wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penilaian Akhir Tahun

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan aktiviti perniagaan.


Perniagaan X - Kilang Perabot Jati Sdn.Bhd


Perniagaan Y - Klinik Pergigian Rajesh


Apakah aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh X dan Y?

a)

X - Aktiviti berasaskan barang

Y - Aktiviti berasaskan perkhidmatan

b)

X - Aktiviti berasaskan perkhidmatan

Y - Aktiviti berasaskan barang

c)

X - Aktiviti berasaskan perdagangan

Y - Aktiviti berasaskan sumber

d)

X - Aktiviti berasaskan perdagangan dan perkhidmatan

Y - Aktiviti berasaskan perdagangan dan sumber alam

2.

Gambar berikut ini menunjukkan dua bentuk pemilikan perniagaan.Apakah kelebihan pemilikan perniagaan X berbanding pemilikan perniagaan Y?

I. Mudah ditubuhkan

II. Beban cukai rendah

III. Bebas mengurus perniagaan

IV. Keputusan dibuat dengan cepat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

Mewujudkan faedah kepada pengguna

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

d)

Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

4.

Mengapakah organisasi tersebut menyediakan perkhidmatan pada harga di bawah kos?

a)

Untuk mengusir pesaing dari pasaran

b)

Untuk mempromosikan perkhidmatannya

c)

Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang mampu

d)

Untuk meningkatkan hasil pendapatan pada jangka panjang

5.

Manakah yang merupakan rakan kongsi nominal?

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

6.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan bentuk milikan perniagaan.


Klinik Rajesh -----> Klinik Rajesh dan Rakan-rakan


Mengapakah peniaga mengambil tindakan tersebut?

I. Perniagaan berterusan

II. Risiko dapat disebarkan

III. Dapat berkongsi kepakaran

IV. Menanggung liabiliti terhad

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan bentuk milikan perniagaan.


* Peniaga boleh menggunakan jenama atau rahsia dagangan pemegang hak

* Peniaga dikehendaki membayar beberapa peratus daripada hasil jualan kepada pemegang hak


Apakah bentuk perniagaan berkenaan?

a)

Francais

b)

Usaha sama

c)

Kedai sejaras

d)

Kontrak pengeluaran

8.

Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

a)

Kilang kasut

b)

Kedai kek dan biskut

c)

Loji penapisan minyak

d)

Pengilang ubat-ubatan

9.

Kegiatan manakah yang digolongkan dalam sektor tertier?

a)

Syarikat Prima Bhd. menghasilkan pelbagai jenis dan model kenderaan

b)

Bank XYZ Bhd menyediakan perkhidmatan perbankan kepada para pengilang

c)

Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) melaksanakan usaha cari gali minyak

d)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) membekalkan tenaga elektrik ke seluruh negara

10.

Kegiatan manakah yang digolongkan dalam sektor sekunder?

I. Perikanan

II. Pembinaan

III. Perlombongan

IV. Pembekalan tenaga

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

11.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan undang-undang perniagaan.


AKTA INI BOLEH MELINDUNGI PENGGUNA DALAM ASPEK MENDAPAT MAKLUMAT YANG MENCUKUPI AGAR DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN YANG SEWAJARNYA.


Apakah akta berkenaan?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Syarikat 1965

c)

Akta Timbang Sukat 1972

d)

Akta Perihal Dagangan 1972

12.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Farid.

Encik Farid adalah pengeluar barangan herba bermutu tinggi. Produk beliau mendapat sambutan yang baik dalam pasaran tempatan. Beliau ingin mengeksport keluarannya ke Eropah. Namun, beliau tidak mengetahui prosedur mengeksport ke Eropah.


Agensi kerajaan manakah yang dapat membantu Encik Farid mengetahui prosedur mengeksport ke Eropah?

a)

MARA

b)

MARDI

c)

SIRIM

d)

MATRADE

13.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan tindakan kerajaan dalam melaksanakan satu dasar.

* Mengurangkan perbelanjaan

*Meningkatkan kadar cukai


Mengapakah kerajaan berbuat demikian?

a)

Mengurangkan inflasi

b)

Meningkatkan peluang pekerjaan

c)

Mengurangkan keadaan kemelesetan

d)

Menggalakkan orang ramai berbelanja

14.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan keadaan ekonomi sesebuah negara.


Keadaan kemelesetan menyebabkan pendapatan pengguna semakin menurun dan hal ini menyebabkan permintaan untuk barang dan perkhidmatan berkurangan. Pihak swasta telah mengambil keputusan untuk mengurangkan output keluaran dan seterusnya mengurangkan bilangan pekerja sebagai langkah untuk mengurangkan perbelanjaan perniagaan.


Apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan?

I. Mengurangkan kadar faedah

II. Meningkatkan cukai pendapatan

III. Meningkatkan perbelanjaan kerajaan

IV. Mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

15.

Bagaimanakah tindakan bank pusat meningkatkan kadar faedah boleh mengatasi masalah inflasi?

a)

Peniaga akan meminjam untuk menambahkan keluaran barang

b)

Perbelanjaan penduduk menurun kerana menyimpan wang dalam bank

c)

Peniaga akan meningkatkan harga jualan kerana kos pengeluaran meningkat

d)

Pengguna akan mengurangkan perbelanjaan kerana kuasa beli semakin menurun

16.

Maklumat dalam petikan yang berikut berkaitan dengan salah satu gaya pengurusan.

*Pengurus memberi ruang kepada pekerja untuk bertindak dan membuat keputusan

*Kemungkinan operasi gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan


Apakah gaya pengurusan berkenaan?

a)

Sokongan

b)

Autokratik

c)

Demokratik

d)

Laissez-faire

17.

Syarikat QCC Sdn.Bhd. menggunakan sumber dalaman dalam proses pengambilan pekerja. Apakah kelebihan yang dinikmati oleh Syarikat QCC Sdn.Bhd.?

a)

Pekerja sedia ada lebih bermotivasi

b)

Pekerja dapat membawa idea baharu

c)

Pekerja membawa kemahiran baharu

d)

Tidak akan wujud kekosongan jawatan lain.

18.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan trend persekitaraan perniagaan.

Syarikat Powerglove merupakan pengeluar dan pengeksport sarung tangan getah. Walaupun syarikat telah mengurangkan harga, syarikat masih mengalami jualan dan keuntungan yang malar untuk tiga tahun berturut-turut. Hal ini disebabkan oleh kemelesetan ekonomi di Eropah.

Pilih pasaran yang betul berkaitan dengan prestasi perniagaan.

a)

Trend menurun --- faktor dalaman

b)

Trend mendatar --- faktor luaran

c)

Trend mendatar --- faktor dalaman

d)

Trend menurun --- faktor luaran

19.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan analisis SWOT.

Dalaman vs Luaran

Kekuatan vs Peluang

Kelemahan vs X


Pernyataan manakah yang mewakili X?

a)

Jenama syarikat sudah dikenali di seluruh dunia kerana aktiviti promosi

b)

Para pesaing bercadang mengurangkan operasi kerana peningkatan kos

c)

Perkembangan ekonomi meningkatkan permintaan untuk produk syarikat

d)

Undang-undang baharu diluluskan oleh kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum

20.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu elemen pembentukan kontrak dalam Akta Kontrak 1950.


Encik Alias bersetuju untuk menjual keretanya yang berharga RM45 000 krpada Encik Andy. Encik Alias perlu menyerahkan kereta berkenaan kepada Encik Andy selepas pembayaran penuh dijelaskan oleh Encik Andy.

Apakah elemen berkenaan?

a)

Niat

b)

Balasan

c)

Tawaran

d)

Penerimaan