wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pra UPSR 2 Bahasa Melayu

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Jawab semua soalan.


"__________ akan berangkat bersama-sama dengan Dato' Bendahara Paduka Raja," kata Raja Muda kepada Tun Mamat

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Tuanku

2.

"Walaupun sudah mendapat keputusan yang cemerlang, ibu tidak mahu __________ mudah berpuas hati," kata Puan Faedah kepada anaknya.

a)

saya

b)

kamu

c)

engkau

d)

anda

3.

Adik Amira yang berusia sebelas bulan itu sudah pandai __________.

a)

bertatih

b)

berlari

c)

berjalan

d)

berjengket

4.

Kami sedang memerhatikan akan keindahan matahari yang sedang __________ di ufuk barat.

a)

terjatuh

b)

terbenam

c)

menyingkap

d)

menyingsing

5.

Penyakit kencing manis yang ditanggung oleh Encik Edrus menyebabkan badannya menjadi __________.

a)

susut

b)

sempit

c)

surut

d)

semput

6.

Pekerja-pekerja itu diberi __________ oleh majikan mereka sebagai bayaran ganti rugi.

a)

harta

b)

hadiah

c)

ganjaran

d)

pampasan

7.

Baldi yang penuh berisi air itu tidak __________ olehnya.

a)

terangkat

b)

mengangkat

c)

berangkat

d)

diangkat

8.

Pak Cik Dollah membeli sebuah basikal yang mahal __________ luar negara kepada cucu kesayangannya.

a)

dibuat

b)

membuat

c)

buatan

d)

buatkan

9.

Feri Laksamana itu sentiasa __________ dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi kerana mengangkut para penumpang.

a)

lalu-lalang

b)

turun-naik

c)

ulang-alik

d)

lintang-pukang

10.

" __________ ada kemahuan, kita boleh berjaya dalam segenap bidang," kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya.

a)

Semasa

b)

Semenjak

c)

Sementara

d)

Sekiranya

11.

"Wah, __________ indah pemandangan di kawasan perkelahan ini!" kata Fazrin.

a)

benar sekali

b)

sungguh nian

c)

terlalu paling

d)

sungguh amat

12.

Bola yang dibaling oleh kakak jatuh ke __________ longkang.

a)

sisi

b)

dalam

c)

bawah

d)

penjuru

13.

Wang kertas itu diperbuat daripada bahan yang kalis air agar tidak basah jika terendam di dalam air.


Pilih perkataan seerti bagi kalis.

a)

pejal

b)

tahan

c)

keras

d)

liat

14.

Apakah bahan-bahan yang diperlukan supaya masjid ini lebih kukuh?

a)

Bahan-bahan seperti pasir dan simen memang boleh mengukuhkan masjid ini.

b)

Bahan-bahan yang diperlukan supaya masjid ini lebih kukuh ialah campuran simen dan pasir yang secukupnya.

c)

Masjid ini akan kelihatan lebih kukuh jika dicat dengan warna yang sesuai.

d)

Selain simen dan pasir yang secukupnya, pekerja yang mahir juga diperlukan supaya masjid ini dapat dibina dengan lebih kukuh

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Encik Kasim akan hadir mesyuarat agung itu esok.

b)

Topi keledar abang dimerah dengan cat semula.

c)

Salmah menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.

d)

Johari banyak mengumpul wang-wang kertas lama di dalam album

16.

"__________ bawa beg hitam saya itu dengan segera ke pejabat sekolah," kata Guru Besar kepada Aiman.

a)

Sila

b)

Minta

c)

Jemput

d)

Usah

17.

Nazmi kagum akan sikap Kamil yang gigih berusaha sehingga berjaya dengan cemerlang. Padahal dahulunya dia seorang murid yang lemah dalam pelajaran.

Peribahasa yang sesuai ialah......

a)

bagaimana acuan begitulah kuihnya.

b)

belakang parang kalau diasah

nescaya tajam juga.

c)

di mana bumi dipijak, di situ

langit dijunjung.

d)

masuk telinga kanan, keluar

telinga kiri.

18.

Banyak penduduk yang membangkang pembinaan pusat hiburan di taman perumahan itu.

Pilih perkataan sinonim bagi membangkang.

a)

membantah

b)

mencegah

c)

mencemuh

d)

mengkritik

19.

Pengarang novel itu perlu berfikir dengan kreatif untuk menghasilkan novel yang berkualiti.

a)

Bilakah pengarang itu perlu

berfikir dengan kreatif?

b)

Mengapakah pengarang novel itu

perlu berfikir dengan kreatif?

c)

Siapakah yang perlu menghasilkan

novel yang berkualiti?

d)

Bagaimanakah novel yang berkualiti

boleh dihasilkan?

20.

Sepak raga merupakan salah satu permainan tradisional yang perlu dikekalkan dan dimainkan oleh generasi kini.

a)

Generasi kini perlu mengekalkan dan memainkan permainan tradisional sebagai salah satu permainan sepak raga.

b)

Salah satu permainan sepak raga daripada tradisional perlu dikekalkan dan dimainkan oleh generasi kini.

c)

Sepak raga dan tradisional perlu dikekalkan dan dimainkan oleh generasi kini sebagai salah satu permainan.

d)

Generasi kini perlu mengekalkan dan memainkan sepak raga sebagai salah satu permainan tradisional.

21.

Langit gelap alamat hujan akan turun. __________, dia berjalan cepat-cepat menuju ke rumahnya

a)

Namun begitu

b)

Oleh sebab itu

c)

Tambahan pula

d)

Walau bagaimanapun

22.

Kejayaan sekolah itu dalam permainan hoki pada tahun ini agak memuaskan. __________, mutu permainan beberapa pemain harus dipertingkat.

a)

Jika demikian

b)

Oleh sebab itu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Namun demikian

23.

Adik memang __________ kerana dia tetap bersabar walaupun diejek.

a)

telinga tempayan

b)

telinga lintah

c)

telinga kuali

d)

telinga nipis

24.

Pilih ayat yang betul.

a)

Zamri belajar bersungguh-sungguh supaya lulus di dalam peperiksaan.

b)

Berapa batang pokok telah tumbang disebabkan ribut malam semalam.

c)

Malik menggunakan pengasah pensel untuk menajamkan penselnya.

d)

Pihak bomba bertungkus-lumus seraya api dapat dipadamkan.

25.

Pilih ayat yang betul

a)

Adik tidak gemar dengan makanan yang manis-manis.

b)

Rozi sedang mengeluarkan buku teks dari dalam beg sekolahnya.

c)

Doktor Hadi sedang menyampaikan ceramah akan penjagaan gigi.

d)

Sumbangan derma itu akan diserahkan untuk penghuni rumah anak-anak yatim.