wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah tingkatan 2 cg fasih

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk di Sabah dan di Sarawak mempunyai hubungan dengan masyarakat di Alam Melayu. Hubungan tersebut bermula sejak_______________________.


bteks m/s178

a)

sebelum Masihi

b)

abad kedua

c)

abad keempat

d)

abad kelima

2.

Hasil kajian mendapati terdapat tinggalan objek-objek agama Buddha di Santubong. Objek-objek tersebut mempunyai kaitan dengan ________________.


b.teks m/s 179

a)

kerajaan Siam

b)

kerajaan China

c)

kerajaan Srivijaya

d)

kerajaan Majapahit

3.

Apakah etnik tempatan yang dipimpin oleh ketua masyarakat berikut di Sarawak? HIPUN UMA

b.teks m/s 180

a)

Kayan

b)

Penan

c)

Kenyah

d)

Iban

4.

Lokasi berikut pernah dipilih sebagai pusat pentadbiran kerajaan silam. SANTUBONG

Apakah kerajaan tersebut?

b.teks m/s 180

a)

Saribas

b)

Sawakau

c)

Melano

d)

Samadong

5.

Kerajaan Saribas terletak di Lembah Sungai Saribas dan Sungai Rimbas. Kerajaan tersebut wujud pada___________________ b.teks m/s 181

a)

abad ke-11

b)

abad ke-13

c)

abad ke-14

d)

abad ke-15

6.

Gelaran berikut digunakan oleh pemimpin kaum Dayak di Sarawak.


ORANG KAYA


Gelaran tersebut diberikan oleh _________________.b.teks m/s 181

a)

Kesultanan Sulu

b)

Kesultanan Melayu Brunei

c)

Kesultanan Melaka

d)

Kesultanan Majapahit

7.

Apakah kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat berikut di Sarawak?


KENYAH


b.teks m/s 184

a)

menanam padi

b)

mengusahakan sagu

c)

membuat perahu

d)

menangkap ikan

8.

Apakah etnik yang terlibat dengan kegiatan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran di Sabah? b.teks 185

a)

Rungus

b)

Berunai

c)

Iranum

d)

Suluk

9.

Hasil keseniaan berikut boleh ditemui di Sarawak.


TIONG TOTEM.


Kesenian tersebut dihasilkan oleh _____________. b.teks m/s 192

a)

Orang Iban

b)

Orang Ulu

c)

Orang Melayu

d)

Orang Bidayuh

10.

Apakah kaum yang mempercayai kewujudan kuasa berikut di Sarawak?


IPOH.


b.teks m/s 194

a)

Kadayan

b)

Bisaya

c)

Bidayuh

d)

Melanau

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan perayaan masyarakat tempatan di Sarawak. Upacara tersebut dilaksanakan oleh kaum _____________.


MENGADAKAN UPACARA MIRING.


B.teks m/s 194

a)

Iban

b)

Melayu

c)

Berunai

d)

Bidayuh

12.

Istilah berikut mempunyai kaitan dengan kepercayaan masyarakat Sarawak. Istilah tersebut membawa maksud ________________________.


PETARA


b.teks m/s 194

a)

nenek moyang

b)

jejaka tampan

c)

tuhan

d)

roh

13.

Pesta Makan Tahun disambut dalam kalangan masyarakat tempatan di negara kita. Pesta tersebut diadakan oleh kaum ______________.

B.teks m/s 194

a)

Kadayan

b)

Kejaman

c)

Tagaas

d)

Lugat

14.

Mengapakah tarian berikut ditarikan oleh masyarakat tempatan di Sarawak?


BERMUKUM


b.teks m/s 196

a)

Meraikan perkahwinan

b)

Menaikkan semangat pejuang

c)

Melambangkan terima kasih

d)

Meraikan Hari Gawai

15.

Apakah etnik yang menarikan tarian berikut dalam kalangan masyarakat tempatan di negara kita?


TARIAN MAGUNATIP


b.teks m/s 197

a)

Bajau/Sama

b)

Orang Ulu

c)

Murut

d)

Iban

16.

Tarian berikut amat dikenali dalam kalangan masyarakat tempatan di Sabah. Tarian Limbai ditarikan oleh kaum ______________________.


TARIAN LIMBAI.


b.teks m/s 197

a)

Bajau/Sama

b)

Lundayeh

c)

Tagamas

d)

Bulungan

17.

Apakah seni bina rumah tradisional yang dihasilkan oleh kaum Bidayuh?

b.teks m/s 199

a)

Rumah vinatang

b)

Rumah baruk

c)

Rumah tinggi

d)

Rumah lepa

18.

Ruangan 'Ongkob' diwujudkan dalam seni bina rumah kaum Rungus. Ruangan tersebut berfungsi sebagai ______________.

b.teks m/s 200

a)

ruang bilik keluarga

b)

ruang tempat bersantai

c)

ruang tempat pertemuaan

d)

ruang untuk tarian

19.

Pembinaan rumah panjang Murut mempunyai ruang besar yang berperanan untuk majlis sosial dan agama. Ruang besar tersebut dipanggil sebagai _______________________.

b.teks m/s 201

a)

lansaran

b)

sukap

c)

tabon

d)

salo

20.

Istilah berikut berkaitan dengan pelaksanaan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.


BUAPAK.


Pelantikan jawatan tersebut akan ditentukan oleh______________.

b.teks m/s 171

a)

Anak buah

b)

Ibu Soko

c)

Lembaga

d)

Undang

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan gelaran Ibu Soko.


IBU WARIS.


Gelaran tersebut diberikan kepada Ibu Soko di daerah________________.

b.teks m/s 170

a)

Minangkabau

b)

Jempol

c)

Johol

d)

Inas

22.

Berapakah bilangan suku yang terdapat dalam kalangan masyarakat tempatan di Negeri Sembilan?

b.teks m/s 169

a)

9

b)

10

c)

11

d)

12

23.

Suku adalah anggota masyarakat yang dikelaskan mengikut nenek moyang. Suku dinilai berdasarkan keturunan sebelah ______________. b.teks m/s 169

a)

bapa

b)

bapa saudara

c)

ibu saudara

d)

ibu

24.

Apakah motif awal yang menjadi tumpuan pengukir dalam penghasilan karya mereka sebelum kedatangan Islam di negara kita?

b.teks m/s 166

a)

Motif flora

b)

Motif haiwan

c)

Motif matahari

d)

Motif alam

25.

Seni pertukangan keris masih diusahakan di negara kita. Seni tersebut berkembang pesat terutamanya di ___________________.

b.teks m/s 166

a)

Terengganu

b)

Kelantan

c)

Perlis

d)

Kedah

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan latar belakang Kesultanan Melayu Melaka. Apakah kesannya ke atas Kesultanan Melayu Melaka?.


MEMPUNYAI MUKA BUMI YANG BERBUKIT-BUKAU


b.teks m/s 73

a)

Menjadi benteng pertahanan

b)

Memajukan bidang pertanian

c)

Memudahkan urusan jual beli

d)

Memudahkan pertukaran dagangan

27.

Karya berikut mencatatkan keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Karya tersebut menyatakan salasilah kesultanan Melayu Melaka berasal daripada__________________.


SULALATUS SALATIN


b.teks m/s 74

a)

Raja Palembang

b)

Raja Majapahit

c)

Raja Acheh

d)

Raja Pasai

28.

Apakah peranan pembesar berikut terhadap Kesultanan Melayu Melaka?


TEMENGGUNG


b.teks m/s 77

a)

Hakim di darat

b)

Ketua di laut

c)

Pemungut ufti

d)

Penasihat raja

29.

Berapakah fasal yang terkandung di dalam Hukum Kanun Melaka?


b.teks m/s 78

a)

22 fasal

b)

31 fasal

c)

40 fasal

d)

44 fasal

30.

Apakah sumbangan golongan berikut terhadap Kesultanan Melayu Melaka?


GOLONGAN KIWI


b.teks m/s 78

a)

Menyewa petak tempat barang

b)

Menerangkan peraturan di laut

c)

Melantik syahbandar

d)

Memilih anak kapal

31.

Apakah negeri yang tidak terlibat dalam pengamalan adat berikut di negara kita?


ADAT TEMENGGUNG


b.teks m/s 79

a)

Pahang

b)

Pulau Pinang

c)

Negeri Sembilan

d)

Perlis

32.

Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Sultan Mansur Shah. Kerajaan X tersebut ialah ________________.


PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN PUTERI KERAJAAN X TELAH BERJAYA MELUASKAN LAGI PENGARUH MELAKA.


b.teks m/s 80

a)

Kerajaan Kedah Tua

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Srivijaya

d)

Kerajaan Siak

33.

Antara berikut, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka yang manakah mempunyai kaitan dengan tindakan berikut?


MENGHANTAR ULAMA UNTUK MENGAJAR RAJA KAMPAR TENTANG HAL EHWAL ISLAM


b.teks m/s 82

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah

b)

Sultan Muzaffar Shah

c)

Sultan Mahmud Shah

d)

Sultan Mansur Shah

34.

Pengangkutan berikut digunakan oleh golongan pedagang di Melaka.


KAPAL JONG


Kapal tersebut dibina oleh masyarakat ___________________.


b.teks m/s 85

a)

Pegu

b)

China

c)

Siam

d)

Banda

35.

Pedagang kerajaan berikut ramai menjalankan perdagangan di pelabuhan Melaka.


JEPUN


Kedatangan mereka akan dikenakan cukai sebanyak_________________.

b.teks m/s 86

a)

3%

b)

4%

c)

5%

d)

6%

36.

Hadiah berikut telah diberikan oleh kerajaan luar kepada pemerintah Kesultanan Melayu Melaka.


BUDAK RAJA


Hadiah tersebut diterima oleh Melaka daripada ______________.


b.teks m/s 88

a)

Kerajaan Makasar

b)

Kerajaan Ryukyu

c)

Kerajaan Pasai

d)

Kerajaan Pegu

37.

Apakah faktor yang membawa kepada wujudnya hubungan antara kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Pasai?


b.teks m/s 88

a)

Perkahwinan

b)

Penaklukan

c)

Diplomatik

d)

Naungan

38.

Mata wang berikut digunakan oleh Kesultanan Melayu Melaka.


COWRIE


Mata wang tersebut diperbuat daripada __________.


b.teks m/s 86

a)

perak

b)

serbuk emas

c)

jongkong timah

d)

kulit siput

39.

Apakah bentuk hubungan yang berlaku antara Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Gujerat?


b.teks m/s 89

a)

hubungan perdagangan

b)

hubungan ketenteraan

c)

hubungan perkahwinan

d)

hubungan persahabatan

40.

Kerajaan Siam pernah melancarkan serangan ke atas Kesultanan Melayu Melaka semasa pemerintahan____________.


b.teks m/s 89

a)

Sultan Mansur Shah

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Muzaffar Shah

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah