wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tahun 4 ( 18 DIS 2020)

Total questions: 100

Worksheet time: 59mins

Name
Class
Date
1.
Bagi memastikan pelaksanaan sistem pentadbiran yang sistematik, tokoh ini perlu berbincang dengan para pembesar Melaka. 

Siapakah tokoh yang dimaksudkan?
a)
Bendahara
b)
Sultan
c)
Laksamana
d)
Kerabat diraja
2.
Tokoh ini bertanggungjawab dalam memimpin angkatan perang. Nyatakan tokoh tersebut. 
a)
Bendahara
b)
Sultan
c)
Laksamana
d)
Kerabat diraja
3.
Peranan Sultan sebagai ketua agama jelas dibuktikan dengan tugasnya menjadi _____ untuk menunaikan solat.
a)
Bilal
b)
Muazzin
c)
Khatib
d)
Imam
4.
"Hamba telah dianugerahkan watikah semasa menjadi diplomat asing ke Melaka tempoh hari. Tahukah anda siapakah yang telah menganugerahkan watikah itu kepada hamba?" tanya Judith Roald.
a)
Imam
b)
Penghulu Bendahari
c)
Sultan
d)
Permaisuri
5.
Tokoh ini berperanan penting menyumbang kepada keputusan Sultan berkaitan bidang pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Siapakah tokoh yang berkenaan?
a)
Bendahara
b)
Temenggung
c)
Laksamana
d)
Sultan
6.
Tuan Sheikh: Saya baru sampai ke Melaka. Saya amat risau akan keselamatan saya dan barang dagangan saya sepanjang berada di sini.
Tuan Lim: Jangan risau. ________ ada untuk menjamin keselamatan para pedagang luar seperti kita.

Jawapan yang sesuai untuk ruang kosong di atas adalah,
a)
Bendahara
b)
Temenggung
c)
Sultan
d)
Laksamana
7.
Sebagai ketua kerajaan, adalah penting bagi _____ untuk memastikan kesejahteraan serta keselamatan rakyat terjamin.
a)
Permaisuri
b)
Penghulu Bendahari
c)
Laksamana
d)
Sultan
8.
Saudagar asing: Jika Sultan Melaka gering, siapakah yang memangku jawatan tersebut?
Rakyat tempatan: _____ ialah tokoh yang akan memainkan peranan itu.
a)
Putera raja
b)
Bendahara
c)
Laksamana
d)
Ketua kampung
9.
Keselamatan laluan perairan Melaka merupakan antara faktor kegemilangan perdagangan di Melaka.

Siapakah tokoh yang telah menyumbang kepada keamanan perdagangan ini? 
a)
Laksamana
b)
Bendahara
c)
Temenggung
d)
Kerabat diraja
10.
Pada pandangan anda, apakah rasional Sultan menerima kedatangan pedagang luar ke Melaka.
a)
Memajukan perdagangan di Melaka
b)
Menjadi penasihat pentadbiran
c)
Meluaskan jajahan takluk
d)
Membantu mengembangkan agama
11.
Kerajaan Beruas wujud selepas kemerosotan 
a)
Temasik
b)
Melaka
c)
Gangga Negara
d)
Chih-Tu
12.
Yang manakah, BUKAN arah mata angin?
a)
Barat Daya
b)
Barat Laut
c)
Timur Laut
d)
Timur Daya
13.
Apakah Flora dan Fauna?
a)
Tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
b)
Sejenis rumpai laut.
c)
Nama kapal pedagang dari India.
d)
Manusia zaman batu.
14.
Berikut adalah keunikan kerajaan Melayu Awal kecuali....
a)
kedudukannya erlindung dari tiupan angin monsun.
b)
airnya yang cetek.
c)
laluan penting pedagang.
d)
selat terpanjang didunia
15.
Kerajaan Gangga Negara terletak berhampiran dengan
a)
Sungai Nipah
b)
Sungai Batu
c)
Sungai Dinding
d)
Sungai Pahang
16.
Temasik diasaskan oleh
a)
Sang Kakala
b)
Sang Suri
c)
Sang Sapurba
d)
Sang Nila Utama
17.
Kerajaan Chih-Tu diasaskan oleh
a)
Parameswara
b)
Raja Gautama
c)
Sang Nila Utama
d)
Puteri Santubong
18.
Kerajaan Kedah Tua terletak di
a)
Lembah Bujang
b)
Gua Niah
c)
Gangga Negara
d)
Gunung Jerai
19.
Kerajaan Kedah Tua dikatakan wujud pada abad ke
a)
3 Masihi
b)
4 Masihi
c)
5 Masihi
d)
6 Masihi
20.

Mengapakah tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia?

a)

Kerana manusia boleh berbangga dengan kecantikan rumah masing-masing.

b)

Kerana manusia dapat hidup dalam keadaan selamat di dalam rumah.

c)

Kerana rumah mempunyai bekalan elektrik.

d)

Kerana senang menyimpan barang-barang di dalam rumah.

21.

1) Nombor Rumah

2) Nama Jalan

3) _____________

4) Nama Bandar

5) Nama Negeri

Maklumat nombor tiga ialah _____________.

a)

nombor telefon

b)

nombor baris

c)

keluasan

d)

poskod

22.

Aplikasi berikut memerlukan alamat lengkap untuk memastikan urusan yang lancar KECUALI

a)
b)
c)
d)
23.

Perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai. Pernyataan tersebut merujuk kepada kemudahan awam seperti ________.

a)

jalan raya

b)

panggung wayang

c)

stadium tertutup

d)

rumah teres

24.

Ahmad tinggal di negeri Terengganu yang terkenal dengan kawasan _____________.

a)

perlindungan orang utan

b)

penternakan ikan patin

c)

pelabuhan yang sibuk

d)

penyu bertelur

25.

Terdapat pelbagai jenis bentuk muka bumi seperti kawasan tanah tinggi, tanah __________, pesisir laut dan pinggir sungai.

a)

rata

b)

pamah

c)

rendah

d)

penyu bertelur

26.

Bentuk muka bumi tersebut ialah ___________.

a)

tanah tinggi

b)

hutan belantara

c)

pinggir sungai

d)

tanah pamah

27.

Rina tinggal di Johor Bahru, Johor. Apakah keunikan tempat tinggal Rina?

a)

Mempunyai banyak pasaraya membeli belah.

b)

Mempunyai Tambak Johor yang bersambung dengan Singapura.

c)

Memiliki kawasan tanah tinggi yang sesuai untuk tanaman strawberi

d)

Banyak kedai makan.

28.

Tanaman komersial seperti kelapa sawit dijalankan di kawasan bentuk muka bumi yang sesuai iaitu ______________.

a)

tanah tinggi

b)

pesisir laut

c)

tanah pamah

d)

berbukit-bukau

29.

Florence tinggal di Miri, Sarawak. Terdapat industri __________ yang menyebabkan kawasan tempat tinggalnya berkembang maju.

a)

petroleum

b)

padi

c)

elektronik

d)

pelancongan

30.

Bentuk muka bumi tersebut sesuai untuk aktiviti penanaman padi iaitu ___________.

a)

tanah berpaya

b)

tanah berair

c)

tanah pamah

d)

tanah rendah

31.

Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai sejarah dan ___________penting yang pernah berlaku untuk diingati dan dipelajari.

a)

bangunan

b)

aktiviti

c)

lokasi

d)

peristiwa

32.

Nama Tanjung Puteri merupakan nama asal __________ selepas ditukar oleh Sultan Abu Bakar.

a)

Kota Bharu

b)

Wakaf Bharu

c)

Johor Bahru

d)

Kampung Baru

33.

Kuala Lumpur dahulunya terkenal sebagai tempat ___________ bijih timah.

a)

penjualan

b)

perlombongan

c)

penghasilan

d)

penghantaran

34.

________________ terkenal sebagai lokasi pelancongan dan lagenda Mahsuri.

a)

Pulau Sipadan

b)

Pulau Pangkor

c)

Pulau Langkawi

d)

Pulau Redang

35.

Tokoh setempat ialah individu yang banyak menyumbang _________ dan bakti kepada komuniti.

a)

wang

b)

harta

c)

suara

d)

jasa

36.

Sebagai jiran yang baik hati, apakah tindakan anda sekiranya jiran anda ditimpa masalah?

a)

Mendiamkan diri.

b)

Menyebarkan kisah mereka kepada orang lain.

c)

Mengejek kekurangan mereka.

d)

Membantu mereka sedaya upaya.

37.

Apakah tanda penghargaan kita terhadap tokoh setempat?

a)

Memberi sokongan moral terhadap usaha mereka.

b)

Menghalang aktiviti mereka.

c)

Menyebarkan maklumat palsu.

d)

Menghasut orang lain untuk membenci mereka.

38.

Gambar menunjukkan antara tokoh-tokoh setempat yang banyak menyumbang jasa kepada orang ramai. Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada sifat mereka?

a)

Kita mestilah membazir harta benda kita.

b)

Kita hendaklah berbuat baik tanpa mengira latar belakang seseorang.

c)

Kita mesti berusaha mengenali ramai orang

d)

Janganlah kita memandang rendah orang lain.

39.

Tokoh di dalam gambar bertugas sebagai malim gunung di Gunung Kinabalu. Pelbagai jasa yang disumbangkan oleh beliau KECUALI

a)

membantu menebang pokok balak yang besar.

b)

menjaga keselamatan pendaki.

c)

mempromosikan kawasan ekopelancongan.

d)

membantu dalam penjagaan alam sekitar di Taman Negara Kinabalu.

40.

Sumber sejarah ialah sumber yang memberikan maklumat yang ________________ tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku.

a)

salah

b)

tepat

c)

menipu

d)

belum berlaku

41.

Mengapakah bentuk muka bumi berubah-ubah mengikut zaman?

a)

Turun hujan yang banyak

b)

Perubahan Cuaca

c)

Gempa bumi

42.

Apakah maksud Zaman Air Batu?

a)

Zaman air batu meliputi bumi.

b)

Bumi dipenuhi air.

c)

Bumi dipenuhi batu batan.

43.

Bagaimanakah bentuk muka bumi sebelum fasa pencairan air batu?

a)

Tiada kawasan berair.

b)

Kawasan daratan lebih luas dari lautan dan sungai.

c)

Seluruh bumi dilitupi ais.

44.

Berapakah bilangan benua yang ada di bumi ini?

a)

6

b)

7

c)

8

45.

Apakah Glasier?

a)

Timbunan ketulan ais

b)

Ketulan besar ais yang terapung di atas permukaan laut

c)

Timbunan ais besar yang bergerak menuruni cerun-cerun ke laut.

46.

Tanah Melayu , Pulau Jawa dan Mindanao merupakan sebahagian daripada _____

a)

Kepulauan Melayu

b)

Kepulauan India

c)

Kepulauan Inggeris

47.

Berikut merupakan tujuh lautan yang terdapat di bumi ini kecuali ______

a)

Lautan Hindi

b)

Lautan Artik

c)

Lautan Selat Melaka

48.

Berikut adalah kebaikan hutan kepada hidupan di bumi kecuali ________

a)

Menjadi tempat tinggal kepada haiwan

b)

Tumbuhan di hutan membekalkan Oksigen kepada hidupan.

c)

Kawasan hutan menyebabkan suhu bumi meningkat.

49.

Apakah kebaikan lapisan ozon kepada bumi?

a)

Memberi banyak Oksigen

b)

Melindungi dari pancaran UV

c)

Melindungi bumi dari kepanasan matahari

50.

Pembuangan sampah sarap di merata tempat akan menyebabkan _________

a)

Suhu Bumi meningkat

b)

Pencemaran alam sekitar

c)

Pemandangan yang tidak cantik

51.

Pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman merupakan suatu ______.

a)

sejarah

b)

dongeng

c)

filem fiksyen

d)

khabar angin

52.

Tokoh tersebut ialah

a)

Ibnu Khaldun

b)

E. H. Car

c)

Herodotus

d)

Yusof Ibrahim

53.

Berikut merupakan peristiwa bersejarah kecuali

a)

Perang Dunia Ke-2

b)

Pengisytiharaan Kemerdekaan

c)

pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

d)

majlis hari lahir rakan-rakan

54.

X ialah

a)

sumber manusia

b)

sumber sekunder

c)

sumber pertama

d)

sumber maklumat

55.

Objek di atas merupakan sumber primer/pertama iaitu ________.

a)

fosil

b)

monumen

c)

artifak

d)

manuskrip

56.

Penemuan rangka ______________ merupakan bukti kewujudan zaman prasejarah.

a)

Perak Man

b)

CIcak Man

c)

Kedah Man

d)

IP Man

57.

Sumber primer berada dalam bentuk asal dan belum diolah. Berikut merupakan sumber primer KECUALI

a)

tulang manusia purba

b)

buku teks Sejarah

c)

duit syiling lama

d)

dokumen rasmi

58.

Akhbar, buku dan risalah merupakan _______________ kerana telah diolah daripada sumber asal

a)

sumber primer

b)

sumber sekunder

c)

sumber bertulis

d)

sumber berwarna

59.

Pelbagai kaedah digunakan untuk mendapatkan maklumat sejarah iaitu ___________, kaedah lisan, dan kaedah bertulis

a)

kaedah rakaman

b)

kaedah temu bual

c)

kaedah arkeologi

d)

kaedah kitar semula

60.

Maklumat diperoleh daripada dinding gua, kayu, batu dan bahan bercetak. Perkara tersebut ialah salah satu kaedah penyelidikan sejarah iaitu ____________.

a)

kaedah arkeologi

b)

kaedah bertulis

c)

kaedah lisan

d)

kaedah seni

61.

Pertama: Kenal pasti orang sumber dan sediakan soalan berkaitan

Kedua: Temu bual dan rakam perbualan

Ketiga: Menyalin rakaman, simpan data dan buat penulisan

Langkah-langkah di atas berkaitan dengan kaedah _______.

a)

arkeologi

b)

lisan

c)

bertulis

d)

rakaman

62.

Para sejarawan menggunakan turutan masa untuk mengkaji peristiwa sejarah. Turutan masa juga dikenali sebagai ____________.

a)

kronologi

b)

meteorologi

c)

psikologi

d)

antropologi

63.

Pilih pernyataan yang betul berdasarkan gambar di atas.

a)

Dekad adalah lebih pendek tempoh masanya berbanding abad.

b)

Zaman Masihi lebih adalah lebih lama berbanding Zaman Sebelum Masihi.

c)

Dekad adalah tempoh masa 100 tahun

d)

Alaf adalah tempoh masa 1000 tahun

64.

1) Prasekolah

2) UPSR

3) Bayi

4) SPM

5) PT3

Susun nombor-nombor di atas mengikut susunan masa yang betul.

a)

1-3-2-5-4

b)

3-1-2-5-4

c)

3-1-2-4-5

d)

1-2-4-3-5

65.

Apabila mengkaji peristiwa sejarah, 'X' dan akibat juga akan dititikberatkan oleh para sejarawan. 'X' ialah ___________.

a)

pelaku

b)

sebab

c)

lokasi

d)

masa

66.

Ruang dan _____ sangat penting kerana dapat memudahkan kita memahami peristiwa sejarah yang telah berlaku

a)

jam

b)

pelaku

c)

masa

d)

tahun kejadian

67.

Bahan-bahan sejarah boleh ditemui di tempat-tempat berikut KECUALI

a)

arkib

b)

taman tema

c)

muzium

d)

perpustakaan

68.

Peristiwa bersejarah penting agar manusia __________.

a)

mengambil kesempatan terhadap kejadian yang telah berlaku

b)

menjadikan sesuatu peristiwa sebuah filem

c)

membuat laporan palsu

d)

mengambil iktibar dan pengajaran

69.

Sebagai sejarawan kanak-kanak, apakah perkara yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian?

a)

Menulis lagu kegemaran di dalam buku diari

b)

Berkongsi gambar makanan di aplikasi media sosial

c)

Mengumpul setem yang menarik

d)

Menyimpan gambar aktiviti bersama keluarga

70.

Apakah tujuan utama penubuhan sekolah?

a)

Untuk berkenalan dengan rakan baharu

b)

Untuk bersukan dengan aktif

c)

Untuk menimba ilmu

d)

Untuk mendapatkan buku teks

71.

Di sekolah, kita berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti berikut KECUALI

a)

kejohanan olahraga

b)

pertandingan bercerita

c)

nyanyian

d)

lumba haram

72.

Antara identiti sekolah ialah ________.

a)

nama guru besar

b)

nama sekolah

c)

nama Yang di-Pertua PIBG

d)

nama ketua pengawas sekolah

73.

Nama sekolah biasanya diambil sempena nama tempat, jalan atau ___________ yang terkenal.

a)

artis

b)

pelakon

c)

tokoh

d)

bangunan

74.

Apakah tujuan alamat sekolah diwujudkan?

a)

Memudahkan jurujual untuk datang

b)

Membolehkan orang awam menghantar kad raya

c)

Memudahkan orang yang mencari sekolah

d)

Untuk dijadikan lokasi orang awam berkumpul

75.

Antara sumber-sumber sejarah ialah sumber primer. Apakah maksud sumber primer?

a)

Sumber yang dahulu.

b)

Sumber yang boleh dipercayai.

c)

Sumber yang diubahsuai.

d)

Sumber asal.

76.

Sumber sejarah terbahagi kepada berapa?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

d)

Empat

77.

Yang manakah bukan sumber Primer

a)

Manuskrip

b)

Artifak

c)

Dokumen rasmi

d)

Majalah

78.

Berikut merupakan sumber sekunder, kecuali:

a)
b)
c)
d)
79.

Apakah sumber sejarah gambar di atas?

a)

sumber primer

b)

sumber sekunder

c)

sumber ketiga

d)

sumber keempat

80.

Sumber primer dikenali sebagai sumber ____________?

a)

sumber ketiga

b)

sumber kedua

c)

sumber pertama

d)

sumber kelima

81.

"Tindakan manusia dan sebab-sebab yang dilakukan oleh mereka" ialah takrifan sejarah oleh .....

a)

Ibn Khaldun

b)

Kamus Dewan

c)

Herodatus

d)

Prof Diraja Ungku Aziz

82.
Apakah yang dimaksudkan dengan 'Sumber Pertama'?
a)
Sumber ilahi
b)
Sumber alam
c)
Sumber yang belum ditafsir,diolah atau dicetak.
d)
Sumber yang didapati dari temubual.
83.
Antara berikut, yang manakah BUKAN tokoh-tokoh yang menulis sejarah awal negara kita?
a)
Hang Tuah
b)
Tun Sri Lanang
c)
Raja Ali Haji
d)
Abdul Hadi Hassan
84.
Apa itu Kronologi Masa?
a)
Masa lalu.
b)
Perkara yang lepas.
c)
Urutan masa.
d)
Kitaran alam.
85.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Artifak"?
a)
Barang tinggalan yang dicipta oleh manusia.
b)
Naskhah tulisan tangan.
c)
Contengan pada dinding gua oleh manusia lampau.
d)
Sumber lisan seperti rakaman.
86.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri-ciri Candi Lembah Bujang.

a)

Binaan batu-bata bertarikh 110 SM

b)

Binaan berasaskan agama Islam.

c)

Binaan tertua di Asia Tenggara

d)

Berkaitan dengan kerajaan Srivijaya

87.
PERKARA BERIKUT TERDAPAT DALAM SIJIL KELAHIRAN, KECUALI...
a)
NAMA
b)
NOMBOR TELEFON
c)
JANTINA
d)
TEMPAT KELAHIRAN
88.
SIAPAKAH KETUA DI SESEBUAH SEKOLAH ?
a)
GURU BESAR
b)
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
c)
PENOLONG KANAN HEM
d)
KETUA KELAS
89.

GAMBAR BERIKUT MERUPAKAN ______________ .

a)

BENDERA SEKOLAH

b)

LENCANA SEKOLAH

c)

SEKOLAH

d)

PAPAN TANDA SEKOLAH

90.
APAKAH MAKSUD BIODATA ?
a)
MAKLUMAT TENTANG KELUARGA
b)
SIJIL RASMI
c)
MAKLUMAT RINGKAS SESEORANG
d)
PENGENALAN DIRI SESEORANG
91.
PENDUDUK DI KAWASAN PESISIR PANTAI BEKERJA SEBAGAI APA?
a)
MENANGKAP IKAN DAN HASIL LAUT
b)
BURUH
c)
MENEBANG POKOK
d)
PENIAGA 
92.
SIAPAKAH PAHLAWAN TERKENAL DI PASIR SALAK ?
a)
TOK JANGGUT
b)
DATO' BAHAMAN
c)
J.W.W BIRCH
d)
DATO' MAHARAJALELA
93.

Maksud sejarah mengikut Kamus Dewan

a)

Tentang peradaban manusia

b)

Tentang proses interaksi antara manusia

c)

Peristiwa yang benar- benar berlaku pada masa lalu

d)

Peristiwa yang bakal berlaku

94.

Berikut adalah ahli anggota keluarga asas kecuali

a)

Ibu

b)

Ayah

c)

Datuk

d)

Kakak

95.

Keluarga dan rakan- rakan merupakan individu penting dalam kehidupan manusia.Apakah akan berlaku tanpa mereka di sisi

a)

Berasa sunyi

b)

Hidup bebas

c)

Pergerakan terbatas

d)

Ketakutan luar biasa

96.

Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa a.s dikenali sebagai zaman?

a)

Zaman Firaun

b)

Zaman selepas masihi

c)

Zaman kegemilangan islam

d)

Zaman sebelum masihi

97.

Yang manakah kepentingan menjaga alam sekitar

a)

alam sekitar tidak terpelihara

b)

Suhu tidak akan meningkat

c)

Bumi akan tercemar

d)

Bumi tidak akan bersih

98.

Borneo merupakan

a)

kerajaan melayu awal

b)

selat terpanjang dunia

c)

pulau ketiga terbesar dunia

d)

pelabuhan terkenal

99.

Bagaimanakah pedagang mendapat petunjuk untuk singgah di pelabuhan Kedah Tua?

a)

Pokok Beruas

b)

Tanah Merah

c)

Gunung Jerai

d)

Bijih besi

100.

Mengapakah sultan menghawini puteri dari negeri lain?

a)

Bagi memastikan keselamatan dan keamanan negeri

b)

Bagi melaksanakan sistem pemerintahan

c)

Menjalin hubungan antarabangsa

d)

Memerintah negeri tersebut