Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Alina ________________ terjatuh apabila dahan pokok yang dipijaknya patah

a)

kuat-kuat

b)

nyaris-nyaris

c)

sayup-sayup

d)

samar-samar

2.

“_____________ berlaku sesuatu yang tidak diingini, gunakanlah peralatan kecemasan ini, “ pesan Pak Mail kepada anaknya.

a)

Pagi-pagi

b)

Senyap-senyap

c)

Kalau-kalau

d)

Paling-paling

3.

Keadaan di pusat membeli-belah menjadi ___________ apabila seorang kanak-kanak terjatuh daripada tangga yang bergerak.

a)

putar-belit

b)

kelam-kabut

c)

gopoh-gapah

d)

riuh-rendah

4.

Cikgu Suraya memarahi murid-murid Kelas Lima Baiduri kerana keadaan kelas mereka kotor dan meja ___________________

a)

tunggang-langgang

b)

kucar-kacir

c)

hiruk-pikuk

d)

kacau-bilau

5.

Perasaan Amni___________ ketika menunggu giliran dalam pertandingan mendeklamasikan sajak itu.

a)

berdecit-decit

b)

berdebar- debar

c)

berdenyut-denyut

d)

berdentam-dentum

6.

Puan Norliah menunjukkan _______________ yang dibelinya di Bandung kepada anak dan suaminya.

a)

oleh-oleh

b)

mata-mata

c)

beri-beri

d)

angan-angan

7.

Kedua-dua pemain hoki itu ______________ untuk mendapatkan bola.

a)

berjalan-jalan

b)

berlari-lari

c)

bersiar-siar

d)

bertanya-tanya

8.

Puan Shamsiah menyusun buku yang ber______________ di atas meja tersebut.

a)

licin-licau

b)

degup-degap

c)

selerak-tabak

d)

beras-petas

9.

Suasana di jalan raya itu __________ terutama pada waktu malam.

a)

lalu-lintas

b)

riuh-rendah

c)

sunyi-sepi

d)

lalu-lalang

10.

Jendela rumah nenek dipasang _______________ yang diperbuat daripada kayu jati.

a)

kekuda

b)

sesiku

c)

tetulang

d)

kekisi

11.

Kakak sedang menyediakan ___________________ di dapur untuk jamuan tengah hari nanti.

a)

beras-petas

b)

kuih-muih

c)

lauk-pauk

d)

ondeh-ondeh

12.

Kaki nenek saya menjadi _________ kerana bersila terlalu lama.

a)

labah-labah

b)

bari-bari

c)

semut-semut

d)

agas-agas

13.

Amer mengutip _____________ kayu yang bertaburan di atas jalan menuju ke rumahnya.

a)

daun-daun

b)

bunga-bunga

c)

kain-kain

d)

ranting-ranting

14.

Ayah menghadiahi ibu sepasang______________ sempena hari ulangtahun kelahiran ibu.

a)

anting-anting

b)

rama-rama

c)

patung-patung

d)

pokok-pokok

15.

Fadhil menjemput jiran _____________nya ke kenduri kesyukuran di rumahnya pada malam esok.

a)

tetamu

b)

tetangga

c)

bebalai

d)

lelaki

16.

Pak Cik Habib gemar makan _______________ daging yang dibuat sendiri oleh isterinya kerana lebih lembut dan sedap.

a)

sesendi

b)

bebola

c)

kekisi

d)

kekuda

17.

Julie menggoreng ____________ ketam itu untuk dimakan semasa menonton TV di rumah.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

sesiku

d)

jejari

18.

Ayah Irfan______________ dalam gelap untuk mencari kunci kereta kerana diantidak mahu mengejutkan isterinya yang tidur.

a)

tergesa-gesa

b)

tergesel-gesel

c)

tergapai-gapai

d)

tergagau-gagau

19.

Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

riuh-rendah

b)

gelap-gelita

c)

porak-peranda

d)

terang-benderang

20.

Ibu saya suka ______________ di pasar raya Jaya Jusco.

a)

berulang-alik

b)

meliang-liuk

c)

membeli-belah

d)

bersiar-siar