WorksheetsLEMPAR CAKERA T3
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Berdasarkan video contoh balingan yang ditunjukkan, atlet dari negara manakah yang menduduki tempat pertama dalam pertandingan itu?
Britain
Sweden
Sepanyol
Brazil
Lempar cakera merupakan salah satu acara....
serangan
sepakan
lontaran
balingan
Di manakah cakera dilempar?
dari bulatan di atas padang
dari arah belakang ke hadapan
dari bulatan yang terletak dalam sangkar
dari sangkar yang mempunyai jaring penuh
Lemparan akan sah apabila....
lemparan keluar dari sektor balingan
lemparan yang melepasi sangkar
lemparan yang tinggi dan jauh
lemparan mendarat dalam sektor balingan
Setelah cakera mendarat, atlet perlu...
meninggalkan bulatan lemparan melalui bahagian belakang
meninggalkan bulatan lemparan melalui bahagian hadapan
meninggalkan bulatan lemparan melalui bahagian sisi
meninggalkan bulatan lemparan mengikut arah kaki dominan
Berapakah cara memegang cakera yang betul?
1
2
3
4
Ibu jari perlu diletak pada permukaan cakera..ini merupakan cara memegang cakera yang ke....
1
2
3
4
Mengikut cara memegang cakera yang pertama, bahagian manakah perlu kena pada pangkal telapak tangan?
permukaan cakera
tengah cakera
bingkai cakera
cakera padat
Berapakah fasa yang terdapat dalam lempar cakera?
5 fasa
2 fasa
3 fasa
4 fasa
Berapakah ukur lilit sebuah bulatan lempar cakera?
3.5 meter
3 meter
2.5 meter
2 meter
Fasa lemparan merupakan fasa....
pertama
kedua
ketiga
keempat
Semasa persediaan, kaki mesti
dibuka seluas 1 meter
dibuka mengikut keselesaan
dibuka seluas bahu
dirapatkan kiri dan kanan
Semasa fasa lemparan, tangan mestilah...
ekstensi untuk menghasilkan daya yang lebih tinggi
ekstensi untuk memastikan cakera berada dalam keadaan baik
fleksi untuk menghasilkan daya yang lebih tinggi
fleksi untuk memastikan cakera berada dalam keadaan baik
Mengapakah kedudukan kaki ditukar dengan segera selepas melempar dengan lakuan ikut lajak?
untuk bergerak ke hadapan selepas lemparan
untuk mengekalkan keseimbangan
untuk memastikan kaki tidak terseliuh
untuk kekal aktif semasa bermain
Dalam fasa lemparan, cakera dilepaskan pada....
paras dada atau sedikit ke bawah
paras kepala atau sedikit rendah
paras pinggang atau sedikit ke atas
paras bahu atau sedikit ke bawah
Senaraikan 3 faktor yang membantu anda untuk mendapatkan lemparan yang lebih jauh
kedudukan kaki
ketinggian
sudut
halatuju pelepasan
Sudut manakah yang lebih sesuai semasa membuat lemparan cakera?
30 darjah
45 darjah
60 darjah
90 darjah
Siapakah nama guru dalam video ini?
Aizat
Aiman
Azmin
Azdad
Berapakah jarak lemparan oleh pemenang tempat pertama dalam video yang dipaparkan?
77.34
73.73
71.29
70.63
Apakah kesan jika membuat lemparan terlalu tinggi?
cakera akan mendarat dengan jarak yang dekat
cakera akan mendarat dengan jarak yang jauh
cakera akan tersasar dari halatuju pelepasan
cakera akan tersangkut pada pokok
