wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA MEN.RENDAH S4

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Dia terkejut bila memperdengarkan berita itu.

a)

mendengar berita itu

b)

bila mendengar berita itu

c)

apabila mendengar berita itu

d)

bila memperdengarkan berita itu

2.

Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

b)

menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

c)

menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

d)

menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

3.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.

a)

Tiap-tiap warganegara-warganegara

b)

Tiap-tiap warganegara

c)

Setiap orang warganegara

d)

Tiap warganegara

4.

Datuk Nicol Ann David telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak dari bangku sekolah lagi.

a)

sejak di bangku sekolah lagi

b)

sejak bangku sekolah lagi

c)

sejak daripada bangku sekolah lagi

d)

sejak dari bangku sekolah lagi

5.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Penduduk di negara ini sama ada di bandar atau desa perlu bersatu padu

a)

sama ada bandar atau desa

b)

sama ada di bandar atau di desa

c)

sama ada penduduk-penduduk bandar atau desa

d)

sama ada di bandar atau desa

6.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

a)

Jasa Cikgu Zainab tetap segar dalam ingatan anak-anak muridnya.

b)

Tulisan Fahmi segar dan memudahkan guru kelas untuk membacanya.

c)

Pokok-pokok yang yang ditanam oleh ayah di kebun sungguh segar.

7.

Tidak ada seorang pun daripada lima orang anak Encik Majid yang mengikuti jejaknya menjadi peguam. Sebaliknya mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza.

Keadaan ini sesuai dengan peribahasa yang berikut kecuali

a)

lain padang lain belalang.

b)

rambut sama hitam, hati lain-lain.

c)

bagaimana acuan begitulah kuihnya.

d)

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

8.

Majalah-majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca. Tiada kesalahan.

a)

Majalah-majalah

b)

bertimbun-timbun

c)

kami baca.

d)

Tiada kesalahan.

9.

Sultan Zanariah akan berangkat untuk bercemar duli dalam majlis jamuan diraja yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.

a)

berangkat

b)

bercemar duli

c)

jamuan

d)

Tiada kesalahan

10.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan salah

a)

Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.

b)

Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.

c)

Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.

d)

Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.

11.

Kenal pasti pola ayat berikut.


Program Jom Kitar Semula itu anjuran Persatuan Penduduk Taman Murni.

a)

Frasa Kerja + Frasa Nama

b)

Frasa Nama + Frasa Nama

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi

12.

Kenal pasti pola ayat berikut.


Bangunan bersejarah itu di daerah Lumut.

a)

Frasa Nama + Frasa Kerja

b)

Frasa Nama + Frasa Nama

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi

13.

Kenal pasti pola ayat berikut.


Langit hari ini cerah sekali.

a)

Frasa Nama + Frasa Kerja

b)

Frasa Nama + Frasa Nama

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

Frasa Kerja + Frasa Kerja

14.

Kenal pasti pola ayat berikut.


Cikgu Hasnul memberikan ucapan.

a)

Frasa Nama + Frasa Kerja

b)

Frasa Nama + Frasa Nama

c)

Frasa Sendi + Frasa Kerja

d)

Frasa Kerja + Frasa Kerja

15.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

Ayah terkejut apabila enjin keretanya berhenti secara tiba-tiba.

b)

Kenny berhenti kerja di syarikat itu kerana dia menghadapi masalah kesihatan.

c)

Puan Devi berhenti keretanya di tepi jalan kerana hendak membeli buah.

d)

Projek pembinaan itu berhenti kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

16.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


"Marilah kita menjayakan Karnival Bahasa peringkat sekolah pada minggu hadapan,"ujar pengetua kepada murid-murid.

a)

Pengetua berharap agar murid-murid dapat menyertai Karnival Bahasa pada minggu yang akan datang.

b)

Pengetua mengajak murid-murid menjayakan Karnival Bahasa peringkat sekolah pada minggu yang akan datang.

c)

Pengetua berharap agar Karnival Bahasa dapat dianjurkan oleh murid-murid dengan jayanya pada minggu yang akan datang.

d)

Pengetua menggalakkan murid-murid untuk mengambil bahagian dalam Karnival Bahasa pada minggu akan datang.

17.

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan .....................dapat meringankan beban mangsa gempa bumi itu.

a)

seelok-eloknya

b)

sebaik-baiknya

c)

setidak-tidaknya

d)

seboleh-bolehnya

18.

Idham menyatakan keinginannya untuk memiliki rumah itu kepada Azhar.

a)

A ”Aku pasti akan membeli rumah itu, Azhar,” kata Idham.

b)

B “Suatu hari, aku pasti akan memiliki rumah itu,” kata Idham kepada Azhar.

c)

C “Aku berhajat untuk memiliki rumah itu,” kata Idham kepada Azhar.

d)

D “Rumah itu sudah menjadi milikku,” tegas Idham kepada Azhar.

19.

Yang manakah mempunyai kesalahan tatabahasa?


Cikgu Malisa meminta saya berjumpa dengan Pengetua bila beliau datang ke sekolah nanti.

a)

meminta

b)

berjumpa dengan

c)

bila

d)

tiada kesalahan

20.

Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan.

a)

A Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau.

b)

B Buah limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan.

c)

C Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C.

d)

D Kesihatan buah limau ialah Vitamin C.