wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bahasa melayu spm tingkatan 5

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi berikut.


Sekiranya orang orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan.

(a)  

2.

Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi berikut.


Orang lain bersusah payah mengerjakannya tetapi orang lain pula yang mendapat nama.

(a)  

3.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa "Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya".

a)

Bersatu teguh bercerai roboh

b)

Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

4.

Berikan maksud peribahasa "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".

a)

Melakukan sesuatu yang sukar, lama-kelamaan berjaya juga jika tekun melakukannya

b)

Manusia akan menjadi kuat jika bekerjasama/bersatu padu

c)

Sifat seseorang yang tidak jauh bezanya dengan sifat orang tuanya

d)

Mengikut adat di tempat orang dengan baik

5.

Berdasarkan maksud peribahasa "Orang yang sengaja mencari susah atau bahaya". Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa yang diberikan.

a)

Kecil-kecil menjadi anak, besar-besar menjadi onak

b)

Tiada beban batu digalas

c)

Bapa borek anak rintik

d)

Bagai inai dengan kuku

6.

Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud peribahasa "Orang yang kurang pandai, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga".

a)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

b)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

c)

Belakang parang jika diasah nescaya akan tajam

d)

Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa

7.

Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa " Menurut sahaja kehendak orang lain".

a)

Anjing menyalak tiada mengigit

b)

Seperti musang berbulu ayam

c)

Anjing ditepuk menjungkit ekor

d)

Seperti kerbau dicucuk hidung

8.
setelah mendengar berita kematian kedua dua ibu bapanya,Hasyimmah menangis tanpa henti bak........
a)
bak delima merekah 
b)
bak padi,makin berisi makin menunduk
c)
bak perahu,berat sebelah 
d)
bak manik putus tali
9.
"hati-hati apabila berkawan dengan Murad.dia tu ........ Aku pernah melihat dia bersama-sama dengan mat rempit malam miunggu yang lalu."kata mak limah .
a)
laksana garam dengan asam 
b)
laksana pohon kayu tidak berbuah 
c)
laksana bunga dedap,merah warnanya berbau tidak
d)
ibarat ayam tiada kais tiada makan
10.
perbuatan budak-budak tersebut bermain bola  di tepi jalan bagai......... 
a)
bagai berumah ditepi pantai 
b)
bagai abu di atas tunggul
c)
bagai ayam di sambar helang 
d)
bagai air di daun keladi