Font size
WorksheetsSTPM SEM 3 : RETORIK
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Setiap orang harus mempunyai disiplin. Disiplin merupakan kunci kejayaan bagi semua insan. Orang yang tidak berdisiplin akan gagal dalam hidup.
Petikan di atas mengandungi ciri retorik
pemerian
penceritaan
pendedahan
penghujahan
- Pernyataan umum
- Pernyataan khusus
Ciri-ciri di atas TIDAK berkaitan dengan
teknik induksi
teknik analogi
teknik deduksi
teknik eklektik
- Bermula dengan huraian
- Diikuti contoh
- Diakhiri dengan rumusan
Apakah teknik penyampaian idea di atas?
Induksi
Analogi
Deduksi
Eklektik
Mementingkan penggunaan bahasa yang berkesan.
Menyelitkan unsur psikologi.
Mengubah dan mempengaruhi pemikiran pembaca
Pernyataan di atas menepati ciri retorik
penghujahan
penceritaan
pemujukan
pemerian
Yang manakah ciri retorik pemerian?
I Mementingkan kehalusan bahasa
II Memasukkan unsur emosi dan pendapat
III Memerihalkan keadaan yang sebenarnya
IV Sesuai digunakan untuk melukis latar cerita
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Yang manakah benar tentang retorik?
I Kesatuan fikiran yang utuh
II Penggunaan bahasa yang menarik
III Penyampaian idea secara berkesan
IV Bahasanya bersifat tersurat dan tersirat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Program yang manakah sesuai menggunakan retorik pendedahan dan pemerian?
Bengkel menulis buku teks sekolah
Kempen menambahkan ahli persatuan
Berkisah tentang pengalaman di England
Menyatakan pendapat tentang politik semasa
Yang manakah ciri teknik analogi?
Pernyataan umum mendahului pernyataan khusus
Pernyataan khusus mendahului pernyataan umum
Membandingkan dua hal yang ada persamaan tertentu secara kiasan
Menggabungkan dua teknik supaya khalayak dapat melihat perbandingannya
Gaya bahasanya menarik Boleh bersifat fakta atau fiksyen Mempunyai permulaan, perkembangan dan peleraian.
Pernyataan di atas adalah tentang
retorik pemujukan
retorik penceritaan
retorik pendedahan
retorik penghujahan
Yang manakah ciri yang utama bagi retorik pemujukan?
Fakta diulang-ulangkan kepada sasaran
Menunjukkan bukti tentang kesahihan dakwaan
Mempunyai matlamat untuk mempengaruhi khalayak
Mempengaruhi khalayak dengan menggunakan dalil dan bukti
Buku itu menyingkap, memaparkan dan menghuraikan hal sebenar yang terjadi pada zaman keganasan komunis di negara kita.
Dalam penulisan buku di atas, penulis menggunakan
retorik pemerian
retorik pemujukan
retorik pendedahan
retorik penghujahan
Yang berikut ialah ciri-ciri retorik pendedahan, KECUALI
menyangkal pendapat orang lain
memberiktan takrif tentang konsep
menjelaskan kebaikan dan keburukan
menerangkan cara-cara menghuraikan sesuatu
Retorik penceritaan mempunyai ciri-ciri yang berikut, KECUALI
I ada pendahuluan, perkembangan, pengakhiran
II memberikan takrif untuk menjelaskan sesuatu istilah
III gagasan disokong dengan hujah dan alasan yang kukuh
IV penyampaiannya biasanya bebas daripada manipulasi bahasa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dalam sesuatu wacana, retorik pendedahan dapat dikenal pasti daripada
I pentakrifan
II propaganda
III jalinan cerita
IV pencerakinan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah mempunyai padanan yang betul antara retorik dengan cirinya?
Pemerian = untuk mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan khalayak
Pemujukan = menunjukkan kebenaran pendapat tentang sesuatu melalui bukti atau fakta yang konkrit
Pendedahan = memaparkan sesuatu hal yang sebelum ini tidak diketahui atau belum difahami khalayak
Penghujahan = menyampaikan sesuatu perkara yang sebagaimana kewujudannya yang sebenar atau bersifat realistik
Pasangan retorik yang manakah mempunyai persamaan dari aspek tujuan penggunaannya?
Penceritaan - pemujukan
Pemujukan - penghujahan
Pendedahan - penghujahan
Pemerian - penceritaan
Yang manakah teknik penyampaian idea yang dikenali sebagai perenggan piramid terbalik?
Induksi
Eklektik
Deduksi
Analogi
- Menggunakan diksi yang indah
- Terdapat ayat yang bersifat inversi
- Peristiwa disusun mengikut keperluan
Pernyataan di atas sesuai untuk retorik
pemujukan
penceritaan
pendedahan
penghujahan
Retorik merupakan bidang kajian bahasa tentang
kesatuan fikiran yang utuh
penggunaan bahasa mengikut situasi
kaedah penyampaian yang menarik dan berkesan
penggunaan bahasa berdasarkan konteks budaya masyarakat
Menyatakan usul
Memberikan dalil
Pernyataan di atas menepati ciri retorik
Pemerian
Pemujukan
Pendedahan
Penghujahan
Yang manakah bukan ciri bagi teknik induksi?
Mempunyai isi utama
Gabungan dengan teknik deduksi
Mementingkan pernyataan khusus
Pernyataan umum mengikuti pernyataan khusus
Apakah persamaan bagi retorik pemerian dan retorik pendedahan?
Bersifat tepat, jelas dan objektif
Untuk mempengaruhi khalayak sasaran
Memerlukan dalil untuk membuktikan dakwaan
Menggunakan imaginasi supaya bahasa berkesan
Situasi yang manakah berkaitan dengan retorik pendedahan?
I Pertandingan pidato
II Penulisan kisah perjalanan
III Cara membaik pulih perisian komputer
IV Mendefinisikan sesuatu perkara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan retorik pendedahan?
Pencontohan dan pencerakinan
Mengemukakan bukti dan alasan
Penggunaan bahasa indah dan imaginasi
Mengemukakan tawaran untuk menarik perhatian
Retorik pemujukan mempunyai persamaan dengan retorik penghujahan kerana
kedua-duanya bertujuan untuk mempengaruhi sasaran
kedua-duanya menggunakan bukti dan alasan yang kukuh
Ketua-duanya memujuk dengan cara memainkan perasaan
Kedua-duanya mempunyai propaganda yang dapat mengubah pendirian
Yang manakah ada kaitan dengan retorik pemerian?
Pemujukan
Penceritaan
Pendedahan
Penghujahan
Retorik penceritaan digunakan oleh pihak yang berikut, kecuali
I Penglipur lara
II Sasterawan Negara
III Pengatur cara komputer
IV Pengamal undang-undang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Penyampaian idea yang menggunakan kaedah eklektik terdiri daripada unsur yang berikut, melainkan
Induksi
Analogi
Deduksi
Kesimpulan
Jannah menerangkan cara-cara memasak mee maggi kepada Mifzal.
Retorik yang sesuai digunakan oleh Jannah ialah
Pemujukan
Penceritaan
Pendedahan
Pembentangan kertas kerja
•Mementingkan bukti dan alasan
•Bermula dengan usul atau gagasan
•Bertujuan untuk mendapatkan sokongan
Pernyataan di atas ialah ciri retorik
pemerian
pemujukan
pendedahan
penghujahan
•Memindahkan idea atau maklumat daripada penulis
kepada pembaca
•Memberikan takrif, atau contoh, atau perbandingan, atau sebab, atau akibat tentang sesuatu
maklumat
•Menyingkap, memaparkan, atau menghuraikan sesuatu maklumat secara objektif
Pernyataan di atas menepati retorik
pemerian
pemujukan
pendedahan
penghujahan
Antara yang berikut, yang manakah yang merupakan retorik pemerian?
Setelah berjalan jauh, mereka berasa amat letih dan tertidur di halaman rumah hingga pagi.
Mula-mula kita akan menaiki bas ke pekan tersebut. Selepas itu, kita perlu menaiki kereta api sehingga sampai ke destinasi kita
Kanak-kanak sekolah rendah itu diarahkan supaya berbaris di sepanjang jalan raya yang sesak untuk menyambut kunjungan Menteri Pendidikan.
Bangunan itu mempunyai bumbung yang tinggi dan cantik. Dindingnya dibuat daripada bahan yang terpilih dan dihiasi pula oleh gambar burung berwarna-warni
Maksud
seni penggunaan bahasa
dalam retorik merangkumi hal yang berikut,
kecuali
penggunaan bahasa yang kompleks
teknik penyampaian yang menarik
penggunaan bahasa yang kreatif
teknik mempengaruhi audiens
Penutur asli diertikan sebagai seorang yang menuturkan sesuatu bahasa dengan fasih kerana orang tersebut telah dibesarkan dengan bertutur bahasa itu sejak kanak-kanak lagi.
teknik penyampaian idea yang digunakan dalam wacana tersebut ialah
pentakrifan
induksi
pencerakinan
analogi
Pijin merupakan variasi bahasa yang dipermudah bagi sesetengah bahasa. Biasanya bahasa ini ditambah dengan ciri-ciri daripada bahasa-bahasa lain. Timbulnya bahasa pijin biasanya berkaitan dengan penjajahan. Pada mulanya bahasa ini digunakan sebagai bahasa perdagangan.
Retorik yang sesuai dipadankan dengan wacana di atas ialah
pemerian
penceritaan
pendedahan
penghujahan
Semua retorik yang berikut mempunyai sifat Objektif, Tepat dan Jelas KECUALI
penerangan
pendedahan
pemerian
pemujukan
Pernyataan yang manakah tidak benar tentang retorik?
Mementingkan penggunaan diksi yang tepat
Digunakan dalam komunikasi lisan dan tulisan
Tidak memperlihatkan penggunaan tatabahasa yang betul
Mengutamakan persembahan yang baik untuk menyampaikan idea
Tidak dinafikan bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan perkembangan sahsiah remaja. Keadaan keluarga akan mempengaruhi perkembangan remaja sejak kecil. Hal ini termasuklah dalam aspek
Yang manakah teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di atas?
Induksi
Analogi
Deduksi
Eklektik
Masyarakat di Malaysia, terutamanya kaum Melayu terkenal dengan penggunaan rempah-ratus dalam masakan mereka. Antara rempah-ratus yang sering di gunakan ialah jintan. Terdapat tiga jenis jintan yang biasa digunakan, iaitu jintan hitam, jintan manis dan jintan putih.
Apakah teknik penyampaian idea dalam petikan di atas?
Induksi
Analogi
Deduksi
Eklektik
Switzerland merupakan sebuah negara yang kecil tetapi telah berjaya menarik kemasukan ramai pelancong asing. Rahsia kejayaan negara itu ialah keupayaannya mempopularkan keindahan alam semula jadinya kepada dunia. Malaysia juga boleh berjaya dalam usaha untuk meningkatkan sektor pelancongannya jika Malaysia turut melaksanakan langkah yang sedemikian. Malaysia juga mempunyai banyak keindahan alam semula jadi yang berpotensi untuk dimajukan.
Apakah teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di atas?
Induksi
Analogi
Deduksi
Eklektik
