wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KERTAS MODEL SET 1 STPM BM [SEMESTER 1]

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

* Kelompok bahasa ini masih mengekalkan sebahagian besar daripada ciri bahasa induk. *usia kelompok ini tidak lebih daripada 5000 tahun.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan ciri-ciri di atas ?

a)

merupakan kelompok bahasa yang tertua

b)

dituturkan oleh masyarakat melayu deutro

c)

bahasa-bahasa yang terdapat di kawasan nusantara

d)

terdiri daripada Austronesia, Austroasia, dan Tibet-China

2.

*mahir dalam pelayaran dan bercucuk tanam *menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara * berhijrah ke selatan lebih kurang dalam tahun 1500 sebelum masihi

Hal di atas berkaitan dengan

a)

melayu proto

b)

melayu deutro

c)

masyarakat negrito

d)

kaum naga di Assam

3.

Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang batu bersurat di Kedukan Bukit ?

I dijumpai di kaki Bukit Siguntang pada tahun 1920

II menggunakan sejenis aksara yang berasal dari utara India

III memperingati kejayaan kerajaan Sriwijaya memperluas empayar

IV terdapat doa agar kegiatan pertanian memperoleh hasil yang lumayan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

* bhumi

* bhakti

Kewujudan perkataan seperti yang diatas dalam bahasa melayu kuno menunjukkan

a)

penggunaan awalan rangkap pasif

b)

pengunaan consonant rangkap dengan aspirasi

c)

penggunaan huruf b bagi mengantikan huruf w

d)

penggunaan vokal a untuk mengantikan vokal e pepet

5.

Pernyataan yang manakah yang bukan tentang bahasa melayu klasik ?

I ayat majmuk sering digunakan

II bahagian predikat selalu dikedepankan

III pengaruh daripada bahasa arab tidak ketara

IV penggunaan ayat aktif lebih daripada penggunaan ayat pasif

a)

I dan II

b)

III dan II

c)

I dan IV

d)

III dan IV

6.

Perkataan manakah antara yang berikut huruf vokalnya menggunakan huruf jawi [ya] ?

I borang

II biri-biri

III celoreng

IV kedondong

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Kumpulan perkataan yang berikut kesemuanya terdiri daripada kata pinjaman daripada bahasa sanskrit kecuali.

I permata, kaca

II mentega , tinta

III saudagar, baju

IV tembaga, senja

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

8.

1. lidah pada kedudukan paling rendah

2. lidah dinaikkan setinggi-tingginya

3. lidah diturunkan serendah-rendah

Perkataan yang manakah yang menggunakan vokal mengikut susunan 1 hingga 3 di atas ?

a)

balingan

b)

sokongan

c)

bimbingan

d)

rangkuman

9.

Sila rujuk gambar rajah diatas.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

Perkataan yang manakah yang mengandungi konsonan letupan dan konsonan separuh vokal ?

I sengit

II kewangan

III tempurung

IV membayangi

a)

I dan III

b)

I dan II

c)

II dan IV

d)

III dan IV

11.

Sila rujuk gambar rajah di atas .

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

12.

Bahagian hujung lidah yang rapat di gusi mengalami getaran berkali-kali. Bunyi yang terhasil itu terdapat dalam

I bekas

II gambar

III rentang

IV tambah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

* anak tekak diturunkan

*hujung lidah bersentuh pada gigi-gusi

Contoh perkataan yang terhasil daripada pernyataan di atas ialah

a)

muda

b)

lontar

c)

bunga

d)

kancah

14.

* [au]

* [ai]

* [oi]

Ciri utama bunyi dalam bahasa melayu seperti yang disenaraikan diatas ialah

I bunyi bersuara

II lidah digeluncurkan

III mempunyai dua puncak kelantangan

IV berlaku geseran semasa penyebutan bunyi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Sila rujuk soalan di atas.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

16.

sh-sy

dh-d

ch-c

Perubahan yang ditunjukkan diatas terjadi kerana pengenalan sistem

a)

ejaan Za'aba [1941]

b)

ejaan baharu [1972]

c)

ejaan kongres [1956]

d)

ejaan Malindo [1959]

17.

Yang manakah tidak tepat tentang cara menghasilkan bunyi vokal ?

a)

pita suara bergetar

b)

lelangit lembut diturunkan

c)

udara keluar melalui rongga mulut

d)

udara bergerak dengan tidak mengalami halangan

18.

Bagaimanakah cara untuk membunyikan vokal [i] ?

a)

depan lidah dinaikkan tinggi di dalam rongga mulut

b)

belakang lidah diturunkan satu pertiga daripada bunyi [u]

c)

depan lidah diturunkan serendah-rendahnya di dalam rongga mulut

19.

Alat artikulasi yang paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa ialah

a)

bibir

b)

lidah

c)

lelangit

d)

gigi dan gusi

20.

Imbuhan yang manakah yang kesemuanya dipinjam daripada bahasa sanskrit ?

a)

juru-, -at, bi-

b)

tata- , - in, pro-

c)

pra- , tri- , -man

d)

-wati, -wi, anti-