WorksheetsKATA ADJEKTIF TAHUN 6
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
“Wang ini saya sumbangkan secara __________,”kata Lee Kepada Siva.
Ikhlas
sopan
adil
amanah
Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya.
kaku
riang
diam
nyenyak
Puan Laila berasa _________kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.
cemas
terharu
terkejut
kecewa
Abang Bok Yu _________berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama lima tahun.
fasih
leka
bijak
deras
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau _________ ikan air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Tilam yang telah lama disimpan di dalam stor itu berbau _____
hanyir
hangit
haring
hapak
Biskut itu menjadi ____________ kerana adik tidak menutup tin biskut dengan baik.
lemau
garing
empuk
hangus
Pak Tamin begitu ____________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam.
terkilan
runsing
murung
sengsara
Bau __________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu.
busuk ... tengik
hanyir ... wangi
hapak ... harum
hancing ... mersik
Pengetahuan murid-murid sekolah ini masih ____________ dalam bidang komputer.
cetek
tumpul
rendah
sedikit
Matanya ___________ apabila terkena panahan cahaya matahari.
perit
kelam
silau
pedih
Mangsa kemalangan itu berjaya dikeluarkan dari keretanya yang telah _______________.
lumat
hancur
pecah
remuk
Kemarau yang panjang menyebabkan paras air di sungai itu ________________.
larut
lesap
serap
susut
Ikan haruan itu berbau ____________ sehingga meloyakan tekak.
mual
masam
hangit
hanyir
Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.
kuat
rakus
senyap
perlahan
Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.
gelap
nyaman
hening
bising
Saya tidak akan _________ seandainya dia berterus terang.
ragu
marah
dendam
bimbang
Pokok rambutan di belakang rumah saya telah tumbang akibat ditiup angin __________ petang semalam.
laju
cepat
lambat
kencang
Akibat terlalu lapar, pengemis itu makan dengan begitu _______________.
cepat
kasar
gopoh
gelojoh
Wanita yang memiliki wajah berbentuk _______________ sirih itu ialah mak cik saya.
bujur
tirus
bulat
lonjong
