Font size
WorksheetsTRIAL TI PERAK 1
Total questions: 20
Worksheet time: 3mins
Manakah pernyataan berikut menerangkan fitrah beragama dalam diri manusia?
Naluri ingin menyelesaikan masalah
Naluri mengakui kewujudan Allah SWT
Naluri ingin mencari sesuatu yang baharu
Naluri ingin mencapai kebahagian hidup
Berikut yang manakah contoh karamah?
Ali terlibat dalam kemalangan yang dahsyat tetapi terselamat
Bonda Nabi Isa as dianugerahi hidangan dari langit
Awan melindungi Nabi Muhammad SAW semasa baginda berjalan
Qarun beroleh kekayaan luae biasa meskipun dia takbur
Berikut adalah ciri-ciri pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam KECUALI
pengasingan agama daripada kehidupan
menafikan kekuasaan tuhan dan peranan wahyu
menggalakkan manusia mencari harta kekayaan secara halal
taasub kepada bangsa dan darjat
Sebarang ajaran yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Hadis
Ajaran sesat
Khurafat
Maunah
Istidraj
Ajaran Islam adalah praktikal dan mampu diamalkan oleh semua golongan manusia
Alamiyyah
Rabbaniyyah
Syumuliyyah
Waqi'iyyah
Berikut Islam bersifat Alamiyyah dalam bidang sosial KECUALI
tiada paksaan di dalam Islam
kebebasan memiliki harta yang halal
kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat
kebebasan melakukan perkara yang dituntut dalam Islam
Pilih pernyataan yang BUKAN menerangkan Islam bersifat Alamiyyah dalam bidang ibadat
setiap amalan akan diberi balasan
setiap kerja dikira ibadat jika mengikut syarat-syaratnya
setiap ibadat hendaklah dilakukan dengan ikhlas
fardu ain dan fardu kifayah adalah satu kewajipan kepada semua umat Islam
Hak memilih pemerintah, hak mendapat pendidikan, hak bersuara dan hak memiliki harta. Kenyataan ini menjelaskan
hak rakyat
hak pemerintah
hak kerajaan
hak negara
Pilih prinsip kehakiman Islam yang tepat
menjamin kemewahan hidup manusia
menegakkan keadilan dan menghapus kezaliman
memperoleh keredaan Allah SWT
memantapkan ekonomi negara
Antara berikut, manakah BUKAN sumber perundangan Islam yang utama
al-Quran
al-Hadis
al-Qias
al-Ijtihad
Kehakiman Islam menjamin keamanan masyarakat majmuk kerana (pilih 2 sahaja)
keadilan Islam tidak tertumpu kepada kaum muslimin sahaja
hikmah hukumannya meliputi seluruh masyarakat
keadilan Islam untuk orang Islam sahaja
hikmah hukumannya untuk sebahagian masyarakat sahaja
Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai konsep harta menurut Islam
Harta adalah milik Allah SWT
Harta boleh dicari dan dibelanjakan sesuka hati
Harta adalah amanah Allah SWT kepada manusia
Harta yang cukup syarat mesti dikeluarkan zakat
Berikut merupakan ujian pemilikan harta terhadap masyarakat
hidup tidak tenteram dan sentiasa dalam ketakutan
tercetus peperangan yang musnahkan harta
berlaku kemelesetan ekonomi
berlaku inflasi dalam negara
Berikut merupakan matlamat bekerja dalam Islam KECUALI
memajukan dan meningkatkan taraf hidup
mengurangkan masalah pengangguran
mewujudkan masyarakat yang rajin bekerja mencari harta
membolehkan berdikari tanpa meminta belas ihsan orang lain
Ciptaan Allah SWT, lengkap dan sesuai serta kekal hingga hari kiamat. Pernyataan ini adalah tentang
ciri-ciri perundangan Islam
cara-cara perundangan Islam
keunggulan perundangan Islam
syarat-syarat perundangan Islam
Keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan bukti dan hujah yang kuat
qadha
fikah
fatwa
ijtihad
Berikut adalah cara mencapai matlamat perundangan Islam (pilih 3 sahaja)
mengamalkan cara hidup Islam
bertindak mengikut syariat Islam
berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT
mencintai kesejahteraan hidup di bumi Allah SWT
Manakah BUKAN matlamat penyelesaian masalah kepada diri dan keluarga?
menambahkan keyakinan dan keimanan seseorang kepada Allah SWT
memberi ketenangan dalam kehidupan
menghapuskan gejala sosial dan kemungkaran
membangkitkan semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh
Manakah langkah utama penyelesaian masalah menurut Islam?
menghukum orang yang melakukan punca masalah
menitikberatkan masalah besar sahaja
mengenalpasti punca masalah
menilai semua punca masalah
Berikut adalah keperluan penyelesaian masalah dalam Islam
Islam agama yang lengkap dan sempurna
Islam memberi keadilan kepada semua manusia
Penyelesaian masalah dalam Islam akan wujudkan perpaduan ummah
Islam memberi balasan ke atas perbuatan di dunia sahaja
