Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Johor (Kluang) 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah menerangkan tujuan utama sesebuah perniagaan dijalankan ?

a)

Membina imej perniagaan

b)

Memberikan keselesaan kepada pelanggan

c)

Memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan

d)

Menawarkan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.


Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Syarikat Sendirian Berhad

c)

Syarikat Awam Berhad

d)

Perkongsian

3.

Maklumat berikut menunjukkan contoh aktiviti-aktiviti sektor perniagaan.


Antara yang berikut, manakah benar tentang sektor yang diceburi Oleh M dan N?

a)

M - Sektor Utama

N - Sektor Kedua

b)

M - Sektor Kedua

N - Sektor Ketiga

c)

M - Sektor Kedua

N - Sektor Utama

d)

M - Sektor Ketiga

N - Sektor Utama

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.


Apakah saiz dan sektor perniagaan tersebut?

a)

Saiz - Sederhana

Sektor - Tertier

b)

Saiz - Kecil

Sektor - Primer

c)

Saiz - Kecil

Sektor - Tertier

d)

Saiz - Besar

Sektor - Sekunder

5.

Gambar berikut menunjukkan sejenis milikan perniagaan.


Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan tersebut?

I Menyediakan perkhidmatan langsung

II Berskala tempatan

III Perniagaan bersaiz besar

IV Terlibat dalam sektor ketiga

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Apakah peranan kerajaan negeri?

a)

Melindungi pengguna daripada penipuan para peniaga

b)

Membangunkan kegiatan ekonomi setempat

c)

Mengumpulkan hasil cukai pendapatan

d)

Menyediakan kemudahan infrastruktur

7.

Antara berikut yang manakah merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?

a)

Pemasaran

b)

Ekonomi

c)

Teknologi

d)

Politik dan Perundangan

8.

Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?

a)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat

b)

Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

c)

Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran

d)

Guna tenaga semakin menurun

9.

Jenis gaya pengurusan yang diamalkan di sesebuah syarikat perniagaan boleh membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan. Situasi manakah menunjukkan gaya pengurusan sederhana?

a)

Majikan bertindak tegas dengan pekerja

b)

Majikan memberi kebebasan kepada pekerja

c)

Majikan menjaga hubungan baik antara pekerja

d)

Majikan mengamalkan toleransi dengan pekerja

10.

Maklumat berikut menunjukkan suatu situasi dalam perniagaan.


Apakah akta yang berkaitan dapat mengelakkan berlakunya situasi di atas?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Hak Cipta 1987

c)

Akta Perkongsian 1961

d)

Akta Jualan Barangan1957

11.

Pernyataan yang manakah benar tentang objektif perniagaan?

a)

Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja

b)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

c)

Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi

d)

Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan pernyataan visi Nirmala Enterprise.


Pilih pernyataan yang betul tentang pernyataan visi Nirmala Enterprise

a)

Menerangkan tujuan penubuhan perniagaan

b)

Merupakan perancangan jangka pendek perniagaan

c)

Merupakan perancangan jangka panjang perniagaan

d)

Dibentuk secara khusus dan boleh dicapai oleh perniagaan

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan objektif Syarikat Pakaian Tommy


Nyatakan ciri-ciri SMART yang terdapat dalam objektif tersebut

a)

Boleh dicapai

b)

Jangka masa

c)

Munasabah

d)

Spesifik

14.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kepentingan penetapan misi organisasi?


I. Sebagai asas untuk penentuan objektif organisasi

II. Memudahkan pengagihan sumber organisasi secara tepat

III. Membantu pengurus bawahan menetapkan kuantiti pengeluaran

IV. Membantu pihak pengurusan atasan menetapkan visi organisasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Rajah berikut menunjukkan faktor dalaman yang boleh mempengaruhi visi, misi dan objektif.


Apakah Y?

a)

Demografi

b)

Ekonomi

c)

Sosiobudaya

d)

Modal perniagaan

16.

Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?

a)

Demografi

b)

Kewangan

c)

Sosiobudaya

d)

Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT)

17.

Rajah di bawah menunjukkan peranan pengurusan sumber manusia.


Apakah X?

a)

Sistem kenaikan pangkat

b)

Latihan dan pembangunan

c)

Proses pengambilan pekerja

d)

Pengurusan kesatuan sekerja

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian.


Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Bahagian fungsian khidmat pelanggan

b)

Bahagian fungsian pengagihan

c)

Bahagian fungsian pembelian

d)

Bahagian fungsian jualan

19.

Gambar berikut menunjukkan salah satu peranan fungsian dalam sebuah organisasi


Apakah fungsian tersebut ?

a)

Jualan

b)

Pemasaran

c)

Pengurusan sumber manusia

d)

Penyelidikan dan pembangunan

20.

Rajah berikut berkaitan dengan proses komunikasi


Apakah X dan Y ?

a)

X - Enkod

Y - Gangguan

b)

X - Gangguan

Y - Enkod

c)

X - Dekod

Y - Enkod

d)

X - Enkod

Y - Dekod

21.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?

a)

Usaha untuk membina imej baik organisasi

b)

Usaha untuk membangun tenaga kerja dalam organisasi

c)

Usaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan

d)

Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi

22.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan Encik Hamid sebagai pengurus sumber manusia.


Apakah peranan pengurusan sumber manusia bagi situasi di atas?

a)

Menentukan deskripsi tugas

b)

Pemantapan budaya professional

c)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

d)

Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

23.

Antara berikut, yang manakah merupakan kemahiran kebolehkerjaan yang akan membantu pekerja melaksanakan kerja dengan cekap dan sistematik?


I. Berpengalaman

II. Kelayakan yang bersesuaian

III. Perancangan dan pengurusan diri

IV. Jumlah gaji dan elaun yang pernah diperolehi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Apakah tujuan sesebuah organisasi perniagaan menguruskan sumber fizikal seperti bangunan dan kemudahan?

a)

Mengurangkan keuntungan jangka panjang

b)

Mengurangkan kos operasi perniagaan

c)

Meningkatkan penghasilan produk

d)

Meningkatkan nilai

25.

Gambar berikut menunjukkan produk buatan Malaysia yang baru dilancarkan.


Bagaimanakan cara syarikat dapat melindungi reka bentuk produk tersebut?

a)

Mendaftar paten kereta dengan MyIPO

b)

Mendaftar rekacipta dengan pendaftar syarikat

c)

Mendaftar paten kereta di bawah akta syarikat 2016

d)

Mendaftar model kereta di bawah Akta Hak cipta 1987

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan luaran.


Apakah jenis pembiayaan tersebut?

a)

Syer

b)

Pajakan

c)

Ar-Rahnu

d)

Pemfaktoran

27.

Antara berikut yang manakah merupakan kekuatan sumber pembiayaan luaran bagi agensi kerajaan?


I. Tertakluk kepada syarat pinjaman ketat

II. Jumlah pinjaman boleh disesuaikan mengikut keperluan

III. Memberi peluang kepada peniaga yang tidak mempunyai cagaran

IV. Terdapat perlindungan cukai daripada pembayaran faedah ansuran bulanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Antara berikut yang manakah merupakan sumber pembiayaan dalaman?

a)

Simpanan peribadi

b)

Akaun semasa

c)

Pinjaman bank

d)

Geran pembangunan

29.

Maklumat berikut merupakan petikan penyata kewangan Syarikat Kayangan


Berapakah nilai X?

a)

RM11 700

b)

RM23 000

c)

RM303 000

d)

RM466 000

30.

Mengapakah penyediaan kunci kira-kira penting kepada seorang usahawan

a)

Merancang perjalanan operasi perniagaan

b)

Mengetahui jumlah keuntungan perniagaan

c)

Mengenalpasti tanggungan perniagaan kepada pihak luar

d)

Meramal pencapaian prestasi perniagaan pada masa hadapan

31.

Maklumat berikut diperolehi daripada Kedai Runcit Wong


Hitungkan peratus untung tokokan Kedai Runcit Wong

a)

27.13%

b)

28.10%

c)

29.84%

d)

37.23%

32.

Siapakah memiliki ciri-ciri kreatif dan inovatif?

a)

Perniagaan Mutiara giat meneroka pasaran baharu

b)

Encik Azim tabah menghadapi risiko perniagaan

c)

Cik Syikin mengeluar produk mengikut keperluan pelanggan

d)

Encik Zul mengeluar produk sarapan pagi baharu yang mementingkan kesihatan

33.

Apakah faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan?

a)

Persaingan

b)

Lokasi yang sesuai

c)

Matlamat peribadi peniaga

d)

Keupayaan membina jenama

34.

Antara berikut yang manakah menunjukkan kelebihan memulakan perniagaan sendiri?


I. Bebas menikmati keuntungan

II. Bebas menjalankan perniagaan

III. Menanggung semua beban kerja

IV. Menanggung semua risiko perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Maklumat berikut berkaitan bentuk pemilikan perniagaan


Apakah akta berkaitan dengan penubuhan perniagaan tersebut?

a)

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2016

b)

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

c)

Akta Koperasi 1993

d)

Akta Syarikat 2016

36.

Berapakah tempoh masa syarikat perlu melantik setiausaha syarikat selepas pemerbadanan syarikat?

a)

10 hari

b)

20 hari

c)

30 hari

d)

60 hari

37.

Apakah tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh seorang peniaga selepas memperoleh sijil pendaftaran perniagaan?

a)

Mengisi borang carian nama

b)

Menyediakan laporan kewangan

c)

Mempamerkan papan tanda perniagaan

d)

Menentukan bayaran dividen kepada pemegang saham

38.

Pernyataan manakah yang betul tentang maksud perniagaan?

a)

Aktiviti jual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

b)

Aktiviti memujuk pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan

c)

Aktiviti pertukaran pemilikan barang dan perkhidmatan antara penjual dan pembeli

d)

Aktiviti menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna

39.

Rajah berikut menunjukkan salah satu kaedah promosi.


Apakah X ?

a)

Publisiti

b)

Pengiklanan

c)

Promosi jualan

d)

Jualan langsung

40.

Pernyataan manakah yang menerangkan tentang pengenalan dalam rancangan perniagaan?

a)

Gambaran umum berkaitan tujuan rancangan perniagaan

b)

Gambaran yang spesifik tentang latar belakang perniagaan

c)

Gambaran ringkas berkaitan perniagaan keseluruhan

d)

Gambaran tentang hala tuju perniagaan