WorksheetsTatabahasa PT3: Kata Ganda
Total questions: 30
Worksheet time: 17mins
Lengkapkan ayat dengan dengan memilih jawapan yang sesuai.
Kucing itu lari ______ akibat terkejut dengan bunyi mercun yang dibakar oleh abang.
lintang-pukang
susup-sasap
haru-biru
kelam-kabut
Budak itu berjalan_________ akibat terpijak duri ketika berkhemah di dalam hutan.
terjinjit-jinjit
terengsot-engsot
terkinja-kinja
terhincut-hincut
Suasana di Bazar Raya itu _____ dengan suara peniaga yang sedang mempromosikan barangan mereka.
huru-hara
hiruk-pikuk
haru-biru
tunggang-langgang
Akibat ketakutan, dia cakap ________ ketika disoal siasat oleh pihak polis.
berkais-kais
berbelit-belit
berhenti-henti
berpusing-pusing
_________ tingkap yang dipenuhi habuk menyebabkannya sukar digerakkan ke atas.
jejari
kekisi
sesiku
bebola
Kejadian ________ antara polis dengan perompak itu akhirnya telah meragut nyawa perompak
pukul-memukul
tembak-menembak
sepak-menyepak
bantai-membantai
Encik Halim memasang hujung kelambu pada bumbung bilik tidur anaknya di............
langit-langit
kuda-kuda
Kisi-kisi
Cahaya daripada badan........amat menarik untuk dilihat terutamanya pada waktu malam.
otak-otak
rama-rama
api-api
Penangkapan dua orang penjenayah itu dibuat selepas pengintipan dilakukan oleh...........khas polis selama sebulan.
Kakitangan-kakitangan
mata-mata
kuncu-kuncu
5.Puan Anita membersihkan sarang...........di stor rumah pada waktu Perintah Pergerakan Kawalan (PKP).
lelabah
pepijat
bebiri
Pengguna komputer riba haruslah memastikan jarak yang selamat antara mata dengan ............peranti itu agar keselamatan mata mereka terpelihara.
tetikus
tetingkap
tetampan
Para murid diminta untuk menggunakan .............ketika mahu melintas jalan yang sibuk itu.
tetambak
jejantas
jejambat
Deodoron dalam botol berbentuk .........itu dibelikan untuk abang.
bebola
bebuli
bebaru
Cikgu Faris memberitahu murid bahawa mereka dapat melihat ........... serangga dengan jelasnya di bawah kanta mikroskop.
lelayang
lelabi
sesungut
Peperangan yang berlaku antara kedua-kedua buah negara itu telah mengakibatkan keadaan ...........di negara tersebut.
huru-hara
hiruk-pikuk
porak-peranda
Badan beberapa orang peserta kembara hutan itu kelihatan .......... kerana terpaksa meredah kawasan semak-samun.
calar-balar
compang-camping
kusut - masai
Puan Siti............di ruang tamu kerana anaknya masih belum pulang ke rumah.
ulang -alik
mundar-mandir
lalu-lalang
Halimah dimarahi oleh guru besar kerana tulisannya masih .......... walaupun sudah ditegur beberapa kali.
herot-berot
incang-incut
lintang-pukang
Fikiran Nadia _____ apabila memikirkan masalah dalam keluarganya.
kucar- kacir
huru-hara
simpang-siur
kacau-bilau
Jalan raya ini menjadi ____ kerana sering dilalui oleh kenderaan berat.
terang-benderang
lekak-lekuk
bengkang-bengkok
simpang- siur
Ayat-ayat dibawah menunjukkan penggunaan kata ganda. Tandakan (/) jika betul atau (x) jika salah.
Mesyuarat jawatan- jawatankuasa akan diadakan esok pagi di Dewan Tampoi.
/
x
Mereka saling benci-membenci kerana perebutan harta pusaka.
x
/
Pembelian alat-alat tulis di koperasi sekolah sebenarnya lebih murah daripada di luar.
/
x
Kemalangan tersebut telah meninggalkan parut-parut kecil pada tubuh dan mukanya.
x
/
Para pelajar haruslah menghargai guru-guru mereka pada Hari Guru.
x
/
Hujan yang turun renyai-renyai pada malam itu menambahkan kedinginan malam.
/
x
Nilai murni yang diterapkan dalam diri kita termasuklah nilai kasih sayang, saling bantu-membantu dan bekerjasama dalam menghadapi sebarang ancaman.
/
x
Sempena musim perayaan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, rancangan yang bertemakan hari raya dan rangkaian lagu-lagu raya telah mula dimainkan di stesen radio dan televisyen.
/
x
Ulam petai dan pegaga sangat berkhasiat serta boleh dimakan mentah-mentah.
/
x
Cawan-cawan antik di kedai perhiasan itu sememangnya cantik-cantik belaka.
x
/
