wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI TATABAHASA BAHASA MELAYU

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat ____________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

berteduh

b)

bernaung

c)

bermalam

d)

bersembunyi

2.

Ibu membuang buah cempedak itu kerana sudah berbau ____________.

a)

basi

b)

busuk

c)

hangit

d)

tengik

3.

Pasar Raya Super Jimat akan membuat ___________ harga barangan secara besar-besaran semepena Hari Krismas nanti.

a)

turunan

b)

menurun

c)

keturunan

d)

penurunan

4.

Penonton yang menyaksikan siaran langsung pertandingan bola sepak itu tidak berpuas hati kerana _________ asyik tersilap menyebut nama pemain.

a)

juruulas

b)

juruacara

c)

jurubahasa

d)

jururunding

5.

Remaja yang baru ditemui setelah sesat di dalam hutan itu telah _________ dengan pelbagai soalan oleh orang ramai.

a)

dicurahi

b)

dihujani

c)

dibanjiri

d)

dilimpahi

6.

Wajah Pak Rahmat _________ apabila melihat hasil tangkapan yang diperolehnya pada petang itu.

a)

berseri-seri

b)

berkilau-kilau

c)

berpinar-pinar

d)

bercahaya-cahaya

7.

Sempena promosi hujung tahun, pelbagai ____________ komputer dijual dengan harga yang murah di kedai itu.

a)

beralat

b)

dialatkan

c)

peralatan

d)

memperalatkan

8.

Kaunter itu ditutup pada waktu rehat dan __________ pertanyaan tidak akan dilayan.

a)

segala

b)

beberapa

c)

seluruh

d)

sekalian

9.

"Kalian boleh beredar jika tiada _________ yang hendak ditanyakan lagi," kata Cikgu Zakuan.

a)

apa

b)

siapa

c)

apa-apa

d)

mana-mana

10.

Puan Zara __________ kanak-kanak itu seperti anaknya sendiri.

a)

pelakuan

b)

kelakuan

c)

melakukan

d)

memperlakukan

11.

_____________kah yang telah melanjutkan pelajaran ke Universiti?" tanya Umie kepada Mira.

a)

Apa

b)

Bila

c)

Mana

d)

Siapa

12.

Daun-daun padi _________ ditiup angin sepoi-sepoi bahasa itu telah menimbulkan suasana yang nyaman.

a)

berkibar-kibar

b)

berlambai-lambai

c)

bergoyang-goyang

d)

berlenggok-lenggok

13.

Pekerja-pekerja kilang itu tidak akan bersurai _________ majikan mereka tidak membayar gaji mereka.

a)

selagi

b)

malahan

c)

walaupun

d)

tambahan

14.

Akibat perbuatannya yang ________ batasan, Syahir tidak dibenarkan pergi ke mana-mana tanpa persetujuan bapanya.

a)

terlampau

b)

melampau

c)

melampaui

d)

melampau-lampau

15.

Buku yang memuatkan 100 kisah kejayaan ________ terkemuka di seluruh dunia itu mendapat sambutan daripada ahli perniagaan.

a)

wartawan

b)

usahawan

c)

karyawan

d)

budayawan