Worksheetstopik 9 dan 10
Total questions: 25
Worksheet time: 26mins
Antara berikut, yang manakah merupakan aloi?
Aluminium
Magnesium
Nitrogen dioksida
Piuter
Rajah 2 menunjukkan ciri-ciri bagi sejenis aloi.
• Ringan
• Tidak berkarat
• Sangat kuat
Antara berikut, manakah kegunaan yang paling sesuai untuk aloi ini?
Untuk membina bangunan
Untuk membina jambatan
Untuk membina struktur kapal terbang
Untuk membuat kunci
Apakah kelebihan mempunyai campuran unsur lain di dalam aloi?
Mengelakkan atom-atom daripada menggelongsor
Memudahkan atom-atom untuk berubah kedudukan
Menjadikan atom-atom lebih kuat
Menjadikan atom-atom lebih stabil
Rajah 3 menunjukkan salah satu kegunaan aloi.
Antara berikut, aloi manakah yang digunakan untuk membuat alat di Rajah 3?
Kuprum
Gangsa
Keluli
Loyang
Maklumat di bawah menunjukkan komposisi dalam aloi X.
96% Timah
3% Kuprum
1% Antimoni
Apakah aloi X?
Gangsa
Piuter
Loyang
Duralumin
Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan superkonduktor berbanding aloi lain?
Mengalirkan elektrik tanpa rintangan
Mengalirkan elektrik lebih laju
Mengalirkan elektrik lebih selamat
Mengalirkan elektrik lebih jauh
Antara berikut, bahan manakah yang secara semula jadi mengandungi kaca?
Batu
Cermin
Pasir
Tanah liat
Rajah 4 menunjukkan ciri-ciri bagi kaca.
• Tahan haba
• Lengai terhadap bahan kimia
Antara berikut, yang manakah kegunaan kaca ini?
Mentol
Prisma
Radas makmal
Tingkap
Antara berikut, yang manakah menerangkan polimer semula jadi dengan betul?
Diperoleh daripada tumbuhan
Diperoleh daripada haiwan
Diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan
Diperoleh daripada benda hidup
Rajah 7 menunjukkan kegunaan suatu polimer sintetik.
• Botol plastik
• Beg plastik
• Baldi
Apakah polimer sintetik ini?
Polietena
Polistirena
Perspeks
Getah sintetik
Lateks yang dibiarkan semalaman akan menggumpal. Mengapakah kejadian ini berlaku?
Tindakan asid
Tindakan alkali
Tindakan bakteria
Suhu yang sejuk di waktu malam
Antara bahan berikut, yang manakah akan menyebabkan lateks menggumpal?
Air suling
Cuka
Susu
Ubat gigi
Lateks yang menggumpal ditambahkan dengan larutan ammonia. Ramalkan keadaan lateks selepas itu.
Lateks menggumpal
Lateks menjadi cecair
Lateks berubah warna
Lateks berbau sengit
Pemvulkanan ialah proses pemanasan getah asli dengan P. Apakah P?
Boron
Klorin
Florin
Sulfur
Antara berikut, manakah benar tentang perbezaan getah asli dengan getah tervulkan?
Getah asli berasal dari lateks manakala getah tervulkan bukan berasal dari lateks
Getah asli lebih lembut berbanding getah tervulkan
Getah asli lebih kenyal berbanding getah tervulkan
Getah asli lebih tahan lasak berbanding getah tervulkan
Apakah kelebihan perubatan moden berbanding perubatan tradisional?
Kos yang lebih murah
Keberkesanan rawatan lebih cepat
Pembuktian keberkesanan mengikut pengalaman
Menggunakan ubat sintetik yang mengandungi bahan kimia
Apakah jenis ubatan moden yang digunakan untuk melegakan kesakitan?
Analgesik
Antibiotik
Antikulat
Psikoteraputik
Baca pernyataan di bawah dengan teliti.
Penisilin ialah antibiotik yang dihasilkan daripada kulat dan digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria. Akan tetapi, antibiotik ini tidak dapat merawat penyakit yang disebabkan oleh kulat.
Apakah yang boleh anda simpulkan daripada pernyataan ini.
Antibiotik bukan ubat yang mujarab
Antibiotik hanya membunuh bakteria tetapi tidak dapat membunuh kulat
Antibiotik tidak bagus untuk kesihatan
Antibiotik tidak berkesan utnuk merawat penyakit
Siti menunjukkan simptom-simptom di bawah:
• Kerap menangis
• Mengasingkan diri
• Kurang keyakinan diri
Antara berikut, ubat yang manakah sepatutnya diambil oleh Siti?
Amfetamina
Imipramin
Barbiturat
Metamfetamin
Rajah 1 menunjukkan sejenis rawatan.
Apakah kelebihan rawatan ini?
Dapat merawat sakit leher
Dapat merangsang sistem saraf
Dapat mengubati sakit kepala
Dapat mengubati keresahan
Antara berikut, yang manakah betul tentang homeopati?
Rawatan yang membunuh patogen
Rawatan yang melibatkan jarum disteril
Rawatan yang melibatkan urutan
Rawatan yang menguatkan sistem keimunan
Ali mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doktor. Apakah yang mungkin akan berlaku kepada Ali?
Alahan
Berkelakuan ganas
Sihat
Tiada apa-apa yang akan berlaku
Apakah radikal bebas?
Atom atau molekul yang stabil
Atom atau molekul yang mencapai susunan oktet
Atom atau molekul yang tidak reaktif
Atom atau molekul yang kehilangan elektron
Bagaimanakah pengambilan bahan antioksida daripada makanan membantu melindungi badan daripada radikal bebas?
Menstabilkan atom atau molekul dalam badan
Mengurangkan proses pengoksidaan dalam badan
Mempercepat proses penyerapan nutrien dalam usus
Membantu menguatkan sel-sel dalam badan
Alia mengambil suplemen berjenama ‘X’ untuk menjaga kesihatan kulit manakala Fatimah mengambil suplemen berjenama ‘Y’ untuk tujuan yang sama. Setiap suplemen ini mengandungi bahan aktif. Antara berikut, yang manakah benar tentang bahan aktif dalam suplemen jenama ‘X’ dan jenama ‘Y’?
Bahan aktif jenama ‘X’ mungkin lebih berkesan berbanding jenama ‘Y’
Bahan aktif jenama ‘X’ dan jenama ‘Y’ mempunyai fungsi yang sama
Bahan aktif jenama ‘X’ dan jenama ‘Y’ mempunyai fungsi yang berbeza
Keberkesanan bahan aktif ini ditentukan oleh harga suplemen itu sendiri
