wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tingkatan 1 Unit 1-9

Total questions: 29

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Istilah moral berasal daripada bahasa Latin iaitu mores bermaksud

a)

perlakuan yang baik

b)

perlakuan yang cepat

c)

perlakuan yang ikhlas

d)

perlakuan yang amanah

2.

Moral menanam sikap bercakap benar. Kita patut perlu bercakap benar dalam perkara berikut kecuali

a)

melaporkan salah laku kawan

b)

melaporkan perkara yang benar

c)

menjadi saksi terhadap kesalahan kawan

d)

melaporkan salah laku anggota masyarakat

3.

Alyah kerap memberikan derma kepada golongan gelandangan di kawasan bandar. Sikap Alyah merupakan perlakuan yang

a)

benar

b)

baik

c)

amanah

d)

prihatin

4.

Amalan tingkah laku yang bermoral akan melahirkan perasaan ____________________ dalam kehidupan.

a)

bangga

b)

cemas

c)

gelisah

d)

tenang

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan perlakuan benar?

a)

Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.

b)

Tingkah laku yang sesuai diamalkan dan diterima oleh masyarakat.

c)

Tingkah laku yang betul berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh.

d)

Tingkah laku yang positif demi kesejahteraan bersama.

6.

Berikut merupakan ciri-ciri insan bermoral dari segi perasaan kecuali

a)

kecewa

b)

empati

c)

simpati

d)

ketawa

7.

Antara berikut, manakah yang bukan contoh perlakuan insan bermoral?

a)

Sadiq yang sanggup mempertahankan negara.

b)

Siva selalu membantu ibu membersihkan rumah

c)

Jura yang bangun lewat semasa hari persekolahan

d)

Sheeda melayan tetamu dengan ramah dan sopan

8.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan perlakuan bermoral?

a)

Bersimpati terhadap mangsa kebakaran

b)

Berkawan dengan bangsa tertentu sahaja

c)

Membantu rakan dengan perasaan tidak ikhlas

d)

Bertindak sendiri tanpa berbincang dengan ibu bapa

9.

Antara kepentingan menjadi insan bermoral ialah

a)

hidup tidak tenang

b)

keluarga berpecah-belah

c)

masyarakat hidup harmoni

d)

alam sekitar semakin tercemar

10.

Tingkah laku bermoral akan

a)

merendahkan harga diri individu

b)

meningkatkan rasa bangga diri individu

c)

membentuk insan yang berakhlak mulia

d)

melahirkan insan yang tidak mempunyai integriti

11.

Berikut merupakan cara hidup bermoral kecuali

a)

Berdiri tegak dan fokus ketika menyanyikan lagu Negaraku

b)

Mengemas katil dan bilik sebelum bertolak ke sekolah

c)

Meminta duit daripada rakan yang ingin menggunakan tandas

d)

Sentiasa tersenyum ketika menghadiri rumah terbuka

12.

Albert memenuhi jemputan rakannya, Kevin bagi meraikan majlis hari jadinya.


Kesan daripada perbuatan di atas ialah

a)

Albert dan Kevin akan bergaduh

b)

Kevin tidak suka akan kehadiran Albert

c)

hubungan persahabatan Albert dan Kevin semakin akrab

d)

hubungan persahabatan Albert dan Kevin semakin dingin

13.

Ketika berhadapan dengan situasi ini, saya seharusnya...

a)

Tidak mempedulikan orang yang naik.

b)

Tersenyum kepada wanita yang berdiri di hadapan.

c)

Buat-buat tidur semasa wanita tersebut berdiri mengendong anak.

d)

Memberikan tempat duduk kepada wanita tersebut.

14.

Peranan agama penting dalam membentuk semua amalan yang berikut kecuali

a)

amalan yang baik

b)

pekerjaan yang ikhlas

c)

tingkah laku yang baik

d)

kegiatan berjudi yang baik

15.

Berikut merupakan nilai moral yang diajar oleh semua agama kecuali

a)

rasional

b)

toleransi

c)

memberontak

d)

bersyukur

16.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan kepercayaan. Apakah agama rasmi negara?

a)

Agama Sikh

b)

Agama Islam

c)

Agama Buddha

d)

Agama Kristian

17.

Semua kaum di Malaysia dibenarkan untuk menganuti dan mengamalkan ajaran agama masing-masing supaya

a)

boleh mengejek amalan kaum lain

b)

dapat bermegah dengan agama sendiri

c)

boleh menghina amalan agama kaum lain

d)

mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan hidup

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan hidup beragama dan bekepercayaan.

a)

Membentuk manusia berakhlak mulia

b)

Mewujudkan masyarakat yang tidak bertegur sapa

c)

Melahirkan generasi yang memusuhi kaum dan agama lain

d)

Mewujudkan rasa bangga dan megah dengan agama masing-masing

19.

Angelina sangat suka menyampaikan perkara dan hal bermanfaat kepada orang lain. Nada penyampaiannya sangat jelas dan mudah difahami.


Apakah kerjaya yang sesuai bagi Angelina?

a)

Guru

b)

Pegawai tadbir

c)

Jurufoto

d)

Wartawan berita

20.

Antara berikut, yang manakah boleh membantu kita mengenali potensi diri?

a)

Tidak mudah berputus asa

b)

Tidak menerima kekalahan

c)

Tidak boleh menerima kritikan

d)

Tidak berani mengambil risiko

21.

Apakah kesan terhadap ahli keluarga jika nilai kasih sayang tidak diterapkan?

a)

Hidup dengan bahagia

b)

Perpaduan keluarga terjamin

c)

Persefahaman antara anggota keluarga

d)

Tidak wujud sikap hormat-menghormati antara ahli keluarga

22.

Setiap anggota keluarga perlu berusaha untuk

a)

mementingkan diri sendiri

b)

menjaga nama baik keluarga

c)

mengumpul harta diri sendiri sahaja

d)

tidak melibatkan diri dalam membuat keputusan bersama

23.

Apakah kesan terhadap anak-anak yang lahir daripada keluarga yang kurang mesra dan bahagia?

a)

Emosi anak-anak stabil

b)

Tahap pelajaran semakin merosot

c)

Menyayangi ahli keluarga melebihi sahabat

d)

Menjadikan ibu bapa sebagai tempat bergantung

24.

1 Tidak menghormati

2 Suka mengeluh

3 X


X ialah

a)

ponteng sekolah

b)

bertindak rasional

c)

sentiasa tersenyum

d)

prihatin dengan rakan

25.

Antara ciri warga sekolah yang sejahtera adalah

a)

menghormati antara satu sama lain

b)

mengabaikan kebersihan kawasan sekolah

c)

menimbulkan isu sensitif tentang perkauman

d)

melakukan perkara yang berfaedah untuk diri sendiri

26.

Antara kepentingan meningkatkan kesejahteraan sekolah ialah

a)

kesihatan murid terabai

b)

masalah disiplin meningkat

c)

sekolah lebih ceria dan bersih

d)

keselamatan murid terancam

27.

Berikut merupakan kepentingan mengekalkan keselamatan di kawasan kediaman kecuali

a)

gejala sosial dapat dibendung

b)

keselamatan penduduk terjamin

c)

kes rompakan semakin meningkat

d)

aktiviti harian dapat dijalankan dengan lancar

28.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengekalkan keselamatan di kawasan kediaman kecuali

a)

melibatkan diri dengan gotong-royong

b)

mementingkan keselamatan diri sendiri sahaja

c)

meronda kawasan kediaman dengan AJK Rukun Tetangga

d)

menyertai kempen kesedaran untuk menangani gejala sosial

29.

Rukun Tetangga berperanan dalam mengadakan _________________ sekitar taman bagi memastikan persekitaran sentiasa selamat daripada penjahat.

a)

rempuhan

b)

rusuhan

c)

rombongan

d)

rondaan