Muthu juga sukar dibaca kerana seperti _________________.
cakar ayam
tanduk kerbau
lintah darat
kuku besi
Encik Zainal merupakan seorang yang mudah bergaul dengan masyarakat kerana sikapnya yang ________________.
kepala angin
manis mulut
ringan mulut
mata keranjang
Sejak dari kecil Jacob tidak meminati bidang sukan terutamanya sukan bola sepak kerana dia merupakan seorang yang ________________.
ulat buku
ayam tambatan
lipas kudung
kaki bangku
