NEW
Font size
WorksheetsBIJAK GEO
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Antara berikut, pernyataan manakah yang tepat menerangkan tentang Asia Tenggara?
I Terletak di bahagian tenggara Benua Asia
II Terdiri daripada 10 buah negara
III Terbahagi kepada tiga bahagian
IV Negara terbesar ialah Indonesia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Antara berikut, negara manakah yang terletak di Tanah Besar Asia Tenggara?
I Filipina
II Kemboja
III Vietnam
IV Timor Leste
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Apakah nama ibu negara Vietnam?
A Hanoi
B Manila
C Naypyidaw
D Bandar Seri Begawan
Berikut merupakan nama ibu negara bagi sebuah negara.
Dili
Apakah nama negara tersebut?
A Thailand
B Indonesia
C Timor Leste
D Brunei Darussalam
Antara berikut, negara manakah yang bersempadan dengan Myanmar?
I Vietnam
II Kemboja
III Laos
IV Thailand
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Antara berikut, ciri-ciri yang manakah menerangkan tentang bentuk muka bumi negara Laos?
I Tidak mempunyai pinggir laut
II Mempunyai gunung berapi yang masih aktif
III Terdapat kawasan tanah pamah yang luas dan subur
IV Hampir keseluruhan negaranya diliputi oleh tanah tinggi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Apakah nama laut yang terdapat di Asia Tenggara?
I Laut Merah
II Laut Sulawesi
III Laut Andaman
IV Laut Mediterranean
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Maklumat berikut merujuk kepada bentuk muka bumi yang terdapat di Asia Tenggara.
Banyak terdapat di Indonesia dan Filipina
Apakah bentuk muka bumi tersebut?
A Pinggir laut
B Tanah tinggi
C Tanah pamah
D Gunung berapi
Berikut merupakan gunung berapi yang masih aktif di Asia Tenggara.
* Gunung Mayon
* Gunung Pinatubo
Gunung-gunung berapi tersebut terletak di
A Filipina
B Kemboja
C Myanmar
D Indonesia
Mengapakah kawasan tanah pamah mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi?
A Bebas daripada ancaman tsunami
B Jaringan perhubungan mudah dibina
C Terlindung daripada tiupan angin monsun
D Mempunyai banyak daya tarikan pelancong
Gunung lipat tua ialah gunung yang terbentuk akibat proses mampatan kerak bumi sejak 200 juta tahun.
Antara berikut, yang manakah merupakan banjaran gunung lipat tua?
I Banjaran Arakan Yoma
II Banjaran Crocker
III Banjaran Annam
IV Banjaran Titiwangsa
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan satu sungai utama di Asia Tenggara.
* Sungai terpenting dan terpanjang di Myanmar
* Berakhir di Laut Andaman
Apakah nama sungai tersebut?
A Sungai Mekong
B Sungai Sittaung
C Sungai Irrawaddy
D Menam Chao Phraya
Antara berikut, pernyataan manakah berkaitan dengan Menam Chao Phraya?
I Sungai terpanjang di Asia Tenggara
II Menjadi sempadan antara Thailand dengan Myanmar
III Terdapat kegiatan pasar terapung
IV Merupakan jalan pengangkutan utama di Thailand
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Maklumat berikut merujuk kepada sebuah tasik utama di Asia Tenggara.
*Membentuk terusan atau sungai buatan
*Menerima limpahan air dari Sungai Mekong ketika
musim monsun
Apakah nama tasik tersebut?
A Tonle Sap
B Danau Toba
C Tasik Kenyir
D Tasik Songkhla
Berikut merupakan sungai-sungai utama di Asia Tenggara.
*Sungai Mekong
*Sungai Rajang
Apakah persamaan kepentingan kedua-dua sungai di atas?
I Pengangkutan dan perhubungan
II Sempadan semula jadi
III Penerokaan sumber mineral
IV Sumber pengairan untuk kegiatan pertanian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
