Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Haba

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.
Apakah alat yang digunakan untuk menyukat suhu?
a)
Stetoskop
b)
Ammeter
c)
Mikroskop
d)
Termometer
2.

Nyatakan unit S.I bagi haba

a)

kg (kilogram)

b)

N (Newton)

c)

J (Joule)

d)

m (meter)

3.

Berikut merupakan cara-cara pengaliran haba, kecuali:

a)

Konduksi

b)

Pergolakan

c)

Perolakan

d)

Sinaran

4.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul:


Konduksi berlaku melalui getaran dan pelanggaran zarah-zarah di dalam ..........

a)

cecair

b)

gas

c)

pepejal

5.

Kaedah pemindahan haba di dalam rajah dipanggil sebagai

a)

Konduksi

b)

Perolakan

c)

Sinaran

6.

Proses pengaliran haba ini tidak memerlukan medium dan membenarkan haba melalui vakum

a)

Konduksi

b)

Perolakan

c)

Sinaran

7.

"Pada waktu siang darat menjadi panas lebih cepat daripada laut. Udara panas di atas darat menjadi kurang tumpat dan bergerak ke atas manakala udara sejuk dari laut bertiup ke arah darat".


Pernyataan berikut menerangkan tentang ...

a)

Bayu laut

b)

Bayu darat

8.

Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?

a)

Panaskan bebola logam.

b)

Rendam bebola logam dalam air.

c)

Panaskan bebola dan gelang logam.

d)

Rendam gelang logam dalam air

9.
Tangki minyak dicat dengan warna putih berkilat untuk 
I. memantulkan haba 
II. mengurangkan penyerapan haba
III. menambah penyinaran haba 
a)
I, II dan III
b)
I dan II sahaja
c)
II dan III sahaja 
d)
I sahaja 
10.

Rajah menunjukkan sebuah landasan keretapi. Apakah yang perlu dilakukan supaya landasan itu tidak membengkok pada hari panas?

a)

Besarkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

b)

Kecilkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

c)

Gantikan kepingan besi landasan keretapi dengan kayu.

d)

Bina landasan keretapi yang lurus.

11.

Rajah menunjukkan dua blok kuprum L dan M, yang saling bersentuhan. Suhu awal L ialah 50 °C dan suhu awal M ialah 30 °C. Pernyataan yang manakah betul semasa

L dan M berada dalam keadaan keseimbangan terma?

a)

Suhu L lebih tinggi daripada M

b)

Kuantiti haba dalam L sama dengan M

c)

Kadar perubahan suhu L lebih besar daripada M

d)

Kadar bersih pengaliran haba antara L dan M adalah

sifar

12.

Sebiji kek diletakkan di dalam sebuah ketuhar panas. Suhu kek itu adalah sama dengan suhu ketuhar selepas beberapa minit. Konsep manakah yang menerangkan situasi itu?

a)

Haba pendam tentu pengewapan

b)

Haba pendam tentu pelakuran

c)

Muatan haba tentu

d)

Keseimbangan terma

13.

Di waktu malam, darat menyejuk lebih cepat daripada laut. Pernyataan manakah yang menerangkan keadaan itu?

a)

Pepejal membebaskan haba lebih cepat daripada cecair

b)

Laut menyerap haba lebih banyak daripada darat pada waktu malam

c)

Bayu bertiup dari laut ke darat pada waktu malam

d)

Muatan haba tentu air laut adalah lebih besar daripada darat

14.

Apabila seseorang yang sedang berpeluh berada di bawah kipas angin yang dipasang, peluh akan menjadi kering dan badan menjadi sejuk. Ini disebabkan

a)

Peluh akan terkodensasi dan menyejukkan tubuh

b)

Peluh akan tersejat dan haba pendam badan diserap

c)

Kipas yang dipasang meniupkan angin mengeringkan peluh dan menyejukkan tubuh

d)

Kipas angin mengeluarkan angin sejuk terhadap badan

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'suhu'?

a)

Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan.

b)

Kuantiti haba dalam sesuatu bahan.

c)

Sukatan haba yang terdapat dalam sesuatu bahan

d)

Tahap kepanasan sesuatu bahan.

16.

Unit untuk menyukat suhu ialah.....

a)

sentimeter padu (cm3)

b)

darjah celsius (oC)

c)

mililiter (ml)

d)

meter sesaat (ms-1)

17.

Kedudukan meniskus yang betul semasa mengambil bacaan suhu ialah.....

a)
b)
c)
d)
18.

Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?

a)

Rendam gelas P dalam air panas.

b)

Rendam gelas Q dalam air panas.

c)

Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.

d)

Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.

19.

Bacaan termometer dalam rajah meningkat. Apakah inferens yang sesuai?

a)

Merkuri dalam bebuli termometer mengembang apabila menerima haba.

b)

Merkuri dalam bebuli termometer mengecut apabila menerima haba.

c)

Isipadu merkuri dalam bebuli termometer bertambah.

d)

Air dalam bikar mengembang apabila dipanaskan.

20.

Dalam satu situasi, Afiqah ingin membuka penutup botol tetapi tidak berjaya kerana terlalu ketat . Cadangkan kaedah yang terbaik untuk membantu Afiqah.

a)

Merendamkan bahagian penutup botol dengan air panas.

b)

Merendamkan botol dalam air yang berisi ketulan ais..

c)

Merendam seluruh botol dalam air suam.

d)

Cungkil hujung penutup dengan sudu.