wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ranjit yang berotak cair ____________menjawab kesemua soalan ujian yang mencabar itu denganmudah.

a)

dapat

b)

belum

c)

sudah

2.

Baju yang direndam oleh kakak semalam itu ___________ dibasuhnya lagi.

a)

belum

b)

sudah

c)

harus

3.

____________wajah Cikgu Nurul Wahidah itu garang , namun hatinya sungguh baik sekali.

a)

Andai kata

b)

Tatkala

c)

Sungguhpun

4.

Kemalangan itu berlaku ____________pemandunya tertidur ketika memandu.

a)

ketika

b)

kerana

c)

untuk

5.

Ekspedisi Kembara Lasak itu tetap diteruskan oleh mereka_____________enam orang telah menarik diri daripada ekspedisi itu.

a)

ketika

b)

meskipun

c)

apabila

6.

Amira mendengar muzik ___________menari di ruang tamu.

a)

sambil

b)

lalu

c)

tetapi

7.

Encik Salleh sekeluarga ___________balik ke kampung esok.

a)

akan

b)

telah

c)

sedang

8.

Penduduk Kampung Sri Jati __________penduduk di kampung bersebelahan bergotong-royong membaiki jambatan yang runtuh itu.

a)

tetapi

b)

atau

c)

serta

9.

Adik _____________kepalanya ke luar tingkap untuk melihat tetamu yang datang.

a)

menghulurkan

b)

mengintaikan

c)

menjengukkan

10.

Wanita itu ____________bayinya sambil membawa sebakul sayur.

a)

mengepit

b)

menatang

c)

mengelek

11.

Noraina ____________daripada lamunan apabila disergah oleh kakaknya.

a)

tercengang

b)

terpegun

c)

tersentak

12.

Tutuplah tin itu rapat-rapat agar biskut di dalamnya tidak___________.

a)

empuk

b)

lemau

c)

lembik

13.

_______________,cantik sungguh pelamin yang dibuat oleh mak andam itu!

a)

Hai

b)

Aduh

c)

Amboi

14.

Abang sulung saya ___________menuntut di Universiti Malaya dalam bidang perubatan lapan tahun yang lalu.

a)

dapat

b)

baru

c)

pernah

15.

Pemandu itu _____________anggota polis trafik itu agar dia tidak dikenakan saman.

a)

merayu-rayu

b)

melihat-lihat

c)

memuji-muji

16.

Pen ini tidak dapat digunakan lagi kerana __________matanya sudah rosak.

a)

bebola

b)

bebuli

c)

bebenang

17.

Sebelum keluar dari rumah , Fahrin memakai ___________

a)

ubat-ubatan

b)

bunga-bungaan

c)

bau-bauan

18.

Adlin memegang se__________tombak semasa berlakon dalam drama purba itu.

a)

pucuk

b)

bentuk

c)

baris

19.

Penduduk Kampung Muhibah hidup aman kerana mengamalkan sikap _______________

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai duri dalam daging

c)

bagai aur denga tebing

20.

Budak yang ________itu telah ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya.

a)

hisap darah

b)

curi tulang

c)

cepat tangan