NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Harga ______ sabun mandi lebih murah daripada harga _____ akhbar.
sebiji ... sebuah
sebuku ... senaskhah
sekotak ... segulung
segelung ... selonggok
Badan pengemis itu __________ kerana sudah berminggu-minggu dia tidak mandi.
hamis
hanyir
hangus
hapak
Pilih struktur ayat yang betul.
Encik Ram berasal daripada Teluk Intan.
Encik Ram berasal dari Teluk Intan.
Pilih struktur ayat yang betul.
Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu.
Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu.
Pilih struktur ayat yang betul.
Sungguh cantik kereta itu.
Benar cantik van itu.
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________
rambang mata
tajam akal
otak udang
tanda mata
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
Budak yang itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya
kepala angin
kepala batu
besar kepala
barat kepala
Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.
panjang tangan
tangan terbuka
ringan tangan
lepas tangan
Hanis mendapat _____________________ selepas menyertai perrtandingan itu.
durian runtuh
batu api
mata duitan
gaji buta
Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada along bagai _____________ kerana along tidak ingin menuruti kata-kata ayah.
kacang lupakan kulit
mencurahkan air ke daun keladi
kaca jatuh ke batu
tikus membaiki labu
Setiap hari, Encik Rahman ________ bagi menyara keluarganya setelah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas.
mandi kerbau
mandi peluh
hidung belang
hidung tinggi
Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung
lantaran
malahan
manakala
walaupun
Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah terbuka
rumah tumpangan
Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.
biji
keping
lembar
naskhah
Ali menggaru-garu kakinya yang gatal kerana digigit ______________.
kunang-kunang
labah-labah
pijat-pijat
labi-labi
Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.
berukir
terukir
diukirkan
mengukirkan
Terdapat kesalahan pada ayat di bawah :
Semua guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.
Manakah ayat yang paling tepat ?
Semua orang guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.
Semua guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.
Semua orang guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.
Semua orang-orang diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat guru.
Pilih ayat yang betul.
i. Rezza ialah adik kandung saya.
ii. Minum arak ialah salah di sisi agama.
iii. Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam.
iv. Masjid adalah rumah ibadah bagi umat Islam.
ii dan iii
i dan iii
i, ii dan iii
i, ii, dan iv
