Font size
WorksheetsKebarangkalian Peristiwa Bergabung
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Kenal pasti sama ada peristiwa bergabung di bawah ialah peristiwa bersandar atau peristiwa tak bersandar.
Mendapat angka sebanyak dua kali apabila sekeping syiling adil dilambung dua kali.
Peristiwa bersandar
peristiwa tak bersandar
Kenal pasti sama ada peristiwa bergabung di bawah ialah peristiwa bersandar atau peristiwa tak bersandar.
Mendapat dua keping kad yang berhuruf sama apabila dua keping kad dipilih secara rawak daripada kad berlabel dengan huruf ''B, A, I, K" satu demi satu dengan pemulangan.
Peristiwa bersandar
peristiwa tak bersandar
Peristiwa gabungan A dan B dikenali sebagai peristiwa saling eksklusif sekiranya ............
terdapat persilangan antara peristiwa A dengan peristiwa B
terdapat kesatuan antara peristiwa A dengan peristiwa B
tidak ada persilangan antara peristiwa A dengan peristiwa B
tidak ada kesatuan antara peristiwa A dengan peristiwa B
Antara berikut gambarahah manakah menunjukkan Peristiwa A dan B ialah peristiwa saling eksklusif
Antara berikut, yang manakah rumus untuk mengira kebarangkalian bagi peristiwa A dan B jika peristiwa A dan B tidak saling eksklusif
P(A∪B)=P(A)+P(B)
P(A∩B)=P(A)×P(B)
P(A∩B)=P(A)+P(B).
Terdapat tiga batang pensel berwarna ungu dan dua batang pensel berwarna hijau dalam
sebuah kotak. Dua batang pensel berwarna dipilih secara rawak dari kotak satu demi satu tanpa pemulangan.
Dengan menggunakan singkatan U untuk ungu dan H untuk Hijau, manakah unsur bagi ruang sampel bagi pensel warna dipilih.
(U,U)
(H,H)
(H,U)
(U,H)
Satu nombor dipilih secara rawak dari set S = {x: x ialah integer, 1≤x≤30 .
Manakah unsur bagi peristiwa mendapat nombor gandaan 3 dan nombor gandaan 12.
3
12
15
24
30
Satu nombor dipilih secara rawak dari set S = {x: x ialah integer, 1≤x≤30 .
Hitung kebarangkalian mendapat nombor gandaan 3 dan nombor gandaan 12.
(a)
Satu nombor dipilih secara rawak dari set S = {x: x ialah integer, 1≤x≤30 .
Manakah unsur bagi peristiwa mendapat nombor faktor bagi 20 atau nombor faktor bagi 8.
4
5
8
16
24
Satu nombor dipilih secara rawak dari set S = {x: x ialah integer, 1≤x≤30 .
Berapakah bilangan unsur untuk peristiwa mendapat nombor faktor bagi 20 atau nombor faktor bagi 8.
(a)
Dua keping kad berlabel dengan nombor “77, 91” dimasukkan dalam kotak M dan tiga keping
kad berlabel dengan huruf “R, I, A” dimasukkan dalam kotak N. Sekeping kad dipilih secara
rawak dari kotak M dan N masing-masing. Berikut adalah jadual kesudahan yang mungkin bagi peristiwa berikut.
Manakah unsur yang mempunyai kad nombor dengan hasil tambah digit melebihi 10 dan kad konsonan dipilih.
(77,R)
(77,A)
(91,R)
(91,I)
Dua keping kad berlabel dengan nombor “77, 91” dimasukkan dalam kotak M dan tiga keping
kad berlabel dengan huruf “R, I, A” dimasukkan dalam kotak N. Sekeping kad dipilih secara
rawak dari kotak M dan N masing-masing. Berikut adalah jadual kesudahan yang mungkin bagi peristiwa berikut.
Manakah unsur yang mempunyai kad nombor dengan hasil tambah digit melebihi 10 atau kad konsonan dipilih.
(77,R)
(77,A)
(91,R)
(91,I)
(77,I)
Dua orang pengawas dipilih secara rawak daripada lima orang pengawas yang terdiri daripada tiga orang pengawas tingkatan 4 dan dua orang pengawas tingkatan 5. Hitung kebarangkalian kedua-dua orang pengawas yang dipilih adalah daripada tingkatan 4.
(a)
Kebarangkalian Kam Seng lulus dalam mata pelajaran Fizik dan Kimia masing-masing ialah
0.58 dan 0.42. Hitung kebarangkalian bahawa
(a) Kam Seng lulus kedua-dua mata pelajaran,
(b) Kam Seng hanya lulus satu mata pelajaran.
(a) 0.5128, (b) 0.6728
(a) 0.4872, (b) 0.6728
(a) 0.2436, (b) 0.5128
(a) 0.2436, (b) 0.2436
Fatimah menghantar surat permohonan kerja ke tiga buah syarikat. Kebarangkalian Fatimah
mendapat penawaran daripada syarikat X, Y dan Z masing-masing ialah 53 , 94 dan 125 . Antara berikut yang manakah menunjukkan kaedah menghitung kebarangkalian Fatimah mendapat penawaran daripada mana-mana dua syarikat
53×94+94×125+125×53
(53×94+94×125+125×53)−(53×94×125)
53×94×125
53×94+94×125
Fatimah menghantar surat permohonan kerja ke tiga buah syarikat. Kebarangkalian Fatimah
mendapat penawaran daripada syarikat X, Y dan Z masing-masing ialah 53 , 94 dan 125 . Hitung kebarangkalian Fatimah mendapat penawaran daripada ketiga-tiga syarikat tersebut
2612
540379
18083
91
Diberi peristiwa A dan B ialah dua peristiwa yang saling eksklusif dan P(A) = 31 ,
nyatakan nilai maksimum P(B).
1/3
2/3
3/3
3/1
Diberi peristiwa A dan B ialah dua peristiwa yang saling eksklusif dan P(A) = 31 ,
jika P(A∪B)=97 , kenal pasti P(B).
7/9
6/6
7/27
4/9
Kotak R mengandungi lima biji guli merah dan tujuh biji guli hijau manakala kotak T mengandungi empat biji guli merah dan lapan biji guli hijau. Sebiji guli dipilih secara rawak dari kotak R. Sekiranya guli itu berwarna merah, guli itu akan dimasukkan ke dalam kotak T. Sekiranya guli itu berwarna hijau, guli itu akan dikembalikan ke dalam kotak R. Seterusnya sebiji guli akan dipilih secara rawak dari kotak T. Warna guli yang dipilih akan dicatat. Hitung kebarangkalian kedua-dua biji guli yang dipilih berwarna merah,
10/25
25/156
5/6
25/144
Kotak R mengandungi lima biji guli merah dan tujuh biji guli hijau manakala kotak T mengandungi empat biji guli merah dan lapan biji guli hijau. Sebiji guli dipilih secara rawak dari kotak R. Sekiranya guli itu berwarna merah, guli itu akan dimasukkan ke dalam kotak T. Sekiranya guli itu berwarna hijau, guli itu akan dikembalikan ke dalam kotak R. Seterusnya sebiji guli akan dipilih secara rawak dari kotak T. Warna guli yang dipilih akan dicatat. Hitung kebarangkalian kedua-dua biji guli yang dipilih berlainan warna.
211/468
10/39
7/36
17/36
