NEW
Font size
WorksheetsBiologi Tingkatan 4 KSSM: Tema 1
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Ahli virologi mempunyai kepakaran dalam bidang ___________.
makanan
penyakit
hidupan laut
ekosistem
Teknik pengkulturan tisu memerlukan persekitaran yang steril. Peralatan yang manakah diperlukan untuk menjalankan pengkuturan tisu ?
Stesen pancuran keselamatan
Kabinet keselamatan biologi
Kebuk wasap
Kabinet aliran lamina
Rajah menunjukkan tumpahan merkuri yang berlaku di dalam makmal. Bahan apakah yang perlu anda gunakan untuk menyekat tumpahan merkuri dari terus merebak ?
Pasir
Sulfur
Sodium hidrogen karbonat
Kalsium karbonat
Proses pembahagian nukleus dikenali sebagai?
Pembahagian Nukleus
Sitokinesis
Kariokinesis
Sinapsis
Organel apakah yang terlibat dalam pembentukan gentian gelendong?
Kiasma
Sentromer
Sentriol
Mitokondrion
Apakah organel yang terdiri daripada protein dan asid ribonukleik?
Ribosom
Nukleus
Jasad Golgi
Jalinan endoplasma kasar
Mengapakah mitokondrion terdapat banyak dalam sel sperma?
untuk mensintesis lebih banyak protein
untuk menembusi membran oosit sekunder bagi persenyawaan
untuk menjana lebih banyak tenaga berenang dengan laju
untuk mengsintesiskan lebih banyak sperma
Manakah yang berikut bukan tisu asas bagi tumbuhan?
Tisu parenkima
Tisu kolenkima
Tisu meristem
Tisu sklerenkima
DNA disintesis apabila DNA dalam nukleus menjalani replikasi. Setiap kromosom mengganda menjadi 2 kromatid seiras.
Perkara ini berlaku dalam
M
G1
S
G2
Manakah antara beriku adalah susunan kitar sel yang betul?
M > G1 > G2 > Sitokinesis
G1 > S > G2 > Sitokinesis
G1 > S > G2 > M
G1 > S > M > Sitokinesis
Gambarajah menunjukkan pembahagian sel secara mitosis. Apakah peringkat pembahagian yang ditunjukkan?
Profasa
Anafasa
Telofasa
Metafasa
Gambarajah menunjukkan suatu fasa dalam proses mitosis. Apakah yang TIDAK berlaku dalam fasa ini?
Membran nukleus terurai
Nukleolus mula terbentuk
Kromatin mula memendek dan menebal
Sentriol berpindah ke kutub bertentangan
* Manakah antara berikut sel yang sedang menjalankan meiosis?
Rajah menunjukkan suatu proses dalam meiosis. Nyatakan fasa pembahagian ini
Anafasa I
Telofasa I
Anafasa II
Telofasa II
Jika 20 kromosom berada didalam satu nukleus sebelum mitosis, berapakah bilangan kromosom sel anak yang akan terhasil selepas sitokinesis?
10
20
40
2
Manakah antara berikut adalah hasil daripada proses mitosis bagi suatu sel yang mempunyai bilangan kromosom 2n = 4?
2 sel anak yang diploid
4 sel anak yang diploid
2 sel anak yang haploid
4 sel anak yang haploid
Pilih jawapan yang betul.
A
B
C
D
Apakah bahagian-bahagian yang membentuk molekul fosfolipid ?
Kepala dan ekor berkutub
Kepala dan ekor tidak berkutub
Kepala tidak berkutub, ekor berkutub
Kepala berkutub, ekor tidak berkutub
Yang manakah bukan contoh molekul tidak berkutub?
Karbon dioksida
Gliserol
Vitamin larut lemak (A, D, E, K)
Sebatian steroid
Yang manakah antara pengangkutan berikut memerlukan protein pembawa ?
Resapan air
Resapan ringkas
Osmosis
Resapan berbantu
Apabila sel tumbuhan dimasukkan ke dalam larutan hipotonik, air meresap ke dalam vakuol secara osmosis. Ini menyebabkan vakuol _____________ dan menolak sitoplasma serta membran plasma ke dinding sel.
mengembang
pecah
mengecut
segah
Berdasarkan hipotesis mangga dan kunci, enzim diwakili oleh ______
kunci
mangga
enzim
substrat
___________ ialah tenaga yang diperlukan untuk memecahkan ikatan dalam molekul substrat sebelum tindak balas boleh berlaku.
Tenaga kinetik
Tenaga pengaktifan
Tenaga haba
Tenaga pasif
Apabila suhu meningkat, tenaga kinetik molekul substrat dan enzim turut meningkat. Ini ________ frekuensi perlanggaran berkesan antara molekul substrat dan enzim.
meningkatkan
merendahkan
menyamakan
membezakan
Pada suhu _______, enzim ternyahasli.
40oC
50oC
60oC
70oC
Perubahan nilai pH mengubah cas tapak aktif enzim dan permukaan substrat. Ini menyebabkan __________ tidak dapat dibentuk.
produk
bahan
kompleks enzim-substrat
kompleks substrat
Sekiranya kepekatan enzim ditetapkan manakala kepekatan substrat ditambah maka kadar tindakbalas yang dikawal oleh enzim akan ________ dan seterusnya produk yang terbentuk _________
meningkat, tetap
meningkat, bertambah
meningkat, berkurang
berkurang, berkurang
Apabila kepekatan enzim _______, kadar tindak balas enzim akan ________ kerana kehadiran lebih _____ tapak aktif yang tersedia untuk tindakan pemangkinan.
ditambah, berkurang, banyak
ditambah, meningkat, banyak
dikurangkan, meningkat, banyak
Apakah kegunaan enzim amilase, lipase, protease dan selulase dalam kehidupan seharian ?
perubatan
bio detergen
Industri produk kulit
Menghasilkan susu bebas laktosa
Apakah enzim yang digunakan untuk mengeluarkan bulu daripada kulit haiwan?
Enzim erepsin
Enzim renin
Enzim tripsin
Enzim protease
Apakah tujuan meiosis?
menghasilkan sel baharu
menggantikan sel yang rosak
menghasilkan gamet
menghakiskan sel yang mati
Manakah antara berikut adalah sebatian bukan organik?
Rajah menunjukkan kekutuban bagi suatu molekul air.
Apakah kesan taburan cas-cas yang tidak sama?
Molekul air dapat bertindak sebagai pelarut universal.
Air mempunyai ketumpatan yang sama dalam bentuk pepejal atau cecair.
Air tidak dapat melarutkan molekul berkutub yang lain contohnya gula
Air membentuk suatu medium untuk mengangkut darah.
Antara yang berikut, manakah yang BENAR mengenai lemak tepu dan lemak tak tepu?
A
B
C
D
Antara persamaan berikut, yang manakah mewakili tindak balas yang berlaku semasa yis melakukan respirasi dalam keadaan ketiadaan oksigen?
Glukosa → Asid laktik + Tenaga
Glukosa → Etanol + Karbon dioksida + Tenaga
Glukosa → Karbon dioksida + Air + Tenaga
Glukosa → Oksigen + Air + Tenaga
Seorang murid mengambil bahagian dalam acara larian pecut 200m. Persamaan manakah yang mewakili proses respirasinya setelah dia berlari 100m pertama?
Glukosa → Asid laktik + Tenaga
Glukosa + Oksigen → Asid laktik + Tenaga
Glukosa → Etanol + Karbon dioksida + Tenaga
Glukosa + Oksigen → Karbon dioksida + Air + Tenaga
Apakah substrat utama bagi respirasi sel?
Sukrosa
Fruktosa
Glukosa
Galaktosa
Respirasi anaerob dalam yis juga dikenali sebagai ___________.
Penyulingan
Fotosintesis
Penapaian
Homeostasis
Apakah kesan pengumpulan asid laktik yang tinggi dalam otot semasa respirasi anaerob?
Otot kelesuan
Otot membengkak
Otot merosot
Otot mengecut dengan cepat
Rajah ialah graf yang menunjukkan hubungan antara bilangan koloni bakteria dan suhu. Berapakah suhu optimum bagi pertumbuhan bakteria itu?
60°C
37°C
0°C
30°C
Rajah menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji aktiviti mikroorganisma K. Apakah mikroorganisma K?
Virus
Lactobacillus
Yis
Amoeba
Roti adalah hasil daripada proses fermentasi alkohol. Apakah yang menaikkan aduan roti?
Gas oksigen yang terbebas semasa fermentasi alkohol.
Gas karbon dioksida yang terbebas semasa fermentasi alkohol.
Etanol yang terhasil semasa fermentasi alkohol.
Asid laktik yang terhasil semasa fermentasi alkohol
Semasa aktiviti cergas, sel otot akan menjalani respirasi anaerob atau fermentasi asid laktik. Apakah yang dimaksudkan dengan hutang oksigen
otot berada dalam keadaan berlebihan oksigen menyebabkan glukosa terurai menjadi asid laktik
otot berada dalam keadaan berlebihan oksigen menyebabkan glukosa terurai menjadi gas karbon dioksida dan air
otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen menyebabkan glukosa terurai menjadi etanol dan karbon diokida
otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen menyebabkan glukosa terurai menjadi asid laktik
Berikut adalah ciri-ciri terdapat dalam suatu organel: -
· Terdiri daripada protein dan asid ribonukliek.
· Terdapat pada jalinan endoplasma kasar atau wujud dalam sitoplasma.
Apakah organel itu?
Sentriol
Nuklues
Ribosom
Jasad Golgi
Apakah fungsi P?
Menjalankan fotosintesis
Menjanakan tenaga
Mengawal segala aktiviti sel
Memproses, membungkus dan mengangkut protein
Rajah menunjukkan satu organisma unisel. Bagaimanakah organisma ini membiak dalam keadaan persekitaran yang tidak sesuai?
Belahan dedua
Konjugasi
Pembentukan spora
Meiosis
Rajah menunjukkan sejenis tisu. Manakah antara organ berikut terdapat banyak tisu tersebut?
Sistem ini berfungsi mengekalkan keseimbangan badan dan mencegah jangkitan penyakit. Antara berikut yang manakah sistem tersebut?
Apakah struktur M?
Glikoprotein
Protein pembawa
Protein liang
Dwilapisan fosfolipid
