wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Prinsip Akaun modul 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah item yang akan menambahkan kos belian?

a)

Duti import

b)

Angkutan Masuk

c)

Pulangan Belian

d)

Diskaun Diterima

2.

Butiran manakah yang digunakan untuk mengira kos jualan?

a)

Belian, Pulangan Masuk, Inventori Awal

b)

Jualan, Inventori Akhir, Angkutan Keluar

c)

Belian, Inventori Awal, Angkutan Masuk

d)

Inventori Akhir, Pulangan Keluar, Duti Import

3.

Butiran manakah yang merupakan belanja operasi perniagaan?

a)

Gaji

b)

Insurans peribadi

c)

Faedah pinjaman bank

d)

Rugi atas jualan aset bukan semasa

4.

Manakah merupakan aset perniagaan?

a)

Pinjaman

b)

Overdraf Bank

c)

Alatan Pejabat

d)

Akaun Belum Bayar

5.

Apakah pengelasan bagi gadai janji?

a)

Aset

b)

Hasil

c)

Liabiliti

d)

Belanja

6.

Manakah merupakan butiran aset semasa?

a)

Tunai, Akaun Belum Terima, Kadar Bayaran dan Inventori

b)

Overdraf Bank, Tunai, Akaun Belum Terima dan Inventori

c)

Jentera, Inventori,Akaun Belum Terima dan Tunai

d)

Akaun Belum Terima, Inventori, Bank dan Tunai

7.

Urus niaga manakah yang akan menambahkan jumlah ekuiti pemilik?

a)

Menerima diskaun daripada Pembekal Maju

b)

Memberi diskaun kepada pelanggan Ali

c)

Mendermakan barang niaga ke Rumah Titian Mesra

d)

Membeli perabot daripada Kedai Perabot 3M

8.

Berikut merupakan ciri- ciri bagi suatu akaun.


  • Tahap kecairan tinggi
  • Digunakan untuk menjana pendapatan kepada perniagaan


Yang manakah menepati ciri- ciri di atas?

a)

Alat Tulis dan Akaun Belum Terima

b)

Inventori dan Akaun Belum Bayar

c)

Tunai di tangan dan overdraf bank

d)

Simpanan tetap dan deposit telefon

9.

Manakah di bawah bukan Liabiliti Semasa?

a)

Akaun Belum Bayar

b)

Akaun Belum Terima

c)

Overdraf Bank

d)

Pinjaman

10.

Persamaan manakah tidak tepat?

a)

Aset= Liabiliti + Modal

b)

Aset= Liabiliti+Modal+ Untung Bersih

c)

Aset= Liabiliti+Modal- Rugi Bersih

d)

Aset= Liabiliti+Modal+ Ambilan

11.

Manakah antara berikut adalah komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

a)

Hasil

b)

Kos Jualan

c)

Jualan Bersih

d)

Liabiliti Bukan Semasa

12.

Manakah antara berikut merupakan hasil operasi Kedai Buku Wawasan?

a)

Penerimaan daripada komisen jualan buku

b)

Penerimaan daripada jualan kamus dan novel

c)

Penerimaan daripada jualan rak pameran terpakai

d)

Penerimaan daripada tambahan modal oleh pemiliknya

13.

Antara berikut, yang manakah liabiliti semasa?


I Insurans prabayar

II Akaun Belum Terima

III Kadar bayaran belum bayar

IV Sewa diterima belum terperoleh

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Urus niaga manakah yang menyebabkan aset dan ekuiti pemilik perniagaan bertambah?

a)

Beli perabot secara kredit

b)

Bayar Akaun Belum Bayar dengan cek

c)

Ambilan tunai perniagaan untuk kegunaan sendiri

d)

Membeli komputer pejabat mengunakan cek peribadi

15.

Berikut merupakan Carta Akaun bagi Syarikat Zarul Sdn Bhd:


Kod Akaun

1000 – 1999 Aset

2000 – 2999 Liabiliti

3000 – 3999 Belanja

4000 – 4999 Hasil


Apakah kod untuk Akaun Promosi ?

a)

1021

b)

2021

c)

3021

d)

4021

16.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Aufiya.


Aset bukan semasa RM10 000

Aset semasa RM6 980

Liabiliti bukan semasa RM6 000

Liabiliti semasa RM580


Berapakah ekuiti pemilik perniagaan berkenaan?

a)

RM10 400

b)

RM11 560

c)

RM22 400

d)

RM23 560

17.

Apakah urusniaga yang menyebabkan Ekuiti Pemilik berkurang?

a)

Ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri

b)

Ambilan barang niaga untuk tujuan didermakan

c)

Ambilan barang niaga untuk tujuan promosi jualan

d)

Ambilan barang niaga untuk tujuan pemberian hadiah kepada pekerja

18.

Kumpulan item yang manakah aset semasa?

a)

Mesin, Kenderaan, Premis

b)

Perabot, Tunai, Akaun Belum Terima

c)

Bangunan, Tanah, Sewa Belum Terima

d)

Sewa Premis Prabayar, Komisen Belum Terima, Inventori Akhir

19.

Antara berikut, yang manakah rumus persamaan perakaunan yang betul?


I Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

II Aset = Liabiliti – Ekuiti Pemilik

III Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih

IV Aset = Liabiliti – Modal – Hasil + Belanja

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

20.

Pada akhir tempoh perakaunan, buku perniagaan Tuah Mini Market mempunyai baki seperti berikut:


Aset RM50 000

Liabiliti RM19 350


Berapakah modal awal jika Tuah Mini Market mengalami kerugian sebanyak RM6 630?

a)

RM24 020

b)

RM30 650

c)

RM37 280

d)

RM62 720