Font size
WorksheetsLATIH TUBI PERCUBAAN PERLIS 2020 SEMESTER 1
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
1. Faktor pengeluaran yang terhad dalam sesebuah ekonomi akan menyebabkan ……..
A firma memperoleh keuntungan yang besar
B pengeluaran barang awam diberi keutamaan
C wujud ketidakseimbangan agihan pendapatan
D suatu barang dikurangkan untuk menambahkan barang lain
2. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah
ekonomi.
A Kos lepas ialah sifar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan
B Kos lepas adalah malar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan
C Kos lepas bertambah besar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan
D Kos lepas bertambah kecil apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan.
3. Interaksi antara pengguna dengan pengeluar yang digunakan untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi menggambarkan ciri dalam
A sistem ekonomi pasaran bebas
B sistem ekonomi perancangan pusat
C pasaran persaingan sempurna
D pasaran persaingan tidak sempurna
4. Antara yang berikut, yang manakah tidak mempengaruhi permintaan?
A Saiz penduduk
B Dasar kerajaan
C Kestabilan politik
D Cita rasa pengeluar
5. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) bagi tayar
A peningkatan harga barang penggenap
B peningkatan harga barang pengganti
C perkembangan permintaan
D pengucupan permintaan
6. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran bagi barang A.
A Qs = 400 + 10P
B Qs = 400 - 10P
C Qs = 500 + 10P
D Qs = 500 - 10P
7. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan DD dan keluk penawaran SS bagi suatu barang. Keseimbangan asal ialah pada E0.
A harga tetap di P0 dan kuantiti bertambah ke Q3
B harga turun ke P1 dan kuantiti bertambah ke Q2
C harga naik ke P2 dan kuantiti bertambah ke Q1
D harga naik ke P3 dan kuantiti tetap di Q0
8. Syarikat Le Mans menjual suatu barang pada harga RM1.20 per unit dan mendapat hasil sebanyak RM450.00 sehari. Jika syarikat ini menurunkan harga barang tersebut kepada RM1.00 per unit, jumlah hasilnya ialah RM400.00 sehari. Permintaan bagi barang itu adalah
A anjal
B tak anjal
C anjal satu
D anjal sempurna
9. Andaikan kuantiti diminta terhadap suatu barang ialah 250 unit. Keanjalan permintaan pendapatan barang ini ialah -2. Jika pendapatan meningkat 5%, berapakah kuantiti diminta yang baru?
A 225
B 240
C 267.5
D 275
10. Berikut ialah persamaan penawaran (Qs) dan persamaan permintaan (Qd) bagi barang A.
P = 20 + 3Q
P = 140 - Q
Jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM20.00 per unit keluaran akan menyebabkan
A kuantiti jatuh sebanyak 3 unit
B kuantiti jatuh sebanyak 5 unit
C harga meningkat sebanyak RM5
D harga meningkat sebanyak RM10
11. Sebuah firma dapat mengeluarkan 400 unit output dengan menggunakan 2 unit buruh. Jika firma dapat mengeluarkan tambahan 20 unit output dengan menambahkan lagi penggunaan 2 unit buruh, berapakah keluaran sut bagi tambahan buruh tersebut?
A 2 unit
B 5 unit
C 10 unit
D 20 unit
12. Yang manakah antara berikut bukan merujuk kepada kenaikan kecekapan firma akibat perkembangan dalam firma tersebut?
A Teknikal
B Integrasi
C Kewangan
D Pengkhususan
13. Firma yang mahu memaksimumkan untung akan memaksimumkan perbezaan antara
A jumlah hasil dengan jumlah kos
B jumlah hasil dengan kos sut
C hasil sut dengan kos purata
D hasil sut dengan kos sut
14. Yang berikut adalah maklumat tentang jumlah keluaran, harga dan kos sebuah firma pasaran persaingan sempurna pada tingkat keseimbangan.
A meneruskan pengeluaran walaupun mengalami kerugian
B memberhentikan pengeluaran kerana mengalami kerugian
C meneruskan pengeluaran kerana memperoleh untung normal
D memberhentikan pengeluaran kerana kos purata melebihi harga
15. Firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran apabila tingkat keluaran berada pada harga yang
A melebihi kos sut
B kurang daripada kos sut
C melebihi kos purata minimum
D sama dengan kos purata minimum
16. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut (MC), keluk permintaan (DD) dan keluk hasil sut (MR) bagi sebuah firma monopoli.
A P1 dan Q1
B P1 dan Q3
C P2 dan Q2
D P3 dan Q3
17. Sebuah firma mempunyai keluk permintaan yang menurun dari kiri ke kanan. Jika kemasukan ke dalam pasaran adalah bebas, maka firma itu
A akan mengalami kerugian dan terpaksa menghentikan pengeluarannya
B akan menikmati untung lebih normal dalam jangka panjang
C hanya akan mendapat untung normal dalam jangka panjang
D sentiasa mendapat untung normal dalam jangka pendek
18. Keluk permintaan firma monopoli berbentuk tak anjal, manakala keluk permintaan firma dalam pasaran persaingan sempurna berbentuk anjal sempurna. Perbezaan ini disebabkan oleh
A terdapat firma tunggal di pasaran monopoli manakala bilangan firma dalam pasaran persaingan sempurna relatifnya banyak
B firma monopoli mempunyai kuasa menentukan harga manakala pasaran persaingan sempurna merupakan pengambil harga di pasaran
C terdapat sekatan kemasukan firma baru dalam pasaran persaingan sempurna tetapi dalam pasaran monopoli kebebasan keluar masuk agak mudah
D keluaran pasaran monopoli tidak mempunyai pengganti yang hamper manakala keluaran pasaran persaingan sempurna mempunyai pengganti yang hampir
19. Permintaan terhadap faktor-faktor pengeluaran semakin anjal apabila
A kegunaan faktor tersebut terhad
B pengganti terhadap faktor tersebut kurang
C faktor tersebut mudah diganti dengan faktor lain
D permintaan terhadap barang yang dikeluarkan tak anjal
20. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna.
A 3 orang
B 4 orang
C 5 orang
D 6 orang
