WorksheetsKekal -Form4 BM-Gelanggang
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Mengapakah kita perlu mempertahankan kedaulatan negara?
I . Dapat mengelakkan berlakunya rusuhan kaum.
II. Dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
III. Dapat mewujudkan perpaduan kaum.
IV. Dapat membentuk sebuah negara yang dihormati.
I dan II
I dan IV
II dan III
Semua di atas
Apakah maksud yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap 5 Sajak Gelanggang
Setiap orang perlu sambalewa dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Kita hendaklah berani berjuang untuk mempertahankan diri sendiri.
Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam Sajak Gelanggang kecuali
Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara.
Kita mestilah bersatu padu dalam memelihara daripada ancaman luar.
Kita perlulah berani menentang penjajah.
Setiap pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan amanahnya supaya negara terus maju.
Apakah maksud Gelanggang berdasarkan sajak ini ?
Tempat bersukan
Tanah air
Dunia
Kawasan lapang
Semua di bawah merupakan nilai murni dalam sajak Gelanggang...KECUALI
kerjasama
cinta akan negara
amanah
setiakawan
Perkataan keringat dalam rangkap 2 baris 1 sajak bermaksud
darah
harta
peluh
permuafakatan
Berikan DUA persoalan sajak ini,
Kesungguhan mempertahankan maruah keluarga
Kesungguhan mempertahankan kedaulatan tanah air
Kesungguhan mempertahankan nama masyarakat
Perpaduan kunci kemajuan negara
Sajak ini berbentuk bebas, mengapa?
Pilih DUA jawapan.
Rima akhirnya pelbagai
Jumlah baris yang berbeza dalam setiap rangkap
Mengikut jumlah baris yang sekata
Bercirikan pantun
Apakah tema sajak ini?
Persoalan tentang mempertahankan maruah bangsa
Patriotik
Kita hendaklah berusaha menjaga kedaulatan negara
Kepentingan mempertahankan kedaulatan negara tercinta
Rangkap keempat:
Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Apakah yang dimaksudkan dengan 'ukhuwah'?
Tali persaudaran
Persefahaman
Semangat kekitaan
Nilai dan identiti kebangsaan
Berikan faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah negara dijajah. Anda boleh pilih lebih dari satu jawapan.
Tidak ada kerjasama antara pemimpin dengan rakyat
Rakyat berbilang bangsa bersatu padu
Wujud perbalahan dan persengketaan sesama sendiri
Wujudnya perbuatan belot daripada pihak dalaman
Apakah unsur gaya bahasa bagi ayat ini:
maruah gelanggang keramat suci ini
(a)
Apakah unsut gaya bahasa bagi baris-baris sajak ini?
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati,
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat,
(a)
Apakah maksud “persada arena”?
Pilih DUA jawapan.
Tahap antarabangsa
Tahap maya
Peringkat dunia
Peringkat bumi
Bagaimanakah pihak sekolah dapat menyemaikan semangat patriotik dalam kalangan murid?
Mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan yang bertemakan patriotik.
Pihak guru harus bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka.
Memberikan penekanan mata pelajaran Sejarah.
Pihak sekolah harus mengutamakan kepentingan kumpulan pelajar yang majoriti sahaja.
