wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (Kata banyak makna)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

1. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Cahaya hari ini hangat sekali.

b)

Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.

c)

Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

d)

Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.

2.

2. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.

b)

Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.

c)

Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.

d)

Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.

3.

3.Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.

b)

Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.

c)

Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.

d)

Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.

4.

4. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Kami sampai sejambak bunga kepada guru.

b)

Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya

c)

Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.

d)

Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.

5.

5.Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.

b)

Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.

c)

Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.

d)

Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.

6.

Ayat-ayat di bawah mungkin menggunakan kata banyak makna dengan betul dan mungkin tidak. Pilih ayat yang menggunakan kata banyak makna dengan betul.

a)

Pada Hari Raya Aidilfitri, ayah dan abang memakai sepasang baju Melayu berwarna hijau muda.

b)

Air pasang berlaku pada waktu pagi dan malam.

c)

ibu memberikan sepasang kain batik kepada kakak.

7.

Ayat-ayat di bawah mungkin menggunakan kata banyak makna dengan betul dan mungkin tidak. Pilih ayat yang menggunakan kata banyak makna dengan betul.

a)

Ayah sedang menyabit lalang yang lebat di belakang rumah.

b)

Pokok durian di belakang rumah nenek lebat buahnya.

c)

Guru itu sungguh lebat dalam berkata-kata.

8.

Ayat-ayat di bawah mungkin menggunakan kata banyak makna dengan betul dan mungkin tidak. Pilih ayat yang menggunakan kata banyak makna dengan betul.

a)

Muiz kelihatan lucu apabila memakai baju yang longgar itu.

b)

Kakinya telah longgar akibat bermain bola sepak terlalu lama.

c)

Peraturan sekolah yang agak longgar adalah salah satu punca murid-murid tidak berdisiplin.

9.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Setiap hari Pak Zuri memerah pokok getah untuk mendapatkan susunya.

II Budak itu memerah telinga untuk mendengar percakapan kawannya.

III Emak memerah isi kelapa untuk mendapatkan santannya.

IV Abang memerah otaknya untuk menghadapi ujian itu.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I dan III

d)

III dan IV

10.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Barang-barang itu disusun mengikut kaum di atas rak.

II Kaum Malaysia yang berbilang keturunan hidup bersatu padu.

III Masih terdapat kaum asli yang mengamalkan cara hidup seperti nenek moyang mereka.

IV Majlis perkahwinan itu diadakan khas untuk kaum kerabat mereka sahaja.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV