Font size
WorksheetsBM Tahun 5 Fathonah Imbuhan Pinjaman
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Kempen ______ yang dijalankan oleh kerajaan mendapat sambutan hangat.
A antibodi
B antibiotik
C antidadah
D antibakteria
Sukan ____ itu akan dianjurkan oleh UNIMAS pada bulan Disember nanti.
A dwifungsi
B dwimusim
C dwibahasa
D dwitahunan
______ yang bertugas melayan penumpang kapal terbang dengan senyuman dan ramah mesra.
A Pramugari
B Prasarjana
C Pramugara
D Prasiswazah
Bangunan sekolah yang baru siap itu mempunyai ______ yang serba langkap seperti padang, dewan dan gelanggang badminton.
A prauniversiti
B prasangka
C prasejarah
D prasarana
______ persatuan silat sedang memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada anak didiknya.
A Maharani
B Maharaja
C Mahaguru
D Mahahakim
Usin Bolt diisytiharkan sebagai ______ bagi negara Jamaica pada tahun ini.
A sasterawan
B negarawan
C olahragawati
D olahragawan
Tindakan _____ akan dikenakan kepada kakitangan yang melanggar peraturan syarikat.
A tatalaku
B tatatertib
C tatarakyat
D tatanegara
Latihan ____ yang diberi oleh Cikgu Mubin sungguh susah.
A tatabahasa
B tatasusila
C tatanegara
D tatacara
______ P. Ramlee pernah memenangi banyak anugerah dalam dunia perfileman di dalam dan di luar negara.
A Seniwati
B Seniman
C Peragawati
D Peragawan
Ustaz Ebit Lew yang _____ itu sentiasa menderma kepada mereka yang memerlukan untuk menjaga kebajikan.
A rupawan
B budiman
C negarawan
D pustakawan
Tuliskan semua perkataan imbuhan pinjaman yang ada dalam ayat.
Encik Mazlan merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan yang diceburinya sejak lima tahun lepas.
(a)
Tuliskan semua perkataan imbuhan pinjaman yang ada dalam ayat.
Ramai wartawan dari luar negara hadir pada majlis Sambutan Hari Kemerdekaan malam tadi.
(a)
Tuliskan semua perkataan imbuhan pinjaman yang ada dalam ayat.
Syafiq merupakan seorang jurutera lulusan luar negara yang berwibawa.
(a)
Tuliskan semua perkataan imbuhan pinjaman yang ada dalam ayat.
Nabila belajar membaca sejak di kelas prasekolah lagi.
(a)
Tuliskan semua perkataan imbuhan pinjaman yang ada dalam ayat.
"Cuba jauhi prasangka buruk terhadap kawan-kawan kamu," pesan Cikgu Marina.
(a)
Tuliskan semua perkataan imbuhan pinjaman yang ada dalam ayat.
Semua buku biasanya didahului dengan prakata.
(a)
Tuliskan semua perkataan imbuhan pinjaman yang ada dalam ayat.
Adik Farish, Fariza baru pulang dari kelas prasekolah sedang menangis kerana kehilangan kasutnya.
(a)
Tuliskan semua perkataan imbuhan pinjaman yang ada dalam ayat.
Ibu saya seorang doktor di poliklinik.
(a)
Tuliskan semua perkataan imbuhan pinjaman yang ada dalam ayat.
Amir membaca rencana mengenai seorang hartawan yang terkenal.
(a)
Tuliskan semua perkataan imbuhan pinjaman yang ada dalam ayat.
Picaso merupakan seorang karyawan berbakat yang gemar menghasilkan lukisan abstrak.
(a)
