WorksheetsCARA MEMBINA KARANGAN ULASAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Jejari penanda wacana meliputi item berikut kecuali
Antaranya
Selain itu
Di samping itu
Penutup
Berikut ialah kata bantu yang biasakan digunakan dalam membina ulasan KECUALI
haruslah
hendaklah
mestilah
apakah
Kata hubung juga sering digunakan dalam membina ulasan. Antara berikut yang manakah bukan kata hubung
di
kerana
agar
sambil
Kita mestilah membersihkan longkang supaya.................
longkang tidak tersumbat.
kuman tidak membiak.
bakteria tidak membiak.
boleh berehat idi dalamnya.
Kita haruslah membuang air yang bertakung di dalam tin kosong ..............
agar tiada berudu membiak.
agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
agar tiada kuman membiak.
agar tiada bakteria membiak.
Kita hendaklah menyapu sampah di halaman rumah agar
bersih dan tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes
tidak mudah dilanda banjir
mudah untuk berehat
kita haruslah berpindah ke tempat yang selamat semasa banjir agar
keselamatan kita terjamin
mudah untuk berenang
mudah meredah air
mudah untuk mandi-manda
Kita hendaklah menjauhi kawasan pendawaian elektrik yang tumbang semasa banjir supaya
tidak terkena renjatan ekektrik
mudah untuk dapatkan bekalan elektrik
dapat membantu pihak berwajib membaiki kerosakan
membantu mengawal selia kawasan tersebut
Penanda wacana yang terletak pada bahagian jari kelingkingdalam JEJARI PENANDA WACANA ialah
Kesimpulannya
Akhirnya
Di samping
Selain itu
Kata ganti nama diri yang digunakan dalam membina ulasan ialah
Dia
Aku
Kita
Ahmad
Kertas BM UPSR Penulisan Bahagian B adalah soalan berkenaan............
memindahkan maklumat
membina lima ayat
membuat ulasan
menulis karangan
Ulasan ialah soalan Bah. B di mana terdapat ...................... diperuntukkan dan dalam masa .................
15 markah & 25 minit
10 markah & 15 minit
25 markah & 35 minit
50 markah & 75 minit
Jumlah bilangan patah perkataan untuk menjawab soalan ulasan adalah antara......................
40-70 patah perkataan.
80-120 patah perkataan
10-15 patah perkatann
50-80 patah perkataan
Ulasan mestilah ditulis dalam bentuk...........................
plot cerita
perenggan
poin
peta minda
Setiap ulasan mesti mempunyai.........
Isi-isi tersurat
Isi-isi tersirat
bahan rangsangan
peribahasa
Satu ayat ulasan yang baik adalah apabila isi tersurat dan isi tersirat digabungkan oleh kata hubung berikut:
supaya
untuk
kerana
agar
demi
Antara Penanda Wacana yang selalu digunakan untuk memulakan ayat ulasan ialah......
Selain itu,
Di samping itu,
Walau bagaimanapun
Lantaran itu,
Seterusnya,
Bahan rangsangan berbentuk bahan-bahan grafik berikut selalu digunakan untuk soalan ulasan KECUALI........
carta
graf
poster
puisi
Konsep penulisan ulasan terbahagi 3 iaitu
rumusan keseluruhan bahan rangsangan
nilai dan pengajaran bahan rangsangan
pandangan pro & kontra bahan rangsangan
format bahan rangsangan
Ingat, setiap ulasan yang telah siap perlu dipastikan tiada kesalahan dari segi:
Tanda baca
Imbuhan
Kosa kata / Perbendaharaan kata
Ejaan
Struktur ayat
