Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SISTEM EKONOMI SESI 3 (2/12)

Total questions: 12

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
“Dinegara saya, pengguna adalah raja. Saya bebas memilih barang yang dikehendaki”- Rakyat Negara X
“Oh! Bagusnya. Pengguna di negara saya tiada hak untuk memilih”- Rakyat Negara Y
Berdasarkan perbualan itu, apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara X dan Negara Y?
a)
Sistem ekonomi campuran & Sistem ekonomi Islam
b)
Sistem ekonomi perancangan pusat & Sistem ekonomi kapitalis
c)
Sistem ekonomi kapitalis & Sistem ekonomi perancangan pusat
d)
Sistem ekonomi Islam & Sistem ekonomi campuran
2.
Apakah kelebihan sistem ekonomi pasaran bebas dalam penentuan harga barang?
a)
Harga barang adalah tetap
b)
harga barang aadalah dikawal
c)
harga barang adalah minimum
d)
harga barang mengikut kuasa permintaan dan penawaran
3.

Terdapat 5 sistem ekonomi yang wujud dalam dunia.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang sistem ekonomi campuran?

a)

Sumber ekonomi dimiliki oleh sektor swasta.

b)

Kebajikan masyarakat diutamakan.

c)

Persaingan sihat antara pengeluar.

d)

Pilihan pengguna terhad.

5.

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, yang manakah penyelesaian masalah "bagaimana barang hendak dikeluarkan"?

a)

Mengeluarkan barang berdasarkan kehendak pengguna

b)

Mengeluarkan barang dengan kos pengeluaran yang minimum

c)

Mengeluarkan barang berasaskan faktor pengeluaran yang terhad

d)

Mengeluarkan barang mengikut faktor pengeluaran yang mudah didapati

6.

Yang manakah pernyataan yang tidak menerangkan sistem ekonomi campuran?

a)

Agihan pendapatan lebih setara

b)

Ketidakstabilan ekonomi lebih terkawal

c)

Individu mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti ekonomi

d)

Pengeluaran barang awam dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat

7.

Sistem ekonomi berbeza berasaskan ciri yang berikut,kecuali

a)

jenis barang

b)

pemilikan sumber

c)

keputusan agihan barang

d)

keputusan peruntukan sumber

8.

Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi pasaran bebas kerana

a)

Pilihan pengguna bebas

b)

Mengutamakan keuntungan yang maksimum

c)

Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan

d)

Campur tangan kerajaan mengurangkan pembaziran sumber ekonomi

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Mengawal permintaan pengguna

b)

Mengutamakan kebajikan masyarakat

c)

Menggalakkan persaingan bebas antara pengeluar

d)

Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi

10.

Pernyataan manakah yang menggambarkan sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Pilihan individu terhad

b)

Wujud sektor swasta dan sektor kerajaan

c)

Harga faktor ditentukan oleh mekanisme harga

d)

Motif sektor swasta adalah untuk memaksimumkan kebajikan

11.

Tiada campur tangan kerajaan.

Apakah sistem ekonomi tersebut?

a)

Islam

b)

Campuran

c)

Pasaran bebas

d)

Perancangan pusat

12.

Pengguna tidak bebas untuk membuat pilihan kerana campur tangan kerajaan.

Apakah sistem ekonomi yang digambarkan oleh pernyataan di atas?

a)

Ekonomi Islam

b)

Sistem ekonomi sosialis

c)

Sistem ekonomi kapitalis

d)

Sistem ekonomi campuran