wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA 2

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Arahan menangguhkan aktiviti luar kelas ketika jerebu __________ daripada Pengarah Pelajaran Negeri.

a)

ialah

b)

harus

c)

adalah

d)

belum

2.

Semua khabar angin yang tersebar kebelakangan ini __________palsu.

a)

ialah

b)

adalah

c)

masih

d)

akan

3.

Baru pagi tadi abang Faris ___________ jambang dan misainya.

a)

mencantas

b)

menebang

c)

mencukur

d)

menghakis

4.

Amalan ___________ orang yang sedang sakit di hospital merupakan suatu amalan yang mulia.

a)

menoleh

b)

memandang

c)

menziarah

d)

merawat

5.

Kawasan tanah ____________ yang terdapat di negeri ini akan dimajukan oleh pihak pemaju tidak lama lagi.

a)

terabai

b)

terbaik

c)

terbiar

d)

tercemar

6.

Walaupun Harry berasa penat bekerja berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, namun gaji yang diterimanya adalah___________ .

a)

bertepatan

b)

berpadan

c)

berkaitan

d)

berbaloi

7.

Pihak berkuasa tempatan akan menjalankan ____________ terhadap kedai-kedai makan di kawasan itu dari semasa ke semasa.

a)

penelitian

b)

pemantauan

c)

penyiasatan

d)

penyelidikan

8.

Puan Zarina sangat rindu _________ anak bongsunya yang sedang melanjutkan pelajaran di Australia.

a)

akan

b)

untuk

c)

kepada

d)

dengan

9.

Kita boleh berbincang dan bertanya kepada guru-guru tentang __________ yang kita tidak faham agar kita tidak ketinggalan dalam pelajaran.

a)

siapa-siapa

b)

bila-bila

c)

apa-apa

d)

mana-mana

10.

Para penumpang ____________ masuk ke dalam tren itu setelah menunggu selama satu jam.

a)

bersesak-sesak

b)

berapat-rapat

c)

bersaing-saing

d)

berbondong-bondong

11.

Budak perempuan yang hampir lemas itu___________ meminta pertolongan daripada orang yang berada berhampirannya dengannya.

a)

terkial-kial

b)

tersipu-sipu

c)

teragak-agak

d)

terkapai-kapai

12.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan ___________ kepada Perdana Menteri untuk membentuk kabinet yang baru.

a)

perintah

b)

mandat

c)

arahan

d)

tugasan

13.

Pelajar dari Universiti Putera Malaysia itu sedang_________ seorang tokoh politik yang terkenal.

a)

memeriksa balas

b)

menemu duga

c)

menyoal siasat

d)

menemu bual

14.

Peruncit itu dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa kerana menjual barang-barang kawalan tanpa mengikut ____________ .

a)

harga gelap

b)

harga lantai

c)

harga runtuh

d)

harga siling

15.

“Daging kambing ini sedap dimakan jika direbus hingga ___________ ,” kata nenek kepada kakak.

a)

lembik

b)

rangup

c)

empuk

d)

padat