WorksheetsSains Tingkatan 1 - Bab 9
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Zon batu dan tanah di atas permukaan Bumi.
Berdasarkan pernyataan di atas, komponen bagi sistem Bumi yang terlibat?
Geosfera
Biosfera
Hidrosfera
Atmosfera
Lapisan manakah yang mengandungi sebahagian besar gas atmosfera dan mengalami perubahan cuaca?
Stratosfera
Troposfera
Mesosfera
Eksosfera
Antara berikut, pernyataan yang manakah benar?
Tekanan udara dan suhu tidak dipengaruhi oleh altitud suatu tempat.
Semakin tinggi altitud, semakin tinggi tekanan udara dan suhu.
Semakin tinggi altitud, semakin rendah tekanan udara dan suhu
Semakin tinggi altitud, semakin rendah suhu, tetapi tekanan udara tidak berubah.
Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang lapisan termosfera?
Lapisan yang sesuai dan stabil untuk penerbangan kapal terbang.
Lapisan yang mempunyai ion- ion yang dapat memantulkan gelombang radio.
Lapisan tempat benda hidup bernafas.
Lapisan yang mengandungi gas- gas ringan seperti helium.
Antara berikut yang manakah contoh batu metamorfik?
Granit
Basalt
Batu kapur
Marmar
Antara berikut, yang manakah contoh bagi proses eksogen?
Proses olakan mantel
Tsunami
Luluhawa
Aktiviti magma
Antara berikut, urutan era yang manakah menunjukkan tempoh masa pembentukan Bumi yang betul jika bermula dari era yang paling awal?
Senozoik, Mesozoik, Paleozoik, Prakambia
Mesozoik, Senozoik, Prakambia, Paleozoik
Prakambia, Paleozoik, Mesozoik, Senozoik
Paleozoik, Prakambia, Mesozoik, Senozoik.
Pergerakan kerak Bumi menghasilkan pelbagai bentuk Bumi dan hanyutan benua.
Benar
Palsu
Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian batuan akibat perubahan suhu, air hujan, mikroorganisma dan tindakan fros.
Benar
Palsu
_________________________ terbentuk daripada proses penyejukan dan pembekuan magma atau lava yang mengalir keluar dari lapisan mantel Bumi.
Batuan sedimen
Batuan metaformik
Batuan igneus
