wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah situasi yang dihadapi oleh Farid dalam gambar ini?

a)

haid

b)

kencing malam

c)

ihtilam

d)

cirit-birit

2.

Ayah dan ibu Farid telah mengasingkan tempat tidur dia dan adik perempuannya yang bernama Farah apabila Farah berumur 12 tahun. Pada pendapat kamu apakah sebab utama ibu bapa mereka berbuat demikian?

a)

Farid mahu biliknya sendiri

b)

Mengelakkan mereka bergaduh

c)

Farah mahu mengulangkaji pelajaran

d)

Kedua-dua mereka telah akil baligh

3.

Apabila Aziah mengalami haid yang banyak, dia perlu kerap menukar _______________ .

a)

tudung

b)

seluar dalam

c)

tuala wanita

d)

baju

4.

Kedatangan haid remaja perempuan yang normal biasanya berlaku setiap ...........................

a)

tahun

b)

minggu

c)

bulan

d)

hari

5.

........................... ialah bulu yang tumbuh di bahagian hadapan tulang ari-ari.

a)

Janggut

b)

Misai

c)

Bulu pubik/pubis

d)

Bulu ketiak

6.

Pilih tindakan yang boleh diambil oleh murid perempuan jika berlaku kejadian seperti ditunjukkan dalam rajah tersebut.

a)

melaporkan kepada polis

b)

berdiam diri

c)

melaporkan kepada guru

d)

memberitahu kepada ibu bapa

7.

Haid ialah

a)

air mani yang terkeluar secara tidak sengaja

b)

darah yang keluar dari faraj selama beberapa hari

c)

sakit akibat pengecutan dinding rahim

d)

air kencing yang keluar secara tidak sengaja ketika tidur

8.

Haid kali pertama dikenali sebagai .........................

a)

mimpi basah

b)

menopaus

c)

menarke

d)

senggugut

9.

Berikut perubahan fizikal kanak-kanak lelaki kecuali

a)

suara menjadi lunak

b)

tumbuh bulu ketiak

c)

dada melebar

d)

suara menjadi garau

10.

Berikut pengurusan diri yang betul perlu dilakukan oleh remaja lelaki yang mengalami ihtilam kecuali

a)

mandi dengan bersih

b)

menukar cadar tilam

c)

bangun lewat pagi

d)

mencuci cadar tilam

11.

Berikan maksud akil baligh

(a)  

12.

Perubahan fizikal bagi lelaki yang sudah akil baligh adalah

a)

Tumbuh misai dan bulu dada

b)

Dada membidang

c)

Zakar membesar

d)

Rambut menjadi panjang

13.

Perubahan fizikal bagi perempuan yang sudah akil baligh adalah

a)

Jerawat mungkin tumbuh di muka

b)

Bersuara lunak

c)

Payu dara membesar

d)

Kuku menadi panjang

14.

Antara simptom haid termasuk

a)

Perut kembung

b)

Senggugut

c)

Muka berjerawat

d)

Mual dan loya

e)

Saiz kaki menjadi besar secara drastik

15.

Antara kesan pengambilan alkohol secara berlebihan pada kesihatan fizikal adalah

a)

Sakit kepala

b)

Muntah

c)

Cirit-birit

d)

Rajin

16.

Antara kesan pengambilan alkohol secara berlebihan pada kesihatan emosi adalah

a)

Keresahan dan kemurungan

b)

Tidak stabil

c)

Cepat marah dan agresif

d)

Ketawa tidak berhenti

17.
Apakah maksud konflik?
a)
Perselisihan atau pertentangan idea
b)
Pergaduhan besar
c)
Masalah dalaman
18.
Stress negatif yang boleh menjejaskan mental dan fizikal ialah:
a)
Eustress
b)
Distress
19.
Aliya Maisara layak ke Kejohanan Memanah Peringkat Kebangsaan. Semua pihak berharap Aliya akan membawa pulang kejayaan yang cemerlang. Aliya menghadapi stress:
a)
Distress
b)
Eustress
20.
Nyatakan kesan distress:
a)
Bermotovasi tinggi
b)
Gigih berusaha
c)
Mental dan fizikal mudah letih
21.
Konflik dan stres perlu diurus dengan bijak. Jika perlu, dapatkan bantuan daripada:
i. ahli keluarga
ii. guru kaunseling
iii. rakan
iv. musuh
a)
i dan ii
b)
i,ii dan iii
c)
ii,iii dan iv
d)
iii dan iv
22.
Apakah maksud stres?
a)
Keadaan gembira dan seronok
b)
Keadaan resah dan tegang akibat tekanan mental dan fizikal.
23.

Berikut adalah peraturan - peraturan semasa berada di taman permainan kecuali..

a)

Alat-alat permainan kanak-kanak adalah untuk yang berumur bawah 12 tahun.

b)

Ibu bapa wajib bermain bersama anak-anak mereka.

c)

Ibu bapa perlu mengawasi anak - anak mereka.

d)

Sebarang kemalangan adalah di bawah tanggung jawab sendiri.

24.

Buah buahan merupakan makanan yang kaya dengan ............. .

a)

Lemak

b)

Protien

c)

Karbohaidrat

d)

Vitamin

25.

Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, apakah kumpulan makanan yang perlu dikurangkan pengambilan?

a)

Nasi, mi, roti dan bijirin.

b)

Lemak, minyak, gula dan garam.

c)

Susu dan produk tenusu.

d)

Sayur sayuran dan buah buahan.

26.

Cara duduk yang betul adalah?

a)
b)
27.
Sebagai remaja, apa yang kamu boleh lakukan untuk membantu membendung gejala penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja?
a)
Memberi teguran dan nasihat
b)
Mengelakkan diri dari berkawan dengan mereka yang teribat
c)
Abaikan sahaja mereka
d)
Memarahi mereka dengan garang agar mereka gerun
28.

Berikut adalah cara kita meluahkan kasih sayang kepada orang lain kecuali

a)

bercakap dengan sopan

b)

sentiasa memuji

c)

sentiasa memarahi

d)

berbaik sangka

29.

Apabila kita menyayangi orang lain, kita akan sentiasa mendapat __________ dalam melakukan sesuatu perkara.

a)

sokongan

b)

bantahan

30.

Apabila kita menyayangi diri sendiri, kita akan sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang _______________.

a)

baik

b)

tidak baik

31.

Apakah kumpulan makanan bagi roti, nasi, dan bijiran?

a)

Lemak

b)

Protein

c)

Vitamin

d)

Karbohidrat

32.

Pilih 3 sumber makanan yang merupakan protein.

a)

Susu

b)

Daging

c)

Minyak

d)

Ikan

33.

Lemak perlu dimakan dalam kuantiti yang banyak.

a)

SALAH

b)

BETUL

34.

Fungsi VITAMIN adalah untuk memelihara fungsi tubuh dan menjauhkan penyakit.

a)

BETUL

b)

SALAH

35.

Fungsi LEMAK adalah untuk membekalkan haba.

a)

BETUL

b)

SALAH

36.

Fungsi PROTEIN adalah untuk membekalkan tenaga.

a)

BETUL

b)

SALAH

37.

"Tugas zat makanan ini adalah untuk membantu tumbesaran KECUALI :

a)

Lemak

b)

Protein

c)

Vitamin

d)

karbohidrat

38.

Antara berikut, apakah jenis makanan untuk aras 3 dalam piramid makanan?


I Lobak merah, Sotong

II Ikan, ayam dan udang

III susu dan roti

IV keju, sotong dan ikan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

39.

Antara makanan berikut, yang manakah BUKAN makanan yang terdapat pada aras 1?

a)
b)
c)
d)
40.

Antara berikut, yang manakah gaya pemakanan yang sihat?

a)
b)
41.

Makanan di atas merupakan makanan kegemaran Hyun Bin. Apakah kemudaratan makanan tersebut kepada dia? ( Jawapan lebih dari satu)

a)

Kegemukan

b)

Risiko serangan jantung

c)

Tubuh badan menjadi semakin sihat

d)

Risiki penyakit muah pinggang

42.

Tubuh badan yang bersih penting kerana

a)

terhindar dari penyakit

b)

semua orang tidak suka

c)

berbau busuk

43.

Penyakit buah pinggang terjadi apabila buah pinggang..

a)

Gagal berfungsi untuk membersihkan darah

b)

Tinggal sebelah sahaja

c)

Tinggi kandungan gula

44.

Penyakit asma terjadi apabila..

a)

Saluran pernafasan terganggu

b)

Saluran pernafasan tidak terganggu

c)

Saluran pernafasan berfungsi dengan baik

d)

Saluran pernafasan normal

45.

Gambar berikut berkaitan dengan penyakit..

a)

Penyakit Jantung

b)

Penyakit Asma

c)

Penyakit mulut

d)

Penyakit HFMD

46.

Penyakit kencing manis ataupun diabetes terjadi kerana..

a)

Kandungan gula di dalam darah adalah tinggi

b)

Kandungan protein di dalam darah adalah tinggi

c)

Kandungan lemak dalam darah tinggi

47.

Bagaimanakah 2 cara terbaik mengurangkan risiko mendapatkan penyakit tidak berjangkit?

a)

Mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat

b)

Bergaul bersama individu sihat tanpa penyakit

c)

Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala

d)

Membuat perkara yang digemari seperti membeli belah

48.

Apakah kesan kepada pesakit yang mengidap penyakit buah pinggang?

a)

Sukar bernafas dan tercungap

b)

Sakit dada

c)

Bintik merah pada badan

d)

Kencing berdarah

49.

*Alahan kepada habuk, asap dan bulu binatang

*Keradangan salur pernafasan


Berikut merupakan punca kepada suatu penyakit tidak berjangkit. Apakah penyakit tersebut?

a)

Sakit jantung

b)

Asma

c)

Demam campak

d)

Demam denggi

50.

*Pengambilan gula yang tinggi

*Obesiti

*Kerosakan pada organ pankreas


Berikut merupakan punca kepada suatu penyakit tidak berjangkit. Apakah penyakit tersebut?

a)

Sakit jantung

b)

Asma

c)

Diabetes

d)

Penyakit Buah Pinggang