wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU SPM SET 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Puan Hafifah sanggup menghabiskan wangnya untuk membeli barangan _______________.

a)

tua

b)

lama

c)

antik

d)

usang

2.

Pertemuan kedua-dua orang tokoh korporat itu hanya sekadar ____________ kerana sudah lama tidak bertemu.

a)

temu ramah

b)

temu muka

c)

janji temu

d)

temu duga

3.

Longgokan sampah di taman perumahan itu bukan sahaja mencacatkan penglihatan tetapi turut mengeluarkan bau _________________.

a)

hapak

b)

busuk

c)

tengik

d)

hancing

4.

Amalina ditatang bagai minyak yang penuh oleh Encik Sulaiman dan Puan Hayati kerana dia merupakan ______________ dalam keluarga itu.

a)

anak tiri

b)

anak angkat

c)

anak pungut

d)

anak tunggal

5.

Saleha ___________________ adiknya sebuah buku cerita dan satu set alat tulis.

a)

berikan

b)

memberi

c)

pemberian

d)

memberikan

6.

Beberapa orang pelajar telah dibawa ke klinik setelah mengalami ___________________ makanan.

a)

beracun

b)

meracuni

c)

keracunan

d)

diracunkan

7.

Keadaan kampung di _________________________ itu agak ketinggalan kerana tiada kemudahan prasarana yang lengkap.

a)

kedalaman

b)

pedalaman

c)

pendalaman

d)

mendalamkan

8.

Faizal ____________________ seutas rantai kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga tahun.

a)

hadiahi

b)

hadiahkan

c)

menghadiahi

d)

menghadiahkan

9.

Ayah membawa basikal Afdhal ke kedai untuk membetulkan ___________ nya yang patah itu.

a)

jejari

b)

dedaun

c)

gegelung

d)

sesawang

10.

Encik Hafiz bercadang untuk membawa _____________nya bercuti ke Pulau Redang setelah semua kerjanya selesai.

a)

orang-orang

b)

murid-murid

c)

mata-mata

d)

anak-anak

11.

Rumah Pak Cik Ahmad ___________________ dengan suara saudara-mara yang berkumpul untuk majlis perkahwinan anak perempuannya nanti.

a)

riuh-rendah

b)

kelam-bilau

c)

kelam-kabut

d)

terang-benderang

12.

Aminah segera menghubungi bapanya apabila melihat seorang lelaki berjalan ____________________ di hadapan rumah mereka.

a)

lenggang-lenggok

b)

mundar-mandir

c)

lintang-pukang

d)

huyung-hayang

13.

Percutian di Pulai Redang yang terletak di _______________ merupakan kenangan yang terindah untuk kami sekeluarga.

a)

Johor

b)

Kedah

c)

Sarawak

d)

Terengganu

14.

Setelah tamat waktu sekolah, Ikhmal dan rakan-rakannya segera berkumpul di _________________ untuk menjalani bola sepak.

a)

dewan

b)

kantin

c)

padang

d)

tapak perhimpunan

15.

Amira telah menerima anugerah ______________ sekolah pada tahun ini atas pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.

a)

seniwati

b)

pustakawan

c)

sukarelawan

d)

olahragawati

16.

"Ampun tuanku, ______________________ telah mengarahkan beberapa orang hulubalang untuk menjaga kawasan istana ini daripada diceroboh oleh musuh," kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

tuan hamba

17.

Zulkifli _____________ apabila dimarahi oleh jurujual itu kerana dia menolak untuk membeli barangan yang dijualnya.

a)

tertawa

b)

terpinga

c)

tersenyum

d)

tercengang

18.

Ibu mengajak Aini menemaninya pergi ke pasar untuk __________ sayur dan __________ bil di pejabat pos.

a)

memilih ......... mencari

b)

membeli ...... membayar

c)

membawa ....... mengepos

d)

mengangkat ...... menghantar

19.

Pak Salleh memberitahu kami bahawa daging akan ___________ menggunakan mesin khas sebelum dijadikan serunding bagi menjaga kualitinya.

a)

dibasuh

b)

dipotong

c)

diproses

d)

disembelih

20.

Pak Kamal ______________ di Kedai Runcit Siva untuk membeli barangan yang dipesan oleh isterinya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

a)

pergi

b)

datang

c)

pulang

d)

singgah