wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa ( tahun 4 )

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Ali suka mencuri. Dia digelar __________ oleh rakan-rakannya.
a)
buruk siku
b)
panjang tangan
c)
lintah darat
d)
durian runtuh
2.
Encik Ali diburu oleh ________ kerana berhutang ribuan ringgit dengan mereka.
a)
pening lalat
b)
nyawa-nyawa ikan
c)
lintah darat
d)
buruk siku
3.
Ismail _______ pada pagi ini kerana bangun lewat.
a)
mandi kerbau
b)
makan angin
c)
telinga lintah
d)
mandi peluh
4.

Keluarga Encik Zainal hanya mampu ______ setelah semua barangan mereka hangus terbakar setelah kediaman mereka dijilat api pada pagi tadi.

a)

ringan tulang

b)

ayam tambatan

c)

berputih mata

d)

mata keranjang

5.
Golongan muda-mudi pada zaman sekarang semakin __________ kerana sering dimanjakan oleh ibu bapa masing-masing.
a)
besar kepala
b)
kepala angin
c)
ambil angin
d)
kuku besi
6.

Setiap hari Encik Rahman ________ bagi menyara keluarganya setelah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas.

a)

mandi kerbau

b)

mandi peluh

c)

hidung belang

d)

hidung tinggi

7.
Sakinah tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana dia seorang yang kedekut dan digelar ________.
a)
hati batu
b)
keras kepala
c)
tangkai jering
d)
buruk siku
8.
Salmah dan Asyikin tidak menyukai Fatimah kerana dia bukan _________ bapa mereka.
a)
anak bongsu
b)
anak emas
c)
anak kandung
d)
anak tunggal
9.

Perilaku Aminah yang kurang sopan tempoh hari menjadi ________ masyarakat kampung.

a)

buah mulut

b)

buah fikiran

c)

buah cakap

d)

buah-buahan

10.
Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah mempercayai __________ dan perlu merujuk sumber yang betul bagi memperoleh maklumat yang sahih.
a)
khabar baik
b)
surat khabar 
c)
khabar angin
d)
khabar gembira
11.

Hisham menjadi ____________________ dalam pasukan Berjaya United selepas muncul sebagai penjaring gol terbaik Malaysia.

a)

ayam tambatan

b)

durian runtuh

c)

harga diri

d)

putih tulang

12.

Kes rompakan yang berlaku di Taman Impian Murni telah menjadi ______________________ penduduk di sekitarnya.

a)

buah hati

b)

kera sumbang

c)

makan hati

d)

buah mulut

13.

Kulit Rohana kemerah-merahan apabila terkena cahaya matahari. Oleh sebab itu, dia dipanggil _____________________ oleh kawan-kawannya.

a)

kaki bangku

b)

puteri lilin

c)

buah hati

d)

harga diri

14.

Sikap Mak Milah yang suka ____________________itu tidak disukai penduduk kampung.

a)

buah mulut

b)

kaki botol

c)

kerang busuk

d)

bawa mulut

15.

Allen dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun atas tuduhan ___________________.

a)

makan hati

b)

pisau cukur

c)

makan suap

d)

berat sebelah